Koleksi N Creations.

Pengenalan

Koleksi N Creations telah ditubuhkan pada awal tahun '91 yang lalu. Nama itu dipilih kerana minat saya mengumpulkan kad-kad jemputan, kad-kad hari raya, sampul duit, berkat-berkat perkahwinan dari bekas-bekas bunga rampai, bunga pahar hingga ke berkat-berkat perkahwinan yang dibuat dari kotak, riben, kaca, siramik, tuala & sebagainya. Kesemua berkat-berkat itu diletakkan di almari hiasan untuk dijadikan koleksi dan kenangan. Dan jumlah kad-kad jemputan pula telah mencecah lebih 300 keping. Sejak ia dikumpul pada lewat tahun 80'an yang lalu. Begitu juga dengan kad-kad raya dan sampul duit yang mencapai 100 keping tiap satu. Bagi saya, jika dibuang, terasa sayang, kerana kad-kad yang menarik dan berkat-berkat yang unik kalau disimpan, boleh dijadikan kenangan dan indah dipandang. Ia juga menjadi daya tarikan dan kreatif saya untuk cuba membuatnya.

pengenalan_2.jpg

cardpengenalan.jpg

pengenalan4.jpg

Home | Pengenalan | Bekas2 bunga rampai | Bunga2 Hiasan/Pahar/Berkat | Bunga Manggar/ Hiasan | Sarung Kotak Tisue | Aneka Barangan Berkait | Langsir | Gubahan | Makanan - Makanan | Delicacy | Mee/sandwiches