|
Pengkhianatan Agung
SEKALIi air bah, sekali pasir berubah. Selepas 20 September 1998 -
tatkala rakyat membanjiri Dataran Merdeka dan melaungkan ikrar reformasi - Malaysia sudah tidak sama lagi. Rakyat menuntut asas baru bagi
negara atau setidak-tidaknya pembaharuan dalam asas-asas negara.
Pembaharuan atau reformasi menjadi suatu kemestian kerana
perlembagaan telah dikhianati. Perlembagaan dan prinsip keperlembagaan. Dari segi
sejarahnya, fungsi perlembagaan adalah untuk mengawal pemerintah atau kerajaan. Kerajaan
harus patuh dan tunduk kepada perlembagaan.
Malangnya apa yang berlaku di Malaysia ialah peruntukah
perlembagaan di gunting dan dirombah dengan begitu mudah. Misalnya peruntukan mengenai hak
asasi manusia. Peruntukan tersebut kini harus tunduk kepada undang-undang yang diluluskan
oleh parlimen yang menghadkan peruntukan perlembagaan mengenai hak asasi manusia. Ini
telah menjadikan peruntukan perlembagaan tentang hak asasi manusia sudah tidak bermakna
lagi.
Dari segi perlembagaan, segala perhimpunan dan demonstrasi
anjuran reformasi adalah sah kerana hak bersuara dan berkumpul adalah termaktub dalam
perlembagaan. Tetapi kegiatan tersebut menjadi "haram" mengikut akta-akta
tertentu yang diluluskan oleh parlimen, yang mana undang-undang tersebut seharusnya
dilihat sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan semangat perlembagaan.
Para-para hakim mempunyai saham besar dalam pengkhiatan agung ini
kerana mereka telah bersekongkol dengan pemerintah yang berkuasa dalam menghad dan
membatasi hak asasi manusia.
Memperkasakan kembali perlembagaan harus menjadi agenda besar
reformasi. Dan, untuk menjamin hak asasi manusia tidak dicabuli di masa-masa akan datang,
kita perlu membuat satu Piagam Hak Asasi Manusia yang ianya mengatasi segala undang-undang
yang diluluskan oleh parlimen. Dan segala undang-udang yang diluluskan oleh parlimen
adalah tidak sah jika bertentang dengan semangat piaga tersebut.
--18 March 1999
|
|
The Great Betrayal
EVERY flood causes a shifting of sands.
Malaysia changed forever on September 20, 1998, the day Malaysians swamped Dataran Merdeka
(Freedom Square) and made the Reformasi pledge. The people are seeking to rebuild the
nation or at least demanding that the fundamentals of statehood be restored.
Change, or reform, has become imperative because the Federal
Constitution has been subverted and constitutionalism betrayed. Constitutions are meant to
prevent rulers from running amok. The government of the day must obey and serve the
constitution. In Malaysia, unfortunately, the constitution has been perverted and
distorted to suit the whims and fancies of the administration. Provisions on human rights,
for instance, have been rendered meaningless because laws passed by parliament have
effectively truncated the guarantees.
Going by the Malaysian constitution, all gatherings and
demonstrations sponsored by the Reformasi movement are legal. The constitution guarantees
the right to speak and assemble. But according to certain acts of parliament, these
activities are illegal. Such laws, since they are at odds with the spirit of the
constitution, ought to be seen as illegitimate.
Judges have a large stake in this great betrayal; they have
abetted the administration in placing unconstitutional limits on the basic freedoms.
The reform movement should work to re-empower the constitution.
This task should be high on its agenda. And to protect our fundamental rights against
future attempts to violate them, we must draw up a human rights charter that would be
above all laws enacted by parliament. Any act of parliament that goes against the spririt
of the charter would thus be illegal. |