Sinar On Line

Edisi : 2 

Fokus
 
Semasa
 
Untukmu Muslimah
 
Fiqh
 
Santapan Rohani
 
Tazkirah
 
Koleksi Sinar
UNTUKMU MUSLIMAH  
 
WANITA SOLEHAH Vs.
WANITA THOLEHAH


SITUASI 1: 

Walaupun kami `SEKSI', kami tak menjual maruah kami……….(kenyataan kumpulan penyanyi remaja terkenal tanahair tidak lama dahulu).  Firman Allah SWT: 

"(Pahala dari Allah)itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong ……" [An-Nisa':123] 

 "..dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah sedang diapun mengerjakan kebaikan dan dia mengikuti agama Ibrahim yang lurus dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya." [An-Nisa':125] 

"..Katakanlah kepada wanita yang beriman…….dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke leher dan ke dadanya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya)……"[An-Nur: : 31] 

"Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya keseluruh rubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal kerana itu mereka tidak diganggu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang" [Al Ahzab : 59] 

*Subhanallah, betapa beruntungnya menjadi muslimah yang sentiasa dilindungi dan diberi penghormatan  

*Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala dan dada