ISU BABI: BUKAN MASALAH PERKAUMAN

Minda Rakyat berterima kasih kepada anda yang prihatin terhadap masalah yang melanda negara kita terutama dalam menangani masalah wabak JE yang masih hangat diperkatakan. MR merasakan setiap warganegara perlu menerima pandangan dan teguran yang pernah tersiar sebagai pandangan kepada isu global, bukan fahaman sempit dan menjadikannya sebagai isu perkauman. Paparan berikut adalah untuk anda yang masih ragu-ragu berhubung dengan artikel yang pernah tersiar di ruangan ini beberapa hari lalu.~MR

 

Terima kasih kerana komentar anda.

Saya memang faham akan masalah negara kita. Saya tahu negara kita berbilang bangsa. Apa yang saya nyatakan didalam artikel tersebut saya harap dapat dimaafkan. Saya cuma memberikan komentar saya mengikut pandangan kaum melayu berdasarkan isu semasa. Memanglah ianya nampak macam berbentuk perkauman akan tetapi yang saya utamakan adalah ketidakadilan.

Tentang pampasan kepada penternak babi, saya sebenarnya amat tidak menyetujuinya. Memanglah isu ini memberikan kesan yang amat mendalam kepada para penternak babi, akan tetapi pernahkah mereka terfikir sebelum ini didalam menjaga kebersihan sistem industri penternakan yang mereka lakukan. Bukankan lebih baik mereka memulakan proses pembersihan lebih awal. Barulah kesan virus JE ini tidak ujud.

Mungkin anda tidak pernah berada dekat dengan kawasan penternakan babi ini. Akan tetapi saya pernah berada dekat dengan tempat ini di Perak dimana saya dapati para penternak ini hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira akan konsep alam sekitar. Mereka ini jenis manusia yang mahu kaya cepat tanpa memikirkan masalah sosial yang akan berbangkit. Apabila kesan sosial ini berlaku kepada mereka barulah mereka sedar dan mahukan dilakukan sesuatu untuk membetulkannya.

Kes JE ini adalah terkawal pada mulanya, akan tetapi sikap tamak pengusaha babi ini yang menjadikan punca kepada masalah ini dimana mereka membawa lari babi yang bermasalah keluar dari kawasan kuarantin. Dimanakah rasionalnya sikap mereka ini. Siapakah yang perlu dipersalahkan? Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan?

Tentang kelembapan kerajaan melakukan pengendalian kes ini, memang saya tidak nafikan mereka ini mengambil sikap sambi lewa. Akan tetapi mereka ini selalu mengikut perpatah melayu "sudak terantuk baru tergadah" dan "sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi". Saya harap isu virus ini akan menjadi pengajaran kepada kerajaan agar bersikap bersedia menghadapi "outbreak" yang lebih besar dimasa akan datang.

Saya berharap komentar saya ini tidak membangkitkan isu perkauman. Cuma anda perlulah memikirkan rasionalnya cadangan saya agar pampasan tidak perlu dibayar kepada mereka yang menternak babi kerana merekalah puncanya masalah ini. Jika mereka bersikap professional maka tidak mungkin perkara ini berlaku.

Pampasan boleh dilakukan sekadar meringankan beban mereka yang ditimpa musibah tidak kira kaum dan bangsa serta agama. Akan tetapi biarlah berpada-pada pampasan ini. Kenapa dahulu masa kes wabak Kuku Dan Mulut berlaku tiada pampasan diberikan kepada para penternak yang kerugian dan mengalami musibah.

Apakah kelebihannya penternak babi ini berbanding dengan penternak lembu dan kerbau serta kambing?

Sumber: Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)