Oleh :pelajar 2dck |
|
Pengaruh
Hutan Tropika Terhadap Kebudayaan Melayu Kepentingan
Sumber Hutan Selepas Merdeka
|
PENGARUH
HUTAN TROPIKA TERHADAP KEBUDAYAAN
MELAYU
Tamadun dan kebudayaan Melayu
bermula pada lebih kurang 3000 tahun Sebelum Masihi apabila manusia
berpindah dari benua Asia ke Kepulauan Melayu Pasifik.Di Semenanjung
Melayu, golongan ini dikenali sebagai Melayu Proto.Pada lebih kurang 300
tahun Sebelum Masihi, kumpulan kedua telah berpindah ke Tanah Melayu dan
mereka dikenali sebagai melayu Deutero.Sejak itu Melayu Deutero telah
tinggal dikawasan lembah dan dataran manakala Melayu Proto telah diusir
ke kawasan pergunungan dan hutan.
Sejak kedatangan orang Melayu di rantau ini, mereka telah mula
menggunakan sumber hutan tropika bagi memenuhi keperluan asas
sehari-hari.Kayu-kayan telah digunakan untuk membuat rumah, jamban, dan
perkakas rumah.Mereka membuat atap rumah dengan menggunakan daun nipah
dan rumbia dan diikat dengan rotan.Buluh dan daun pula digunakan untuk
membuat dinding rumah.Kayu dan rotan juga digunakan untuk membuat
perabot, tikar, topi, tongkat, dan yang sebagainya.Maka lahirlah rumah
Melayu yang istimewa dan melambangkan identiti keturunan Melayu.
Dari, segi pemakanan, binatang liar, ikan, dan buah-buahan dalam
kawasan hutan merupakan sumber makanan semula jadi yang penting bagi
orang Melayu dahulu.Tumbuh-tumbuhan, kayu-kayan, rotan, dan buluh telah
digunakan unuk membuat alat menangkap ikan seperti serkap, bubu, dan
lukah.Orang Melayu dahulu telah menebang kawasan hutan rimba sebelum
tanaman dimulakan bagi yang mengamalkan pertanian subsistense.Ini
bermakna hutan rimba
merupakan sumber yang penting dalam menyara kehidupan orang Melayu.
Sumber hutan juga telah digunakan untuk memajukan kemudahan
pengangkutan.Pada mulanya orang Melayu yang tinggal di tepi sungai
menggunakan kayu-kayan untuk membuat sampan.Kemudian, perkembangan
teknologi telah membolehkan orang Melayu membina kapal-kapal
besar.Catatan rekod sejarah Cina menunjukan bahawa pembinaan kapal
daripada kayu-kayan, rotan, dan ijok membayangkan taraf teknologi yang
tinggi dalam pembinaan kapal besar telah dicapai oleh orang Melayu pada
tahun 304 M. Kapal-kapal
buatan orang Melayu dapat memuatkan seramai 600 hingga 700 orang dan 250
hingga 1000 tan barangan.Jenis perka[alan berdasarkan binaan bahan hutan
ini telah digunakan sehingga abad ke-20.
Melalui kemajuan dalam bidang pengangkutan ini orang Melayu telah
melibatkan diri secara aktif dalam bidang perniagaan.Hasil keluaran
hutan telah dieksport ke seluruh dunia.Rekod sejarah menunjukan bahawa
mulai abad kelima hingga abad ke-19, hasil keluaran hutan seperti kayu
gaharu, tikar, kelapa, damar, kapur barus, minyak wangi, rotan, kayu
balak dan sebagainya telah dieksport kepada para peniaga Cina, Arab,
India dan yang lain.Berdasarkan perniagaan pertukaran barang, orang
Melayu telah menerima bahan gunaan harian seperti perkakas logam, pisau,
garam, tembakau, pakaian, dan yang lain yang memperkaya kebudayaan
Melayu.
Selain itu, sumber hutan adalah penting dari segi perubatan,
khususnya dikalangan orang Melayu luar bandar.Sebelum kedatangan
penjajah, cara pengubatan orang Melayu banyak menggunakan pokok kayu,
akar umbi, dan daun dalam upacara untuk mengubat berbagai-bagai jenis
penyakit yang didatangkan oleh kuasa ghaib (seperti hantu dan badi) atau
sebab fizikal (seperti makanan tertentu, angin, dan racun) .Perubatan
Melayu tradisional ini masih penting dalam masyarakat Melayu sama ada
untuk mengubat penyakit ganjil atau menjaga kesihatan.
Dalam proses evolusi kebudayaan, sumber
hutan telah digunakan untuk memperkembang kesenian orang Melayu.Bahan
perhiasan diperbuat daripada buluh dan rotan.Alat-alat muzik seperti
seruling, serunai, selumprit, gendang, geduk, gedombak, dan canang juga
dibuat daripada sumber hutan seperti kayu, buluh dan kulit.Sebagi contoh,
alat muzik ini telah membantu memperkembang drama Melayu tradisional
hinggalah drama Melayu moden.Melalui drama, kebudayaan Melayu dikekalkan
kerana drama mengandungi berbagai-bagai unsur pnting seperti pendidikan,
penyampaian maklumat,rangsangan pemikiran, dan hiburan.
Oleh sebab hutan rimba begitu penting dalam kehidupan orang
Melayu, sistem kepercayaan yang wujud juga berkait rapat dengan
perhutanan Sebelum
kedatangan agama Hindu dan agama Islam, orang Melayu mengamalkan
kepercayaan animisme.Misalnya mereka percaya bahawa batu, pokok.sungai,
hutan, bukit, dan gunung mempunyai semangat, kuasa ghaib, atau diduduki
oleh dewa-dewa.Semangat ini mempengaruhi manusia yang berinteraksi
dengan mereka.Oleh itu upacara keagamaan dan adat (ritual) diamalkan
supaya mencapai keharmonian dan keseimbangan antara manusia dengan
semangat itu.
Dalam amalan ritual kepercayaan, tarian dan muzik Melayu telah
berkembang.Alat muzik dijampi dan lagu dimainkan untuk berdamai dan
berdamping dengan kuasa ghaib seperti hantu, jembalang, jin, puaka, dan
yang sebagainya.Walaupun kedatangan Islam telah mengurangkan darjah
kepercayaan animisme ini, orang Melayu bukan Islam seperti Senoi, Semang,
Negrito, Kadazan, Murut, Kelabit, Iban, dan yang lain masih meneruskan
ritual itu sehingga kini.
Disamping itu, pengaruh alam perhutanan terhadap kebudayaan dapat
diperhati dalam pepatah Melayu.Antara yang biasa didengar ialah:
Jika tiada rotan, akar pun berguna
Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya
Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang
Melentur buluh biarlah dari rebung
Seperti aur dengan tebing
Pepatah ini adalah penting dalam proses sosialisasi dikalangan
masyarakat Melayu.Misalnya, ahli masyarakat telah dididik supaya
merendah diri, berpendirian tegas,bersatu-padu, dan saling
tolong-menolong supaya mereka dapat
terus hidup bersama.Mereka juga ditunjukan cara dan peringkat
pengajaran yang perlu diberikan kepada anak-anak generasi muda.Melalui
proses sosialisasi inilah cara hidup orang Melayu telah dapat diwariskan
dari satu generasi ke generasi yang lain.
Pendek kata sejak Melayu Proto dan Melayu Deutero bermastautin di
kawasan Kepulauan Melayu, interaksi mereka dengan alam persekitaran
amnya dan hutan khususnya telah melahirkan satu kebudayaan Melayu yang
tersendiri yang melambangkan identiti Melayu.Evolusi kebudayaan Melayu
telah mencapai tahap yang tinggi pada zaman Empayar Melaka pada abad
ke-15.
Zaman
Kerajaan Melayu Melaka ketika itu telah memperlihatkan perkembangan
kebudayan Melayu dengan pesatnya.Melaka telah menjadi pusat perdagangan
antarabangsa, pusat perkembangan dan penyebaran ilmu pengetahuan, dan
agama Islam.Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa hubungan (lingua
franca) dalam perdagangan, pentadbiran,undang-undang, penyebaran
agama,dan yang sebagainya.Dalam proses ini, kebudayaan dan tamadun
Melayu semakin jelas.
Walaupun kedatangan penjajah pada awal abad ke-16 telah membawa
pengaruh baru, tetapi ianya tidak banyak mempengaruhi cara hidup dan
sistem sosial orang Melayu yang telah berakar umbi.Sehingga abad ke-19,
orang Melayu di kawasan pedalaman terus mengamalkan kegiatan pertanian
pindah dan pemburuan.Orang Melayu yang lain terus tinggal ditepi sungai
dan mengamalkan pertanian subsistance dan penangkapan ikan.Mereka juga
menerima sedikit pendapatan daripada jualan hasil perhutanan.Pada zaman
penjajahan Inggeris pula, dasar pembangunan yang menekankan komersil dan
perlombongan telah mengakibatkan banyak kawasan hutan dibuka.Dalam
pembangunan pertanian dan perlombongan secara besar-besaran, pendatang
Cina dan India banyak digunakan sebagai buruh kasar.Dalam jangka masa
ini, walaupun banyak kawasan hutan dibuka, yang menikmati faedahnya
ialah pihak penjajah Inggeris dan golongan kapitalis tempatan.Kebanyakan
orang Melayu terus ketinggalan dalam bidang ekonomi.
|