Menu

Makmal Komputer

Virus

Browser

Pembantu
Pelajar

Unix

CPU

 

 

 
[Join My-Linux]

UNIX

Pada tahun 1960, sekumpulan pekerja di Bell Laboratories telah membangunkan "multi user operating system" yang dinamakan multics. Ia telah dibangunkan oleh Ken Thompsan, Dennis Ritche, dan lain-lain. Pada mulanya ia dibangunkan untuk disesuaikan dengan persekitaran kerja mereka. Versi pertama unix ditulis dengan menggunakan assembler language PDP-7, selepas itu barulah mereka berubah kepada C dan PDP-11. Hasilnya mereka telah menghasilkan versi unix ke 7, dokumentasi program ini masih ada dan boleh didapati dengan luas sehingga kini. AT&T menjual unix kepada universiti pada kos yang amat murah, ini membolehkan ia menjadi popular, terutamanya kepada pelajar-pelajar jurusan Sains Komputer. Secara tak lansung ini membolehkan proses pembaikan dan genarasi kedua unix dihasikan. Contohnya boleh dilihat di mana BSD (Berkeley Software Distribution) yang berpusat di Universiti California memperbaiki unix dengan menambah virtual memori, Perangkaian TCPIP, vi, csh, dan lain-lain.

Unix juga dibangunkan dengan pesatnya di Bell Laboratories. Pembangunan diteruskan dengan versi 8, 9 dan 10 dan sehingga versi semasa sekarang. Ramai daripada pembangun perisian unix telah meninggalkan Bell. Tapi Ken Thompsan dan Dennis Ritche masih bersama dengan Bell Laboratories.

Versi unix AT&T source codenya tidak diberi percuma, tapi versi unix yang dibangunkan di BSD (Berkeley Software Distribution) adalah sebaliknya. Usaha kreatif dan inovatif yang tidak kenal penat lelah ini telah dibangunkan dan di ketuai oleh Bill Jolitz dan lain-lain. Versi pertama mereka ialah Unix for the PC (386BSD). Versi pertama mereka tidaklah dapat lari dari sebarang kelemahan, membuatkan mereka terpaksa memperbaiki OS tersebut. Maka "386BSD patchkit" terpaksa dikeluarkan. Pembaikan dan pembaruan membuatkan muncul versi unix yang lain seperti FreeBSD, kemudian NetBSD, dan OpenBSD. Terdapat juga versi komersial BSD bagi pc yang boleh didapati dari Berkeley Software Design Inc. Produk perkakasan pada masa ini dapat memenuhi kebanyakan standard variasi unix yang ada di pasaran.

Adalah ganjil dan timbul persoalan kenapa unix tidak dicipta pembekal perkakasan. Sebenarnya pada masa itu AT&T tidak dibenarkan memasuki dunia bisnes. Dari sejarah kita dapat lihat syarikat-syarikat yang berjaya sepertinya dipersisihkan oleh sebab kekuatan mereka. Pada masa ini kita juga dapat melihat syarikat seperti Microsoft Corporation Inc yang menjadi mangsa "Department of Justice" Kekalutan ini timbul apabila Micorosoft telah berjaya mencipta versi masa depan OS. Tidakkah ini ganjil?

Pada permulaan era kegemilangan unix, ia hanya digunakan secara eksklusif dalam kebanyakan DEC PDP-11 dan VAX, ia mengambil masa yang lama bagi Digital Equipment Corporation untuk mengetahui bahawa VMS mereka adalah teruk, sebelum berpaling pada unix. Mereka terlibat secara lansung dalam pengedaran dan technical support unix itu sendiri. Kemampuan unix membolehkan versi ke hadapan perkakasan seperti Sun, MIPS dan lain-lain dihasilkan.

Versi unix yang popular pada masa ini mungkin adalah LINUX. Kernelnya telah ditulis oleh Linus Torvalds dari Universiti Helsinki di Finland sebagai sebahagian projek hackingnya.

Akhir kata, tak semua orang sukakan unix.

Hakcipta @ Mohd Faizal b Rosli
Dikemaskini pada: 1 March 1999

Sukakan Laman Web Ini? Beritahu kawan anda!

Nama Anda: E-mail:
Nama Kawan: E-mail:
Komen:


Cari Kata Kunci di Laman Web Faizal:



Home | About Myself | Adik-beradik
Friends | Computer Lab | Internet | Forum
Message Board | Chat Room | Links
Sign My Guest-book | View My Guest-book

Top