|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aktiviti memancing ikan trout
|
Sejak bermulanya tamadun
manusia, sungai memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia.
Tamadun
manusia
-
Kebanyakan bandar-bandar yang wujud sekarang
bermula dengan perkampungan kecil yang berkembang mengikut masa.
-
Sebagai contoh bandaraya Kuala Lumpur yang berkembang
dari perkambungan perlombongan bijih timah di pertemuan antara sungai Gombak
dan Sungai Kelang
-
Contoh lain adalah seperti Shanghai, Calcutta
dan Karachi
Bekalan Air
-
Air dari sungai digunakan untuk mengairi kawasan
pertanian seperti kawasan penanaman padi di Dataran Kedah, Dataran Kelantan,
Delta Irrawaddy dan Delta Menam Chao Phraya
-
Air sungai juga digunakan untuk kegunaan industri
seperti industri pemprosesan Kelapa Sawit
-
Sungai juga berperanan dalam kegunaan domestik
seperti memasak, membasuh dan mandi
Pengangkutan
-
Manusia menggunakan sungai untuk mengangkut
barangan pukal ke kawasan-kawasan pendalaman yang tidak dapat dihubungi
dengan jalanraya seperti sungai Chao Pharaya yang dapat dimudik sehingga
400 km dari muara ke pendalamannya pada musim hujan dan 200 km pada musim
kemarau, Sungai Irrawaddy (dapat dimudik sehingga 1440 km dari muara
hingga Bamor) dan Sungai Tigris
Makanan
-
Sungai banyak memberikan sumbangan kepada manusia
dengan membekalkan sumber protein yang penting untuk badan seperti ikan
air tawar terutamanya bagi penduduk di kawasan pendalaman.
Kuasa
hidroelektrik
-
Sungai yang bersaliran deras di bahagian hulu
sesuai untuk menjana kuasa elektrik hidro seperti Sungai Huang he dan Sungai
Indus
Rekreasi
-
Banyak aktiviti rekreasi dijalankan di sepanjang
sungai seperti berkayak, memancing dan berenang
Estatika
-
Sesetengah sungai dikenali dengan kecantikannya
seperti sungai Niagara yang popular untuk berbulan madu dan percutian
.
|