PETUA WARISAN

Menghilangkan Jerawat

Hilangkan jerrawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau).  Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

 

Lalat jatuh ke dalam minuman

Jika lalat jatuh ke dalam minuman, rendamkan terus lalat itu kemudian buangkan.  Air itu selamat untuk diminum.

(Intipati dari hadis)

 

Senggugut

Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih 

padang semasa  kedatangan haid atau sebelumnya.

 

Pecah Bibir

Pecah bibir dalam mulut atau lidah akibat tergigit? Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah.

 

Sakit Mata

Daun bunga melati, jika ditumbuk sampai lumat, kemudian ditampal pada kening, insyaAllah akan

sembuh dari sakit mata.

 

Demam

Lendir dari daun lidah buaya boleh mengurangkan suhu demam.

 

Makanan yang masam

Jangan makan banyak makanan yang serba masam, nanti badan jadi lemah.

 

Air dimasuki lalat

Jika lalat jatuh ke dalam minuman, rendamkan terus lalat itu kemudian buangkan.  Air itu selamat untuk

diminum. (Intipati dari hadis)

 

Tumbesaran Anak-anak

Anak-anak akan lebih giat membesar jika dikenakan pakaian yang longgar.

 

Minuman panas lebih cepat sejuk

Supaya minuman panas di dalam cawan lebih cepat sejuk, kasukkan sebatang sudu besi dan biarkan

beberapa ketika.

 

Ubat gigi

Arang yang didapati dari kayu yang dibakar hangus boleh dijadikan ubat gigi.

 

Membasuh beras

Jangan basuh beras lebih dari tiga kali kerana khasiat kebaikannya akan hilang jika dicuci terlalu

bersih.

 

Tidur di siang hari

Jika terlalu banyak tidur pada siang hari adalah dikhuari boleh mendatangkan penyakit-penyakit kulit.

 

Mencuci sayur

Sayur yang hendak dimasak hendaklah dicuci lebih lama dengan mencucurkan air paip ke atasnya supaya

selamat dari sisa-sisa racun serangga dan baja.

 

Menajamkan penglihatan

Tajamkan penglihatan anda dengan kerap memandang sesuatu yang berwarna hijau.

 

Menggoreng Ikan

Supaya ikan digoreng tidak melekat di kuali, masukkan seketul asam jawa ke dalam minyak semasa

memanaskan kuali.

 

Menghilangkan bau peti

Letakkan arang di dalam peti sejuk untuk mengelak peti sejuk daripada berbau.

 

Mengilatkan emas

Untuk mengilatkan emas, rendamkan emas dengan air asam Jawa semalaman, kemudian gosok dengan ubat gigi.

 

Mata kiri terkena cili

i)  Sekiranya mata kiri terkena cili, basuh ibu jari kaki kanan dan begitulah sebaliknya.

ii) Gosokkan dengan hujung rambut.

 

Baju terkena minyak

Jika baju terkena minyak masak atau sambal, bubuh bedak atau tepung di tempat yang kena dan biarkan

semalaman.

 

Supaya tidak panas memakan durian

Supaya tidak pening atau panas ketika memakan terlalu banyak durian, masukkan sedikit air ke dalam pangsa 

durian dan minum.

 

Sakit Gigi

Aduh sakit gigi.  Celupkan kapas ke dalam minyak yang sudah digunakan untuk memasak.  Kemudian bakar

seketika di dalam piring (jangan sampai jadi abu).  Masukkan sisa bakaran ke tempat gigi yang berlubang.

Hati-hati jangan terkena gusi.

 

Mengurangkan suhu badan

Ramas dan rendamkan beberapa kuntum bungan raya bersama lendirnya ke dalam air dan sapukan ke dahi.

Insya-Allah kurang suhu badan.

 

Jika terkena api

Kalau terkena api, sedangkan madu dan susu pekat tiada, gunakan ubat gigi ke atas tempat yang sakit.

 

Anak sesak nafas

Jika anak sesak nafas, ambil minyak kelapa dan gosokkan di atas kepalanya.

 

 


 

 

 

 

Home | Biodata | Ilmiah | Resepi | Petua Warisan | Koleksi Midi |