5. Badik
Kebiasaannya Badik
mempunyai rekabentuk yang bermata sebelah, lurus dan tajam. Badik yang
bermata melengkung adalah jarang didapati. Begitupun terdapat juga badik
yang bermata dua. Bahagian mata badik bermula 1/3 dari hujung matanya yang
tirus dan tajam. Panjangnya antara 4 5/8 ke 13 inci, dan lebarnya antara
5/8 ke 15/16 inci. Hulu dan sarung biasanya daripada kayu, tanduk atau
gading. Hanya hulu atau sarung dari kayu sahaja yang berukir bunga awan
timbul dan di kemaskan dengan kepingan logam. Terdapat
perbezaan asas antara tumbuk lada dan badik. Tumbuk lada mempunyai mata
yang bahagian belakang tebal dan tirus bermula dari mula ke hujung mata.
Manakala badik pula mempunyai tebal yang sama kecuali bahagian hujungnya
yang tirus dan tajam.
1. Tumbuk
Lada
|