Info Remaja
Mahu menjadi MANUSIA YANG CEMERLANG?
Setiap orang mahukan kecemerlangan di dalam hidupnya.
Seseorang yang memang sudah
terbukti kecemerlangannya adalah orang yang istimewa dan bertuah . Tetapi pernahkah kamu
impikan kamu tergolong di dalam orang cemerlang?. Ikuti
beberapa tips bagaimanakah ingin
menjadi orang yang cemerlang.
1. Cuba kenal pasti kebolehan dan kelebihan yang ada
pada diri kamu.
2. Pastikan apa yang sering menjadi halangan dan
masalah di saat kamu ingin mencapai sesuatu yang di idamkan.
3. Tingkatkan disiplin dalam dirimu.
4. Dampinglah orang-orang yang sudah mencapai
kecemerlangan dalam hidup mereka.
5. Belajar dari bawah.
6. Hindarilah sikap daripada sikap terlalu merendah
diri.
7. Peranan keluarga adalah penting untuk memastikan
kecemerlangan berada di dalam diri kamu.
8. Sentiasa bersabar dengan apa jua dugaan yang
mendatang.
9. Jangan mudah putus asa dan tension.
10. Sentiasa tanamkan sikap positif dan terpuji di
dalam diri kamu sendiri.
Tips Membina PERSAHABATAN Yang ERAT
1. Saling mempercayai antara satu sama lain.
2. Memahami kelebihan dan kekurangan yang ada pada
teman kita.
3. Membantu antara antara satu sama lain.
4. Sentiasa bersikap jujur dan berfikiran terbuka.
5. Mengalah adalah salah satu sifat terpuji.
6. Sentiasa menepati ketika berbicara.
7. Saling menghargai antara satu sama lain.
WARNA bagi kamu
Warna ternyata mempunyai banyak definisi. Warna mampu
mengungkap watak peribadi seseorang.
Jika kamu mahu mengenali sifat peribadi temanmu, senang saje
dik, kamu hanya perlu tahu warna kesukaannya sahaja.
MERAH- Temanmu mempunyai watak yang kasar. Tetapi
dia juga mempunyai perwatakan ceria dan mempesonakan.
BIRU- Si dia adalah seorang yang penyabar dan romantik.
Mudah memaafkan kesalahan orang
lain.
HITAM- Si hitam adalah penyayang dan pandai meyimpan
rahsia tapi lemah dalam menunaikan janji. Walaupun begitu si dia memang jenis orang
penyayang.
PUTIH- Orangnya tenang dan boleh dipercayai.
UNGU- Oh....... nasib kamulah jika mempunyai teman yang
sukakan warna ungu. Mereka ini selalu merasa bangga dengan kemampuan diri sendiri
dan asyik tidak setuju dengan pendapat orang lain. Namun begitu si dia mempunyai
tekad yang tinggi untuk mencapai apa yang diingini.
KUNING- Begini dik....si dia tidak begitu kuat memegang
rahsia. Si dia juga suka berkhayal. Tetapi janganlah kamu bimbang. Si
dia masih menyayangimu. Apa yang boleh di banggakan, si dia mempunyai sikap yang
baik, dan bersopan santun dengan sesiapa sahaja.
HIJAU- Si dia seorang yang sukakan sesuatu yang seni.
Seleranya tinggi, tetapi kamu harus ingat si dia adalah seorang yang kuat cemburu.
Pandai-pandailah kamu mengaturnya.
Zodiak PISCES, LEO dan ARIES boros.
Tahukah kamu bahawa melalui zodiak, di katakan sikap kamu boleh diketahui iaitu sama
ada kamu boros ataupun tidak. Penyelidikan di UK
mendapati orang yang bernaung di bawah
zodiak Pisces, Leo dan Aries sangat pemborong dan sering menghadapi masalah kewangan.
Manakala orang berbintang Capricon dan Cancers adalah juruwang yang sangat baik!
Gadis
SINGLE lebih BERJAYA.
Menurut satu kajian yang di buat baru- baru nie di
Amerika Syarikat, mendapati bahawa gadis single lebih mudah untuk berjaya dalam karier
mereka. Ini berlainan pula dengan
lelaki bujang. Ini
seolah-olah membuktikan kebenaran andaian yang mengatakan, di sebalik kejayaan seorang
lelaki pasti ada wanita di belakangnya.
SENAMAN bantu TIDUR NYENYAK.
Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam sebuah buku
'Power Sleep' hasil tulisan James
B. Mass, kamu akan dapat tidur lena jika kamu memanaskan
badan kamu dengan membuat senaman sebelum tidur. Begitu juga
sekiranya kamu mandi air suam sebelum masuk tidur. Ketika suhu badan kamu menurun, ia akan meningkatkan gelombang tidur otak kamu.
BUAH EPAL bantu kurangkan MIGRAIN.
Menurut Alan Hirsh, pengarah The Taste Research
Foundation di Chicago, epal hijau boleh membantu para pesakit migrain. Ini
kerana dikatakan aroma epal hijau mempunyai bau yang mampu membangkitkan mood yang
baik kepada pesakit. Jadi, ketegangan akan hilang dan migrain juga boleh dikurangkan. Terbukti bau mempunyai pengaruh yang besar kepada manusia bahkan bau adalah 90%
daripada deria baru.
VITAMIN C dan ALKOHOL.
Vitamin C memang berkhasiat tinggi. Tapi tentu ramai di
kalangan kamu yang tidak mengetahui bahawa perokok memerlukan lebih banyak vitamin c
berbanding dengan orang yang
tidak merokok. Mereka
memerlukan sekurang- kurangnya 50 miligram vitamin c bagi setiap batang rokok yang
dihisap. Malah peminum alkohol dan orang yang hidup di kawasan udara tercemar juga memerlukan vitamin c.
PIL TIDUR bawa maut.
Pelbagai cara telah kamu lakukan untuk mengatasi masalah sukar tidur malam.
Akhirnya kamu menggunakan ubat tidur. Kamu harus berhati-hati
menggunakan ubat tidur kerana sesetengah ubat tidur boleh membunuh kerana kandungan
kafeine di dalamnya melebihi jumlah
yang terkandung dalam secawan kopi! Jadi, periksa dulu
kandungan bahannya sebelum kamu mencuba! Lagipun masih banyak lagi cara yang boleh
kamu gunakan seperti membaca buku sebelum tidur. Apabila mata penat, kamu lebih
mudah mengantuk.
GULA bukan penyebab PENYAKIT.
Selama ini pasti kamu sering terdengar dakwaan betapa
bahayanya gula terhadap manusia.
Ia dikatakan punca diabetes, jantung dan sebagainya. Namun
sebenarnya penyakit itu adalah disebabkan oleh kadar kalori dalam tubuh, gaya hidup serta
keturunan dan bukan semata-mata kerana gula! Bahkan, dakwaan bahawa kerosakan gigi
kanak-kanak kerana gula juga masih belum di buktikan. Satu
kajian yang di buat oleh seorang
pengkaji daripada UN Food and Agriculture Organization, William Clay menunjukkan bahawa adalah lebih penting
untuk kanak-kanak memperolehi rawatan florida dan penjagaan gigi yang sempurna daripada mengelakkan mereka
mengambil gula.
Keistimewaan STRAWBERI.
Buah-buahan memang banyak khasiatnya termasuklah
buah strawberi. Buah ini memang mempunyai banyak keistmewaannya kerana ia kaya
dengan vitamin dan rasanya yang manis-masam menjadikan ia kegemaran ramai. Tapi tahukah kamu bahawa strawberi juga boleh menbuatkan diri kamu seksi,
hanya dengan mencium aromanya sahaja! Satu kajian yang diadakan di Amerika Syarikat
telah membuktikan bahawa lelaki juga boleh tergoda hanya dengan bau donut Strawberi.
Hebatkan penangan strawberi!
Rama-rama Terbesar.
Pelbagai jenis dan saiz rama-rama yang boleh didapati di negara
kita ini. Mungkin ramai di antara kamu yang tidak mengetahui apakah jenis rama-rama
yang terbesar di negara kita ini? Rama-rama
jenis Atlas yang bersaiz 77.28cm adalah yang paling besar di negara kita ini.
Walaubagaimanapun ia suma dapat hidup kira-kira seminggu sahaja kerana tidak mampu memakan
sebarang makanan disebabkan ia tidak mempunyai mulut. Pelik kan!
TEKANAN Bawa Kebaikan.
Pastinya setiap orang pernah mengalami saat ketegangan dan rasa tertekan (stress).
Itu semua tidak menyenangkan. Namun sebenarnya sedikit tekanan juga boleh
memberikan kebaikan pada kamu. Menurut satu kajian yang telah
dijalankan di Amerika Syarikat, otak kamu akan mengeluarkan sejenis hormon,
'cortisol' apabila diri kamu berada bawah tekanan. Kebaikannya ia
boleh membantu meningkatkan keyakinan diri dan menjadikan perasaan kamu lebih terkawal.
Berlainan dengan kamu yang kurang kadar hormon tersebut akan 'bad mood' dan sukar
mengawal perasaannya.
LELAKI mudah dapat SAKIT JANTUNG!
Sakit jantung, tentu gerun kamu mendengarnya. Dalam
satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar terhadap jantina mana yang berisiko tinggi
menghidap sakit jantung di negara kita ini, golongan lelaki yang berusia lebih daripada 30
tahun adalah pengidap tertinggi penyakit lemah jantung.
Golongan perempuan dikatakan sukar mendapat penyakit ini kerana lebihan hormon
dalam badan. Tapi bukan bermakna orang perempuan tidak kena penyakit darah tinggi,
perempuan juga kena cuma lewat sedikit.
KULIT GELAP mudah dapat KANSER.
Tahukah kamu kanser lebih mudah dihidapi oleh lelaki yang
berkulit hitam. Ini terbukti apabila satu kajian yang dijalankan mendapati lelaki
berkulit hitam lebih terdedah kepada penyakit kanser buah dada
iaitu dengan jumlah 14 orang bagi setiap 1 juta, manakala lelaki berkulit cerah pula ialah
8 orang bagi setiap 1 juta.
Apakata LELAKI mengenai bekas
TEMAN WANITA.
Selalunya selepas terputus hubungan dengan teman wanita, masing-masing akan membawa
haluan sendiri. Kenangan lalu tidak lagi menjadi bunga-bunga mimpi yang indah. Bagi si lelaki, mereka mempunyai pelbagai pandangan dan pendapat jika
telah putus kasih dengan teman wanita. Walaupun telah putus hubungan, sebenarnya
mereka masih terfikirkan mengenai teman wanita mereka. Ingin tahu apa pendapat
mereka mengenai bekas teman wanita? Jom.......
* Bekas teman wanita masih berkawan dengan mereka walaupun bukan lagi sebagai
pasangan kekasih.
* Ada di antara bekas teman wanita menjadi salah
seorang kawan baik yang begitu memahami.
* Si perempuan telah menjadi seorang yang berdikari dan
semakin tabah mengharungi hidup.
* Agak sukar pada mulanya hendak berlagak seperti biasa
tetapi lama kelamaan keadaan menjadi okeh.
* Pada awal perpisahan, masih boleh menerima keadaan
itu tetapi apabila bekas teman wanita mula keluar dengan orang lain, sukar untuk menerima
keadaan itu.
* Si lelaki akan terfikir mengenai bekas teman wanita
pada waktu yang sering bersama dan berharap akan menerima panggilan telefon seperti biasa.
* Putus kasih dengan bekas teman wanita adalah satu
perkara yang paling teruk pernah mereka alami.
* Ada lelaki langsung tidak memikirkan mengenai bekas
teman wanita mereka.
* Masing-masing membawa haluan sendiri selepas berpisah
dan tiada apa yang perlu difikirkan lagi....