Steadfast
ditubuhkan pada Ogos 1991 oleh Unit Latihan dan Kepimpinan, Bahagian Hal Ehwal
& Pembangunan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di bawah
kelolaan Saudara Mustafa Kamil Ayub bersempena dengan Pelancaran Gerakan
Pembinaan Generasi Abad 21 atau singkatannya GPG 21 pada Julai 1989. Antara
program terawal Steadfast adalah (KEMUDA) Kursus Kepimpinan Muda.
Kemudian
Steadfast mencapai era pembaharuan pada tahun 1996. Ia mula mengembangkan
aktiviti dan menganjurkan pelbagai program bersifat motivasi, kepimpinan, khemah
ibadah dan sebagainya sehingga sekarang. Dalam usia yang mencapai 10 tahun,
Steadfast masih berdiri teguh berbakti kepada ummah serta menyahut seruan dakwah
Islam dalam menyeru kepada kebaikan.
Kini,
Steadfast bergerak aktif dibawah kelolaan Jabatan Latihan Khas &
Khidmat Masyarakat, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia.
"Pembangunan
Individu Muslim yang dinamik dan berketrampilan dalam menjana pembangunan Ummah
berasaskan misi KeIslaman dan penyemaian usaha untuk merealisasikan tanggungjawab
yang besar"