Salam
Salam Dari Editor Fokus
Cerpen
Akhlak
Suara
Muslimah
Sirah
Renungan
Sajak
|
Salah faham mengenai kedudukan wanita dalam Islam memang wujud terutama dalam masyarakat Barat yang tidak tahu mengenai intipati Islam yang sebenarnya. Kepada pelajar wanita yang menutup aurat, persoalan "Why do you have to wear that thing. Don't you feel hot especially in summer?' memang sudah menjadi 'darah daging' mereka. Timbulnya masalah adalah apabila si pemakai tidak jelas mengenai konsep mengapa wanita diwajibkan menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan, sedang lelaki tidak. Maka bermulalah episod betapa 'tidak adilnya' Islam terhadap kaum wanita. Mengapa wanita mesti di'rantai' pergerakannya, mengapa lelaki bebas dan tidak perlu menutup aurat sebagaimana wanita. Sebelum persoalan ini dijawab, rasanya baiklah kita kembali kepada konsep "Dimanakah kedudukan wannita yang sebenarnya di dalam Islam" Islam menetapkan wanita sebagai insan ciptaan
Allah s.w.t. yang amat berharga. Terlalu berharga dan bukanlah seperti
barang permainan atau hiasan yang boleh dibeli dan dirundingkan harganya.
Perlu diingatkan bahawa wanita mempunyai fungsi dan tugas yang amat penting
yang tidak boleh diambil alih oleh kaum lelaki. Peranan keibuan ini amat
penting sehingga mampu mencorak dunia. Bukankah sebuah masyarakat madani
bermula di rumah? Jika tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang
dunia, mengapa dikatakan tugas wanita hanyalah sebagai pemuas nafsu lelaki?
Islam telah meletakkan wanita di suatu kedudukan yang amat mulia sehingga
pengiktirafan terhadap wanita disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya,
Anggapan bahawa tugas wanita hanya terhad di
rumah adalah tidak benar. Islam membenarkan wanita bergiat cergas di dalam
masyarakat tetapi mestilah di dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh
syariat. Ini adalah penting untuk menjaga kemuliaan dan kehormatan kaum
wanita itu sendiri dan pada masa yang sama dapt menyelamatkan kaum lelaki
dari fitnah godaan. Jika Islam tidak membenarkan wanita keluar bekerja,
siapakah yang akan mengambil tugas sebagai seoorang pendidik dan juga yang
bekerja di hospital? Tugasan yang berhukumkan fardhu kifayah ini memerlukan
wanita. Jadi, di manakah ketidakadilan Islam itu? 'Women's Liberation'
yang digerakkan oleh wanita di Barat kononnya ingin menegakkan kesamaan
hak antara lelaki dan perempuan, padahal Islam telahpun mengakui dan memberikan
hak dan keistimewaan kepada kaum wanita. Lebih awal dari yang digahkan
oleh mereka.
(Al-Ahzab: 35)
Islam tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Hak dan tanggungjawab wanita jelas disebutkan di dalam Al-Quran dan As-sunnah. Menuntut ilmu, pembahagian harta dan mengeluarkan pendapat di dalam masyarakat adalah dibenarkan oleh syarak. "Bagi lelaki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, danbagi wanita ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, sama ada sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan." (An-Nisa': 7)
|