MUKA UTAMA | GAMBAR | ALUMNI | NASYID | KAD | BIJAK KOMPUTER
ALATTAS SEPINTAS LALUSISTEM PENTADBIRAN| SISTEM PENDIDIKAN | PUSAT BAHASA ARAB 
UNIT LANJUTAN | OTHER LINK | GUESTBOOK
 
 BIJAKomputer kursus teknologi maklumat secara siber
 
 

Asas Komputer
 
Windows
 
Bahasa HTML
 
Frontpage 
 
Nets Composer
 
 Tips

Bahasa HTML  
 
Mukaddimah  

Kod-kod asas  

    Sekarang buka Notepad dan taipkan seperti berikut...  

    <html>  
    </html>  

    Kod-kod html terdiri daripada tag-tag. Setiap yang terkandung dalam huruf '<' dan huruf '>' dinamakan tag. Tag ini tidak akan dipaparkan oleh browser html anda, sebaliknya ia akan diterjemahkan sebagai corak paparan. Di dalam contoh pertama, anda telah dikenalkan dengan;  

    tag <html>  

    Tag-tag tersebut mempunyai pembuka dan penutupnya. Di atas tadi itu adalah pembuka tag. Untuk membuat penutup bagi tag, anda cuma perlu tambahkan tanda '/' daripada pembuka tag. Ingatkan itu, ini kerana semua tag yang ada akan mempunyai pembuka dan penutupnya.  



    Mari kita masukkan kod-kod berikutnya. Setiap tag <html> perlulah dipasangkan tag <head> nya.  

    <html>  
    <head>     <--pembukan tag  
    </head>    <--penutup tag  
    </html>  



    Dan sesuatu yang mengikuti dengan tag <head> (sekarang) adalah tag <title>.  

    <html>  
    <head>  
    <title></title>  
    </head>  
    </html>  



    Akhir sekali anda boleh masukkan tajuk title untuk laman anda. Sebagai contoh taipkan;  

    <html>  
    <head>  
    <title>Ini adalah laman pertama saya</title>  
    </head>  
    </html>  

    Kini anda telah pun membuat satu dokumen html yang paling asas. Cuba simpankan di dalam folder yang telah anda sediakan dengan akhiran .htm atau .html bukan dengan akhiran .txt lagi. Jika anda menyimpannya dengan fail akhiran .txt, ia tidak akan menjadi sebuah fail html. Cuba lihat fail yang telah disimpan tersebut di dalam Windows Explorer anda. Icon seperti dibawah akan kelihatan di dalam folder anda. Dwi-klik icon tersebut dan anda akan lihat hasilnya. Ia tidak akan memaparkan apa-apa kerana anda belum lagi memasukkan apa-apa jua di dalam laman anda. Kod-kod yang anda taipkan tersebut adalah arahan-arahan yang tidak akan dipaparkan di dalam laman anda. Sila kembali semula ke Notepad anda untuk meneruskan kembali pembelajaran anda.  

    Jika anda telah menutup fail Notepad anda tadi, anda boleh membukanya semula dengan dua cara. Pertama jika anda pengguna Internet Explorer, anda boleh klik menu [View] - [Source] dan secara automatik tetingkap Notepad akan keluar dengan kod-kod html asal tadi. Jika anda mennunakan Netscape pula, anda boleh buka tetingkap Notepad dan klik menu [File] - [Open], pilih All-files, dan dwi-klik fail anda tadi.  
     
    [jika anda menggunakan Netscape] [jika anda menggunakan Explorer]


    Dua perkara yang telah anda pelajari di atas tadi adalah, pertama rangka kepada fail html anda. Dan keduanya, adalah tajuk bagi fail html anda. Lihat di bahagian atas browser anda. Tajuk yang anda taipkan di dalam tag head tersebut akan muncul di bahagian atas. 

     



    Kandungan laman anda 

    Bagi meneruskan pembelajaran selanjutnya saya akan menerangkan lebih lanjut berkenaan tag <body>. Dan saya akan abaikan tag <html>, <head> dan <title>. Ini kerana ia tidaklah terlalu penting dalam laman anda. 

    <html> 
    <head> 
    <title>Ini adalah laman pertama saya</title> 
    </head> 
    <body> 
    </body> 
    </html> 



    Memasukkan teks 

    Kita akan mula memasukan sesuatu ke dalam laman anda. Sekarang cuba anda taipkan Sembahyang itu tiang agama di dalam tag <body> seperti berikut: 

    <html> 
    <head> 
    <title>Ini adalah laman pertama saya</title> 
    </head> 
    <body> 
    Sembahyang itu tiang agama 
    </body> 
    </html> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 
    Setiap kali anda mengubah fail anda melalui Notepad, simpankan (save) ia semula, kemudian klik Reload atau Refresh pada browser anda untuk mendapatkan hasil gerak kerja anda yang terbaru. 



    Mengubah warna latar belakang 

    Saya fikir perkara pertama yang perlu anda ketahui adalah bagaimana untuk menukarkan warna latar belakang laman anda. 

    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    Sembahyang itu tiang agama 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 
    FFFFFF adalah arahan bagi warna putih. Ada banyak lagi arahan di sini. 
    Terdapat 256 warna pilihan bagi laman web anda. Pilih sahaja mana yang anda suka dan lihat sendiri hasilnya.  


    Memasukkan latar bergambar 

    Atau anda boleh juga meletakkan gambar sebagai latar belakang laman web anda bagi mengantikan warna tersebut. Pastikan anda mempunyai gambar untuk dijadikan latar belakang dan masukkan gambar tersebut di dalam satu folder yang sama dengan fail html anda. Contoh gambar yang saya pilih adalah swirlies.gif. 

    <body background="swirlies.gif"> 
    Sembahyang itu tiang agama 
    </body> 
     
     
     
    Ini adalah contoh laman yang berlatar belakangkan gambar dan anda boleh pilih gambar yang anda suka. Jika anda terlihat latar belakang lain dalam internet yang anda suka, anda boleh salin (copy) gambar tersebut dengan klik pada latar belakang dan Save Image As... 



    Atau anda boleh pilih latar belakang seperti berikut: 

    <body background="bluebar.gif"> 
    Sembahyang itu tiang agama 
    </body> 
     
     
     


    Baiklah, kita kembali semula kepada warna putih. 

    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    Sembahyang itu tiang agama 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 



    Tulisan tebal 

    Kita boleh juga menebalkan tulisan (bold). 
    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    Sembahyang itu tiang <b>agama</b> 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 
    Ini adalah arahan tag <b> bagi penebalan tulisan, dan ini </b> adalah arahan tutup penebalan. 



    Tulisan condong 
    Atau anda boleh condongkan (italics)... 

    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    Sembahyang itu<i> tiang</i> <b>agama</b> 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 



    Tulisan bergaris 

    ...seterusnya garisan. 

    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    <u>Sembahyang itu</u> <i>tiang</i> <b>agama</b> 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 



    Kembali semula kepada latar putih. 

    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    Sembahyang itu tiang agama 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 



    Penggunaan dua tag 

    Dan kita boleh juga cantumkan dua arahan. 

    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    Sembahyang itu tiang <i><b>agama</b></i> 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 
    Untuk perhatian. Jika anda ingin gunakan dua arahan tersebut, pastikan tag yang anda hasilkan tidak berserabut. Lihat contoh di bawah... 

     <satu><dua></satu></dua>    Tag yang berserabut.... tidak sesuai 
     <satu><dua></dua></satu>    tag tersusun.... elok 



    Jenis tulisan mesin taip 

    Adakalanya tulisan yang hendak digunakan adalah jenis mono-spaced, atau tulisan mesin taip. 

    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    <tt>Sembahyang itu tiang agama</tt> 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 
     
     
    Jenis regular           --->  assalamualaikum 
    assalamualaikum 
    assalamualaikum
    Jenis monospaced    ---> assalamualaikum 
    assalamualaikum 
    assalamualaikum
     



    Saiz tulisan 

    Seterusnya kita tukar pula saiz tulisan ... 
    Pertama letakkan tag <font> 

    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    Sembahyang itu tiang <font>agama</font> 
    </body> 

    Kemudian tentukan SAIZ yang anda mahukan. 

    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    Sembahyang itu tiang <font size=6>agama</font> 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 
    Tulisan sekarang adalah bersaiz 6 : 
      
    satu  dua tiga empat lima enam tujuh
    1 2 3 4 5 6 7



    Tetapan tulisan 

    Dua perkara yang perlu diketahui. Pertama berkenaan <tag> yang akan mengarahkan browser untuk lakukan sesuatu. Dan kod-kod arahan dalam <tag> seterusnya akan mengarahkan browser apa yang perlu dibuat. 

    Keduanya berkenaan tetapan (defaults). Perlu ada ketahui tetapan (default) adalah arahan supaya ia mengikut arahan tetapan yang ditetapkan oleh browser anda. Mari kita lihat contohnya; contoh yang terbaik adalah dalam arahan tulisan. Tetapan tulisan adalah bersaiz 3. Jika anda tidak memberikan apa-apa arahan untuk tulisan, ia akan tetap bersaiz 3 iaitu saiz tetapan bagi browser. 

    Setiap browser telah ditentukan tetapan bagi saiz tulisan - jenis tulisan dan warnanya. Tetapan jenis tulisan adalah Times New Roman 12pt dan tetapan jenis warna adalah hitam (black). Selepas ini kita akan cuba mengubah tetapan tulisan tersebut. Seperti yang di atas tadi kita telah pun mengubah saiz tulisan daripada saiz tetapan. Sekarang kita cuba ubah jenis tulisan pula seperti jenis ARIAL atau COMIC SANS. 

    Browser juga telah menentukan warna tetapan bagi tulisan, link sambungan, link aktif dan link telah dilawati dalam arahan tag latar belakang. Berikut adalah tetapannya; 

    Tulisan adalah hitam (font) 
    Links sambungan (link) adalah biru 
    Link Aktif (active link) adalah merah 
    Link telah dilawati (visited link) adalah unggu 

    Anda boleh menukarnya mengikut kemahuan anda dengan mengubah tag <body> berikut. 

    <body bgcolor="#00000" text="#FFFF00" link="#FF0000" vlink="#800000" alink="#008000"> 
    Sembahyang itu tiang agama 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 

    Sembahyang itu tiang agama, siapa yang mendirikan sembahyang maka dia telah mendirikan agamanya dan barang siapa yang meninggalkan sembahyang maka dia telah merobohkan agamanya.. 
        Anda akan lihat sekarang latar belakang adalah hitam dan tulisan kuning. 
        Links adalah merah 
        Visited adalah merah samar 
        Dan active links adalah hijau.

     



    Ubah tetapan 

    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    Sembahyang itu tiang <font face="ARIAL">agama</font> 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 
    Perlu diperhatikan, browser hanya akan memaparkan jenis tulisan yang terdapat dalam komputer. Secara ringkasnya, jika sesebuah komputer itu tidak mempunyai tulisan dari jenis yang ditentukan, ia akan memaparkan jenis tulisan tetapan. Contoh; jenis tulisan Impact ini!. Jika ia tidak kelihatan ini bererti di dalam komputer anda tidak ada tulisan dari jenis tersebut. Bolehkan ia diatasi? Ya! Boleh dengan anda tentukan beberapa jenis tulisan dalam satu arahan. Cuma taipkan arahan berikut... <font face="ARIAL, HELVETICA, LUCIDA SANS">Assalamualaikum</font>. 

    Bagi arahan ini, browser akan mencari arahan jenis tulisan yang pertama iaitu ARIAL. jika ia jumpa ia akan memaparkannya. Jika tidak, ia akan mencari jenis tulisan yang kedua iaitu HELVETICA dan seterusnya kepada jenis tulisan LUCIDA SANS. Jika masih juga tidak dijumpai, maka ia akan menggunakan jenis tulisan tetapan. 

    Saya harap anda sudah faham akan beberapa perkara yang telah saya terangkan sebentar tadi dan tiada sebarang masalah yang timbul. 

    Sekarang cubalah ubah mengikut citarasa anda dan lihat hasilnya. 



    Mewarnakan tulisan 

    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    Sembahyang itu tiang <font color="#FF0000">agama</font> 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 



    Dan cuba pula arahan ini... 

    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    Sembahyang itu tiang <font color="#FF0000" face="ARIAL" size="7">agama</font> 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 



    Dan tambahkan lagi arahan ini! 

    <body bgcolor="#FFFFFF"> 
    Sembahyang itu tiang <u><i><b><font color="#FF0000" face="ARIAL" size="7">agama</font></b></i></u> 
    </body> 
     
    Sembahyang itu tiang agama 
    Ingat! Pastikan arahan tag arahan anda tersusun. 

    <tag3><tag2><tag1>Assalamualaikum!</tag1></tag2></tag3> 

    Arahkan browser untuk satu arahan tag dahulu kemudian tambahkan arahan di luar tag yang pertama. Contoh jika anda memerlukan dua tag merah (red) dan tebal (bold). Susunan tag anda mestilah seperti berikut.. 

    <tag2><tag1><tag3>Assalamualaikum!</tag3></tag1></tag2> 

    Bukan seperti berikut... 

    <tag3><tag2><tag1>Assalamualaikum!</tag3></tag1></tag2> 

    (kebiasaan yang selalu terkeliru.) 
     

pihak kami memohon ribuan kemaafan kerana masih lagi tidak dapat menyiapkan kursus komputer ini sepenuhnya 

MUKA UTAMA | GAMBAR | ALUMNI | NASYID | KAD | BIJAK KOMPUTER | OTHER LINK | GUESTBOOK
™ alattas.cjb.net