Welcome to Hua Lian ex-Student Council (HLSC) Official Homepage

Berita HuaLian , Sejarah HuaLian , Berita Majlis , Sejarah Majlis , Perlembagaan Majlis , Matlamat Majlis
Majlis Tertinggi , Jawatankuasa Khas , Biro-biroCawangan , Wakil , Ahli-ahli , Aktiviti , Links , Home
Welcome to "Hua Lian ex-Student Council Official Homepage" , this Hua Lian ex-Student Council is officially established on 1 July 2001 by a group of Hua Lian ex-Students.
 

Sepintas Lalu Penubuhan

Majlis Bekas Pelajar-Pelajar SMJK Hua Lian
 
 

        Majlis Bekas Pelajar-Pelajar SMJK Hua Lian, Malaysia ( Hua Lian Student Club – HLSC ) diilhamkan oleh sekumpulan Bekas Pelajar Tahun Graduan 2000 dan ditubuhan oleh saudara Ooi Foo Joo pada 1 Julai 2001 secara rasminya. Majlis HLSC ini pada mulanya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengumpulkan semua bekas pelajar SMJK Hua Lian tahun 2000 dalam satu Majlis serta mengeratkan hubungan yang lebih baik dan menghubungi sesama ahli untuk mengekalkan persahabatan. Selepas perbincangan, akhirnya keahlian telah terbuka bagi semua bekas pelajar SMJK Hua Lian tahun graduan 2000 dan tahun seterusnya. Pengasas Majlis Bekas Pelajar-Pelajar SMJK Hua Lian, Ooi Foo Joo telah dipilih sebagai Presiden Pertama Majlis HLSC dan dibantu oleh sekumpulan Ahli Jawatankuasa. Halaman web rasmi serta sebuah channel telah direka khas untuk semua ahli menghubungi sesama sendiri sebagai langkah permulaan bagi Majlis Bekas Pelajar-Pelajar SMJK Hua Lian. Majlis ini sedang berusaha untuk mengumpulkan semua bekas pelajar SMJK Hua Lian dan merangka menubuhkan Cawangan Majlis HLSC di kolej-kolej, universiti-universiti serta politeknik-politeknik sebanyak yang boleh untuk menjayakan matlamat Majlis HLSC ini untuk mengumpulkan semua bekas pelajar SMJK Hua Lian. Majlis Bekas Pelajar-Pelajar SMJK Hua Lian ini masih baru bagi semua pihak, tetapi Majlis ini akan berusaha untuk menjayakan semua rancangan dan aktiviti yang dirancangkan untuk kebaikan ahli-ahli Majlis ini dan sekolah SMJK Hua Lian.

 
 
 
 

All Rights Reserved. hualian_studentclub@yahoo.com 
Copyright © 2001 Hua Lian ex-Student Council.