7. Buku
Lima
Merupakan senjata
kecil yang bukan untuk membunuh, tetapi hanya sebagai 'habuan'
berbisa dalam pertempuran. Biasanya digunakan bagi mengalahkan lawan
yang lebih handal, atau bertubuh sasa, atau yang dirasakan `tak makan
cekak'. Buku lima diasaskan dari bentuk penumbuk. Sebagai hiasan
barang keras pada penumbuk, buku lima ditambah yang mana sedia maklum akan
memberikan pukulan yang sangat berbisa, sekaligus menghilangkan cabaran
musuh.
Buku lima diperbuat dari bahan logam besi atau tembaga
dan dijadikan sebagai senjata sulit. Namun begitu ianya jarang digunakan
dalam pertempuran, tetapi hanya untuk tempur satu lawan satu.
Biasanya dipakai tanpa disedari lawan, dan pukulan 'curi'
digunakan secara helah. Sasaranya pada muka yang mana akan memberikan kecederaan
parah.
Terdapat 2 jenis buku lima iaitu jenis,`genggaman'
dan jenis 'sarung'. Jenis genggaman mempunyai mata yang
rata dan mudah terlepas jika genggaman tidak kuat atau musah mahir dalam
kuncian. Berbanding pula dengan jenis sarung yang mempunyai mata tajam
pada bahagian luar genggaman yang mana mudah dilihat oleh musuh tetapi
sukar terlepas dari tangan. Ada juga penyerang yang menanam 'besi
kuning' pada buku lima mereka. Menurut ceritanya sesiapa yang terkena
buku lima ini akan menemui maut atau setidak-tidaknya akan muntah darah
dan menanggung penderitaan. Buku lima yang ditanam besi kuning juga boleh
menewaskan ilmu kebal dan menawarkan ilmu hitam.
Buku lima hanya digunakan sekali sahaja dalam pertempuran, ini mengelakkan
daripada diketahui oleh lawan yang mana boleh menyebabkan dendam yang berpanjangan.
Tetapi jika sekali pukul lawan pengsan, ini akan memberikan kesedaran pada
musuh akan kehebatan kita. Senjata ini adalah merbahaya dan diharamkan
oleh kerajaan dan boleh didakwa jika memilikinya.
1. Tumbuk
Lada
2. Sewar
3. Rencong
Aceh
4. Rencong
Aceh (dipakai wanita)
5. Badik
6. Badik
Tampang Teruna
|