Rahsia Alam Melayu

UTAMA | PESANAN | 1001 RAHSIA ALAM MELAYU | KEISTIMEWAAN | RUJUKKAN | ATURAN | IJAZAH & TEMPAHAN | MAKLUMBALAS

 

Pesanan Dari Penyusun  "Rahsia Alam Melayu"

 

* Oleh Penyusun Asal Ustaz Mohd Danial Abdullah

bismillah2.jpg

Firman Allah swt yang bermaksud:
             "dan kami (Allah) turunkan sebahagian dari Al-Quran itu
              adalah untuk menjadi penyembuh (kepada penyakit /
              penyakit rohani) dan menjadi rahmat bagi mereka yang
              beriman." 
                                                                                    ( Al-Isra' 82 )
 
Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
             "bagi setiap penyakit itu ada ubatnya.
                                                                                     ( Al-Hadis )


Alhamdulillah selesailah Rahsia Alam Melayu di siapkan pada
hari Khamis,   12 hb R'Awal 1421  bersamaan  15 hb Jun  2000.
Semoga Rahsia Alam Melayu ini akan di berkati Allah swt dan
sedikit sebanyak akan dapat memperkayakan lagi khazanah melayu.

Harapan saya agar anda dapat mempergunakkan Rahsia Alam
Melayu ini untuk jalan kebaikkan dan diredai Allah swt. Sekiranya
anda masih lagi gagal dalam usaha anda untuk mengatasi sebarang
masaalah anda maka diharapkan agar anda tidak berputus asa.
Munkin ada sesuatu yang tidak sesuai baik dari segi niat ataupun
cara mengamalkannya. Justeru itu cuba usahakan lagi sehingga
terbukti kemujarabannya. Malah daripada pengalaman-pengalaman
yang lepas Rahsia Alam Melayu ini tidaklah sesukar mana untuk
diamalkan dan memang telah terbukti keberkesannya.Insyaalah
dengan izin Allah swt dengan syarat anda semua hendaklah
berserah kepada Allah swt.

Rahsia Alam Melayu ini bukanlah bertujuan untuk bersaing dengan
mana-mana pihak tetapi bertujuan untuk dijadikan santapan umum
agar Rahsia Alam Melayu tidak lagi menjadi ilmu rahsia bagi
sesetengah pihak. Diharapkan juga anda yang memperolehi
Rahsia Alam Melayu ini supaya dapat menurunkannya kepada anak
cucu anda agar ianya kekal sepanjang zaman dari satu generasi ke
satu generasi yang lain.

Webmaster juga tidak akan bertanggungjawab baik di dunia atau
akhirat sekiranya anda menggunakan Rahsia Alam Melayu untuk
arah yang tidak di redai Allah swt. Webmaster juga tidak akan
menghalalkan Rahsia Alam Melayu ini bagi anda yang
menggunakkannya ke jalan yang salah dan dimurkai Allah swt.

Besar harapan Webmaster agar Rahsia Alam Melayu ini agar
dapat memberi manfaat kepada anda sekalian moga-moga kita
semua diberkati Allah swt hendaknya,

Amin, amin,amin ya robbal'alamin.
 
 
 

 

Pesanan Dari Webmaster  "Rahsia Alam Melayu"

 

 

bismillah3.jpg

Ustaz Mohd Danial telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya pada bulan Disember 2001 dan saya telah diamanahkan untuk meneruskan Rahsia Alam Melayu ini. Justeru itu sejak dari tahun 2001 hinggalah sekarang ini saya telah meneruskan penyelidikkan berkenaan Rahsia Alam Melayu ini dan pada bulan bulan Ogos 2005 ini saya telah mengaktifkan semula laman ini. Walaupun laman ini telah saya teruskan mengikut acuan saya namun keasliannya tetap saya kekalkan cuma saya telah menokok tambah mana yang perlu sahaja.
 
Saya juga telah membuat penyelidikkan melalui berbagai-bagai pihak termasuk Almarhum Ayahanda saya yang mana selama ini hanya menjadi amalan keluarga saya dan mereka yang berhajat untuk mengamalkannya sahaja, terutama saudara mara terdekat.
 
Saya berpegang teguh seperti apa yang dinyatakan oleh Anas Ra bahawa hanya 7 jenis pahala yang bakal dapat diterima oleh seseorang itu selepas kematiannya. Salah satu daripadanya ialah mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna dan selama ilmu itu diamalkan oleh orang yang mempelajarinya maka ia akan mendapat faedahnya.
 
Dan sesungguhnya Sabda Rasululullah saw yang bermaksud;
    "apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terhentilah
      amalannya melainkan 3 perkara. Salah satu diantaranya
      ialah ilmu yang berguna dan diamalkan".
 
Ini adalah merupakan faktor utama saya dengan sedaya upaya saya cuba menyiapkan Rahsia Alam Melayu edisi 2. Keduanya saya cuba menyebarkan ilmu yang amat berguna serta amat berfaedah ini dengan upah yang terendah disamping dapat menyumbang kepada umat islam yang lain. Tambahan pula pada hari ini saya lihat di laman-laman web serta diakhbar-akhbar utama serta tabloid terkemuka tanahair bahawa ilmu-ilmu seperti ini telah dikomersialkan dengan harga atau pengeras yang agak tinggi.
 
Bukanlah saya hendak menyalahkan mana-mana pihak tetapi bagaimana pula dengan saudara mara serta sahabat kita yang tidak berkemampuan ? Justeru itu Rahsia Alam Melayu ini dapat membantu semua golongan tanpa mengira taraf ekonomi mereka, inilah sahaja secuit sumbangan yang dapat saya berikan untuk faedah kita bersama.
 
Walau bagaimana pun saya hanya akan menghalalkan penggunaan apa jua kandungan Rahsia Alam Melayu ini hanya untuk tujuan kebaikkan sahaja dan selari dengan hukum seperti mana yang terkandung dalam ajaran islam. Barang siapa yang menggunakkan Rahsia Alam Melayu ke jalan yang bertentangan dengan ajaran islam saya selaku Webmaster laman ini tidak akan menghalalkan penggunaan Rahsia Alam Melayu dan dengan izin Allah swt anda akan dilaknat Allah swt di atas dunia ini lagi. Sesungguhnya saya tidak mahu bersubahat dengan mereka yang melakukan maksiat dan mungkar dengar sebarang ajaranNya !
 
Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari Allah swt dan buruk itu datangnya dari saya yang serba kekurangan ini.
 
Ikhlas,
Zulhelmi Sahari,
Johor Baharu.
4.01.2005
 
 

Laman Pilihan
catcha.jpg

 

 

h                                                                                                                                                Kembali Ke Laman Utama  |    Hubungi kami             

 

· Utama · Pesanan · 1001 Rahsia Alam Melayu · Rujukkan · Aturan ·
·
1 –250  · 251-500 · 500-800 · 800>>>> ·  Amalan Mustajab · Formula Ramuan Ajaib ·  

 · Amalan Ampuh · Amalan Dari Seberang · 

· Ijazah & Tempahan · Maklumbalas ·  
      

                                                                  

                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Copyright © 2005 Rahsia Alam Melayu . All rights reserved.