ronin.gif (9838 bytes)

Pengkhianatan Agung

SEKALIi air bah, sekali pasir berubah. Selepas 20 September 1998 - tatkala rakyat membanjiri Dataran Merdeka dan melaungkan ikrar reformasi - Malaysia sudah tidak sama lagi. Rakyat menuntut asas baru bagi negara atau setidak-tidaknya pembaharuan dalam asas-asas negara.
     Pembaharuan atau reformasi menjadi suatu kemestian kerana perlembagaan telah dikhianati. Perlembagaan dan prinsip keperlembagaan. Dari segi sejarahnya, fungsi perlembagaan adalah untuk mengawal pemerintah atau kerajaan. Kerajaan harus patuh dan tunduk kepada perlembagaan.
     Malangnya apa yang berlaku di Malaysia ialah peruntukah perlembagaan di gunting dan dirombah dengan begitu mudah. Misalnya peruntukan mengenai hak asasi manusia. Peruntukan tersebut kini harus tunduk kepada undang-undang yang diluluskan oleh parlimen yang menghadkan peruntukan perlembagaan mengenai hak asasi manusia. Ini telah menjadikan peruntukan perlembagaan tentang hak asasi manusia sudah tidak bermakna lagi.
     Dari segi perlembagaan, segala perhimpunan dan demonstrasi anjuran reformasi adalah sah kerana hak bersuara dan berkumpul adalah termaktub dalam perlembagaan. Tetapi kegiatan tersebut menjadi "haram" mengikut akta-akta tertentu yang diluluskan oleh parlimen, yang mana undang-undang tersebut seharusnya dilihat sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan semangat perlembagaan.
     Para-para hakim mempunyai saham besar dalam pengkhiatan agung ini kerana mereka telah bersekongkol dengan pemerintah yang berkuasa dalam menghad dan membatasi hak asasi manusia.
     Memperkasakan kembali perlembagaan harus menjadi agenda besar reformasi. Dan, untuk menjamin hak asasi manusia tidak dicabuli di masa-masa akan datang, kita perlu membuat satu Piagam Hak Asasi Manusia yang ianya mengatasi segala undang-undang yang diluluskan oleh parlimen. Dan segala undang-udang yang diluluskan oleh parlimen adalah tidak sah jika bertentang dengan semangat piaga tersebut.
--18 March 1999

 

bluevert.gif (853 bytes)

The Great Betrayal

EVERY flood causes a shifting of sands. Malaysia changed forever on September 20, 1998, the day Malaysians swamped Dataran Merdeka (Freedom Square) and made the Reformasi pledge. The people are seeking to rebuild the nation or at least demanding that the fundamentals of statehood be restored.
     Change, or reform, has become imperative because the Federal Constitution has been subverted and constitutionalism betrayed. Constitutions are meant to prevent rulers from running amok. The government of the day must obey and serve the constitution. In Malaysia, unfortunately, the constitution has been perverted and distorted to suit the whims and fancies of the administration. Provisions on human rights, for instance, have been rendered meaningless because laws passed by parliament have effectively truncated the guarantees.
     Going by the Malaysian constitution, all gatherings and demonstrations sponsored by the Reformasi movement are legal. The constitution guarantees the right to speak and assemble. But according to certain acts of parliament, these activities are illegal. Such laws, since they are at odds with the spirit of the constitution, ought to be seen as illegitimate.
     Judges have a large stake in this great betrayal; they have abetted the administration in placing unconstitutional limits on the basic freedoms.
     The reform movement should work to re-empower the constitution. This task should be high on its agenda. And to protect our fundamental rights against future attempts to violate them, we must draw up a human rights charter that would be above all laws enacted by parliament. Any act of parliament that goes against the spririt of the charter would thus be illegal.

Back Up Next