Oleh :pelajar 2dck |
|
Pendahuluan Pengaruh
Hutan Tropika Terhadap Kebudayaan Melayu Kepentingan
Sumber Hutan Selepas Merdeka
|
PENDAHULUAN
Tamadun
dan kebudayaan Melayu yang
bermula sejak zaman prasejarah telah berkembang sehingga meliputi satu
kawasan budaya yang luas pada masa ini. Dari segi penempatan geogarfi,
kawasan budaya Melayu ini merangkumi Malaysia, Brunei Darussalam,
Indonesia, Negara Thai, Burma, Indocina, Sri Langka, Farmosa Selatan,
dan Kepulauan Selatan Pasifik. Oleh itu ia juga dikenali sebagai Budaya
melayu-Polinesiayang dapat digolongkan secara umumnya dalam
kawasantropika yang kaya dengan berbagai-bagai sumber semulajadi seperti
hutan tropika.
Seperti perkembangan tamadun yang lain, tamadun dan kebudayaan
Melayu telah melalui tahap-tahap yang dipengaruhi oleh keadaan alam
sekitar semulajadi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Secara
khususnya, orang berketerunan Melayu telah berinteraksi dengan kawasan
hutan tropika sejak permulaan tamadun Melayu hingga hari ini. Interaksi
ini telah melahirkan dan membentuk satu sistem kehidupan yang tersendiri.
Sungguhpun proses pertembungan dengan budaya lain dan proses urbanisasi
telah mempengaruhi cara hidup orang Melayu pada zaman moden ini, asas
tamadun dan Kebudayaan Melayu terus berkekalan.
Perbincangan ini cuba menghuraikan pengaruh hutan tropika
terhadap perkembangan tamadun dan kebudayaan Melayu di Malaysia,
peranannya dalam meningkatkan taraf hidup orang Melayu khasnya rakyat
Malaysia umumnya, dan
seterusnya membincangkan kepentingan pemeliharaan hutan tropika Malaysia
untuk kebaikan bersama dalam jangka masa panjang.
|