Pagar Makan Tuan

   Sesiapa di dunia ini inginkan umur yang panjangan sihat tubuh badan untuk menikmati kehidupan sepuas-puasnya. Malah ada yang berkata, alangkah baik kalau dapat hidup selama-lamanya. Namun hakikat dan kenyatan mesti di terima.
    Kini heboh diperkatakan, bukan sahaja ole penduduk kampung Sri Kembangan, malah kampung-kampung berhampiran tentang Pak Hamid. Entah apa puncanya Pak Hamid yang sudah terlantar tiga bulan sakit, dikhabarkan masih belum terlapas nyawa dari badanya.
    Keadaan Pak Hamid amat menyayat hati sesiapa yang melihatnya. Tubuhnya haya tinggal tulang disaluti kulit yang nipis berkedut. Sekilas pandang bagaikan rangka, namun masih bernyawa. Dadanya kelihatan berombak, turn naik mendadakan dia masih bernapas.
    Anak cuc Pak Hamid semakin gusar melihat penderitaanya. Sebelum ini Pak Hamid pernah juga terlantar sakit, namun tidaklah sebegitu tenatnya. Dari apa yang dilihat sewajarnyalah Pak Hamid sudah meniggal dunia. Tetapi bagaikan ada sesuatu yang menghalang nyawanya keluar dari jasadnya.
    Kini mereka mula curiga, mungkin ada sesuatu yang dipakai oleh Pak Hamid sehingga keadaanya jadi begitu. Namun keadaan yang semakin gawat dan ketidak pastian dalam hal begitu membuatkan tiada keputusan pasti dibuat.
    Setelah ahli keluarga mencapai kata sepakat, mereka berstuju meminta bantuan dari seseorang yang pandai dalam ilmu-ilmu gahib dan kebatinan. Salah seorng ahli keluarga Pak Hamid menyarankan agar mereka meminta bantuan daripada Tok Daud  di Kampung Nakhoda.
    Sangkaan mereka semakin hampir menjadi kenyataan. Tok Daud yang datang pada malam itu mengeleng-gelengkan kepalan sebaik merapati Pak Hamid yang terbaring di atas katil. Kemudian Tok Daud keluar ke runag tamu dan memnggil anak-anak serta cucu Pak Hamid.
    "Badanya dipagar..... dari pangkal leher, dada dan hampir seluruh tubuhnya dengan tali hijau," bisik Tok Daud. Anak-anak dan cucu Pak Hamid tersentak.
    "Pagar gahib yang tidak ada sesiapa pun boleh nampak dengan mata kasar. Selagi pagar tu tak dibuka, nayawanya tak akan terlepas...," tambah Tok Daud.
    "Tok Tak boleh buang ke?" tanya salah seorang daripada anak Pak Hamid.
"Boleh cuba ....tapi kena tanya tuan punya diri di mana kuncinya," jelas Tok Daud.
Tok daud sekali lagi merapati Pak Hamid, kemudian meletakan telinganya berhampiran mulut Pak Hamid. Dada Pak Hamid tiba-tiba berombak kuat, mulutnya kumat-kamit bagai membisikan sesutu ke telinga Tok Daud.
Kecuali Tok Daud, tiada sesiapa yang mendengar dan menterjamahkan apa yang disampaikan oleh Pak Hamid.Kegelisahan ahli keluarga Pak Hamid semakin memuncak.
Bebarapa ketika Tok Daud bertafakur di hadapan Pak Hamid sambil mulutnya
membaca sesuatu.Tiba-tiba terpancar cahaya kehijauan di sekitar tubuh Pak Hamid sebagai 'pagar ' telah di buka dan serentak dengan itu Pak Hamid menembuskan nafasnya yang terakhir.
Sebelum itu keadan amat mengerikan.Susah benar dia hendak melepaskan nyawanya.Pak Hamid menggelupur seperti cacing kepanasan,serentak itu juga terdengar raungan panjang yang amat kuat sebelum tubuh Pak Hamid longlai tidak bernyawa lagi.  Bau hanyir dan busuk yang begitu memualkan memenuhi ruang.  Tubuh Pak Hamid mengecut dan kini benar-benar tinggal rangka.  Dari liang-liang mengalir cecair pekat berwarna hijau . Keadaanya mayat Pak Hamid bagaikan sudah mati tiga bulan lamanya.
    Tubuh Pak Hamid mereput serta mengecut tanggal perlahan-perlahan . Bau busuk yang meloyakan tekak semakin memenuhi ruang. Anak-anak Pak Hamid yang tidak sanggup menyaksikan kejadian itu bergegas ke ruang tamu.
    Malam itu juga ahli keluarga Pak Hamid menyempurnakan jenazah beliau.Pak Hamid sewaktu mudanya memang gemar pergi ke tempat-tempat sunyi yang dikatakan keramat. Tujuanya untuk mempelajari ilmu-ilmu kebatinan. Namun kerana menurutkan nafsu mudanya ketika itu ,Pak Hamid tersalah memilih ilmu yang di pelajari.
    Syaitan yang sentiasa membisikkan hasutan dan godaan yang indah-indah berjaya mempegaruhi Pak Hamid. Tanpa berfikir panjang dan tanpa mengetahui daripada siapa ia belajar,Pak Hamid memperolehi ilmu pagar umur.
    Pengamal ilmu ini menurut kata Pak Daud akan hidup lama.Namun sebenarnya yang menyebabkan Pak Hamid hidup lama adalah   makhluk lain yang telah menggunakan atau meminjam jasadnya.
    Sesungguhnya hidup dan mati di tangan Tuhan. Tiada siapa selain dia yang mampu menghidup dan mematikan. Selama mana pun hidup jika berserah dan mengabdi diri selain kepada-Nya,nescaya sia-sialah segala..

Ade lagi cerita seram jangan ketinggalan

                                                           Warisan Melayu
                                                           ( Mizi And Denz)  
 

Barblue.gif (11170 bytes)