Warisan Sepanjang Zaman

    Bunyi jeritan Najib mengejutkan seluruh panghuni rumah besar itu. Serentak dengan itu kelihatan Najib berlari menyasar-nyasar sehingga merempuh segala apa yang ada di hadapanya. Najib tergolek di ruang tamu.
    Badanya kejang dan menjadi biru kehitam-hitaman seperti terkena racun berbisa. Matanya terbeliak, manakala giginya terkancing menhan sakit yang amat sangat. Bibirnya menjadi hitam dan membengkak. Terdapat dua lubang kecil kesan gigtan pada lehernya. Najib sudah tidak bernyawa lagi.
    Nina hanya mampu menagis sambil memeluk ibunya. dalam hatinya berkata mengapakah dia menerima nasib begitu. Mangapalah dia yanh harus menghadapai semua ini. Mengapalah setiap kali ada lelaki yang mencintai dan dicintainya akan meneriam kecelakaan.
    Kini kegusaran dan lanjutan dari peristiwa lampau yang hanya dianggap sebagai kebetulan menjadi kenyataan. Kanyataan yang amat pahit untuk ditelan.
    Beberapa tahun lampau, Nina yang sudah mencapai usia belasan tahun, memang tidak dapat di nafikan merupakan gadis tercantik dikalangan seusia dengannya. Dia menjadi rebetuan, kegeliaan dan siulan anak-anak muda terutama teman-teman sekuliahnya.
Di antara ramai pemuda yang mencuba nasib, ternyata Khalid berjaya menempatkan diri di hati Nina. Walau ketika itu bolehlah dianggap cinta mereka hanya cinta budak hingusan, namun perancangan mereka amat jauh. Tidak lain selain menuju ke gerbang perkahwinan.
    Keindahan yang mereka nikmati hanya seketika cuma. Sewaktu Nina dan Khalid pulang dari kuliah, motorsikal yang dipandu merempuh sebatang pokok di pinggir jalan. Walhal keadaan jalan agak lengang. Khalid kecundang di tempat kejadian. Kepalanya remuk merempuh sepohon pokok yang besar pemeluk itu, sedangkan Nina ketika itu tidak mengalami sedikit calar pun. Orang ramai yang datang membantu turut berasa hairan.
Walaupun memgalami teknan atas kehilang Khalid, Nina mampu juga meneruskan pengajianya hingga kesemesta akhir. Untuk beberapa waktu Nina tidak memikirkan untuk mencari pengganti Khalid bagi mengisi kekosongan jiwanya.
setelah tamat pengajian, Nina bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat suwasta. Sekali lagi dia menjadi perhatian dan tumpuan ramai pemuda termasuk pelanggan yang berurusan di syariakt tersebut.
Kekosongan jiwanya tidak dapat dinafikan. Lantaran itu jejaka bertuah kali ini adala Saiful, seorang pegawai kanan di bahagian pemasaran. Saifil agak pendiam, namaun mungkin sering berurusan, tanpa sedar bunga-bunga cinta mereka berkembang.
Seperti hubunganya dengan Khalid, hubungan Nina dan Saiful bukan sekadar biasa-biasa sahaja. Saiful sudah berjupa orang tua Nina menyatakan hasratnya.
Tali pertungan diikat. Nina melupakan peristiwa pahit yang menimpanya dirinya dan Khalid. Namun di hati kecil Nina terdetik juga kegusaran bila terkenang peristiwa itu. Bimbang kiranya ia berulang.
Tiga bualn tali pertungaan antara Nina dan saiful diikat tanpa ada sebarang kejadian yang digusarkan ole Nina. Nina semakin yakin apa yang belaku terhadap Khalid dahulu adalah takdir. Nina semaki ceria menantikan hari bahagia.
Masuk bulan ke empat usia pertungan mereka, sekali lagi kecelakaan menimpa. Kereta yang dipandu oleh Saiful sewaktu menghantar Nina pulang, tanpa sebab menjunam ke dalam gaung.
sama seperti Khalid, Siaful juga tewas di tempat kejadian dengan keadaan yang amat mengerikan. Mukanya hancur terhentak setereng kereta. tubuh Saiful dipenuhi sep[ehian kaca cermin yang berderai.
Bagi Nina ada satu ke ajaiban pada dirinya. Bagai ada suatu kuasa yang memagarinya daripada kecelakaan itu. Usahkan luka sekulumit tubuhnya tidak tercalar. Nina sendiri bagaikan tidak percaya. Dia mula berfiir adakah kecekaan ini berpunca daripadanya.
Kesedihan dan kekecewan memaksa Nina meletakkan jawatan. Untuk suatu tempoh waktu dia hanya berkurung dan menghabiskan masanya di rumah. Termenung dan memikirkan dua kecelakaan yang menimpa orang yang dikasihinya. Di hatinya tersemai perasaan takut untuk menyangi dan disayangi. Diam-diam Nina bertekad, selepas ini ia akan menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran jejaka.
Dua kejadian itu menjadi perbualan hanagat dikalangan masyarakat setempat. Nina tidak mahu memningkan kepala memikirkan apa orang kata.
Manakala pemuda-pemuda yang menaeuh hati terhadap Nina terpaksa memendamkan hasrat di hati. Bagi mereka yang percaya nina membawa sial, tidak sanggup mengadaikan nyawa untuk mencintai gadis itu.
    Cinta itu milik semua, jika kita tidak cari ia akan ia akan datang juga menghapiri. Begitiu kuat tekad Nina, begitu rapat pintu hatinya ditutup... namun dia tidak boleh lari dari cinta yang memburunya. Puas ditepis, puas ditolak, namun kedegilan dan kekuatan cinta Najib mengatasi segalanya.
    Nina tanpa berselindung menceritakan kecelakaan  yang dialami oleh dua pemuda yang pernah mencintai dan dicintainya. Namun Najib memang degil. Dia sudah cinta pada Nina separuh gila pada Nina.
    Najib memnag pernah mendengar cerita Niana sebelum ini. Baginya itu semua karut. Dia buktikan bahawa Niana bukan gadis pembawa sial. Nina bukan punya kuasa untuk menetukan sesorang itu akan mati!.
    Nian mengalah. Nina pasrah. Najib dan keluarganya menemui orang tua Nina. Najib tidak mahu tunggu lama-lama. Dia mahu disatukan dengan Nina dengan segera. Dia muhu buktikan Nian bukanlah seperti yang disangka. Mas yang dinatikan tiba. segalanya berjalan lancar. Sehingga tetamu yang meraikan majlis perkahwinan mereka pulang tanpa ada sebarang kejadian, Najib berasa amat bangga. Niana juga mula yakin urutan peristiwa yang dialaminya selama ini hanyalah kebetulan.
    Lewat malamnya, ketika semua ahli keluarga sudah melelapkan mata, Najib dan Nina berada di bilik pengantin sebuk membuka hadiah yang mereka teriama daripada sahabat-sahabat yang lain.
    Tiba-tiba Najib tersentak, tubuhnya bagai terkena kejutan elektrik. Sesuatu yang amat bisa menjalar ke seluruh urat sarafnya. Jeritan Najib memecah kesunyian malam, menggambarkan kesakitan yang tidak tertanggung olehnya.
    Keyakinan Nina bahawa dia bukan gadis pembawa maut lebur..Nina meratap dalam pelukan ibunya. Najib pergi bersama impian dan cintanya. Ibu dan bapanya Nina berpandangan dengan berwajah sayu. Inikah akibat di atas  perbuatan mereka pada masa lalu.........?
KEINGINAN  untuk mendapatkan anak perempuan masih belum terhasil. Lima orang anak hasil perkahwinan kamarul dan Zainab semuanaya lelaki. Pelbagai perbuatan dan ikhtiar baik cara moden mahupun tradiosional di lakukan namun menghampakan pasangan ini.
    Sehinggalah kamarul mendapat cadangan daripada rakanya supaya menyuruh berjumpa dengan bidan Siah ,seorang bidan yang terkenal di sebuah daerah di utara semenanjung.
    Ternyata selepas menemui bidan Siah usaha berhasil,Zainab mengandung dan melahirkan seorang  bayi perempuan comel.Itulah Nina. Seminggu sebelum kelahiran Nina,Zainab bermimpikan didatangi perempuan cantik.
    Dalam mimpinya, perempuan cantik itu mendukung seorang bayi perempuan lalu menyerahkan kepada Zainab . Perempuan cantik itu tiba-tiba bertukar menjadi seekor ular lalu lenyap dari pandangan.
    "Anak perempuan yang yang akan lahir nanti cuma 'dipinjamkan' pada kamu sahaja.Kamu tak boleh bagi kepada sesiapa.Kalau tidak orang itu akan menerima padahnya". Kata-kata Bidan Siah menerjah kembali dalam ingatan Zainab dan Kamarul.
    Kasihan Nina, apakah nasibnya akan begitu selamanya..

                                                   [ Hasil Karya 4 Denz]    

Barblue.gif (11170 bytes)


[Kembali]