|
Gerakan Reformasi
perlu bahtera politik
MAHATHIR telah mati! Hanya mayatnya yang berjalan.
Maka bersedialah untuk membina semula Malaysia dari puing-puing
kehancuran yang ditinggalkan oleh Mahathir. Kehancuran ekonomi yang dihasilkan oleh beliau
melalui amalan kronisme and nepotisme dapat kita saksikan di mana-mana.
Ada yang berhujah bahawa Mahathir pernah menghasilkan pertumbuhan
ekonomi yang luar biasa dan beliau patut dipuji kerana itu. Hakikatnya ialah beliau
menyemai benih-benih kehancuran sejak awal regimnya. Beliau menggasir perlembagaan,
menghakis kebebasan kehakiman, merosakkan pasukan polis dan menjahit mulut wartawan.
Hampir dua dekad rakyat Malaysia membiarkan Mahathir itu semua, kononnya ia adalah harga
yang harus dibayar untuk pertumbuhan ekonomi yang luar biasa. Jelas itu semua adalah satu
penipuan. Apabila krisis ekonomi tiba, Mahathir menyalahkan orang lain. Dan sebahagian
besar dari krisis itu berpunca dari dasar-dasar ekonomi yang laksanakan oleh Mahathir.
Rakyat telah sedar dan Malaysia telah bersedia untuk memasuki zaman
baru. Bahkan belum pernah dalam sejarah Malaysia berlaku satu gelombang kesesadaran
seperti yang disaksikan sekarang. Dan manifestasi kesedaran itu adalah perhimpunan rakyat
di Dataran Merdeka pada 20 September 1998 dan protes rakyat yang berterusan terhadap regim
Mahathir.
Persoalannya sekarang apakah wahana atau vehicle rakyat Malaysia untuk
memasuki zaman baru tersebut. Rakyat tertanya-tanya apakah bahtera yang akan digunakan
oleh Anwar Ibrahim dan Gerakan Reformasi untuk membawa rakyat ke pantai masyarakat madani.
Selama ini Reformasi adalah gerakan rakyat. Reformasi telah
menggerakkan rakyat untuk menuntut keadilan dan pembinaan semula Malaysia di atas
prinsip-prisip keadilan, demokrasi dan masyarakat madani. Perobahan sosial dan sikap telah
berlaku. Yang diperlukan sekarang adalah perubahan dan transformasi politik. Segala
cita-cita Reformasi tidak akan berjaya tanpa perubahan politik. Dan untuk menjayakan itu
Gerakan Reformasi memerlukan bahtera politik.
Saya masih teringat sebagai anak remaja yang baru tamat sekolah
tingkatan enam menghadiri muktamar Abim buat pertama kalinya, tahun 1975. Anwar Ibahim
ketika itu dalam tahanan ISA di Kemunting. Ucapan dasar beliau sebagai presiden Abim di
baca oleh Ustaz Fadzil Noor. Dan tema ucapan tersebut adalah "Perteguh Tekad,
Perjelas Wadah."
Nah sekarang Anwar Ibrahim perlu mengemukakan wadah yang jelas. Rakyat
dan singa-singa reformasi sedang menunggu-menunggu isyarat dari beliau.--24 Feb 1999 |
|
Reformers need
a political vehicle
MAHATHIR is dead. Only his corpse is
walking.
So be ready to rebuild Malaysia from the ruins Mahathir has left in his
wake. Everywhere we turn, we see economic wreckage, the consequence of his cronyism and
nepotism.
Some argue that Mahathir ought to be praised, crediting him for the
extraordinary economic growth Malaysia has experienced. But the reality is that he had
begun to plant the seeds of destruction even in the early days of his regime. He has
lacerated the constitution, whittled away at judicial independence, mangled the police
force and gagged journalists. For two decades the people listened to his excuses and gave
in. He told them these were the necessary costs of economic development. It turns out now
that he is a cheat. When economic crisis came, he started pointing his finger at others.
The truth is that most of the blame must fall on the policies he has followed.
The people have woken up and Malaysia is ready to enter a new phase in
its history. In fact, never have Malaysians been so roused by a consciousness of the need
for change. Witness the multitudinous gathering at Dataran Merdeka on September 20, 1998,
and the continuing protest against Mahathir's regime.
But how will Malaysia transport itself into the new age? The people are
asking what mode of conveyance will Anwar Ibrahim and the Reform Movement use to carry
them to the land of civil society.
Reformasi, as it stands now, is a people's movement. It has moved the
hearts of the people so that they are now demanding justice and the rebuilding of Malaysia
on the principles of justice, democracy and civil society. Social and attitudinal changes
have happened. The need now is for political transformation. None of the aspirations of
reformasi will be attained without political change. And in order to bring that about, the
movement needs a political vehicle.
I was a teenager fresh from Form Six when I attended my first Abim
convention in 1975. Anwar Ibrahim was then an ISA detainee at Kemunting. His policy speech
as Abim president was read by Ustaz Fadzil Noor. The theme of that speech was
"Strengthen the Resolve, Show the Platform."
Anwar Ibrahim must now declare his platform. The lions of reformasi and
the rest of the people await his signal. |