Sinar On Line

Edisi : 2 

Fokus
 
Semasa
 
Untukmu Muslimah
 
Fiqh
 
Santapan Rohani
 
Tazkirah
 
Koleksi Sinar
SEMASA  
RONDA RONDAKasino Mahkota
"Hai orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamar (segala minuman yang memabukkan) , berjudi, berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."
(Al Maidah-90)
   

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Alhamdulillah, pertama-tamanya kita mengucapkan syukur kepada Allah kerana sehingga saat ini dan ketika ini Allah masih lagi sudi meminjamkan nikmatnya kepada kita sehingga kita masih boleh berjalan sendiri tanpa perlu diusung oleh orang lain, dan kita masih boleh mandi sendiri sehingga tidak perlu dimandikan oleh orang lain, dan kita masih boleh solat sendiri tanpa perlu orang lain menyembahyangkan kita. Alhamdulillah….. 

Baru-baru ini seluruh dunia di gemparkan dengan kemunculan sebuah kasino yang menjadi kasino yang kedua terbesar di dunia. Hampir setiap orang bangga dengan tumbuhnya pusat tersebut. Ada yang kagum dengan kejayaan tersebut lebih-lebih lagi apabila setiap ruang di dalam 'Kasino Mahkota' itu dihiaskan oleh bantuan teknologi-teknologi canggih. Itulah syurga dunia, sesiapa yang masuk pasti terpesona. 

Tetapi…para pembaca yang dihormati sekalian, di dalam ayat 219 surah Al-Baqarah itu, Allah mengingatkan kepada kita bahawasanya berjudi itu memanglah ada manfaatnya. Apa manfaatnya? Manfaatnya ialah seperti; sebagai hiburan, salah satu jalan untuk cepat kaya, dan bermacam-macam lagi. Tetapi….Allah juga mengingatkan kepada manusia bahawa keburukan dan kesannya adalah lebih besar lagi daripada manfaatnya. Adakah ianya benar? Cubalah kita renungkan bahawa seseorang yang berjudi itu, kesannya bukan sahaja kepada penjudi itu sendiri malahan ianya terkena juga kepada isteri, anak-anak, ahli keluarga dan masyarakat itu sendiri. Seperti…keruntuhan rumahtangga, anak-anak terabai, pengadaian harta benda, harta yang tidak berkat, penganiayaan kepada orang lain, pergaduhan, penjualan anak-isteri dan bermacam-macam lagi.  

Kalau kita fikirkan secara logik dan akal yang waras, saya pasti semua orang sudah tentunya inginkan kedamaian dalam hidup tanpa menghadapi sebarang masalah yang rumit dan menyulitkan. Sememangnya itulah tujuan Islam diturunkan kepada manusia, agar manusia dapat hidup dengan aman dan tenteram,tetapi….. 

….manusia yang bertuhankan nafsu,yang tidak pernah berfikir secara waras menolak bulat- bulat perintah Allah. Allah memerintahkan kepada manusia untuk tidak berjudi dan melangkah ketempat maksiat tetapi manusia tetap juga degil dan engkar perintah Allah. Bahkan ada yang berbangga apabila dia telah melangkahkan kakinya ke tempat-tempat sedemikian. Pernah suatu ketika saya berbual-bual dengan seseorang dan di pendekkan cerita, dia mengatakan dengan penuh bangga bahawa dia telah pergi ke semua kasino di seluruh dunia dan kalau ditanya tentang kasino-kasino di dunia ini dialah orang yang layak menjawab persoalan-persoalan tersebut. Masyaalah………apa sudah berlaku kepada umat Islam sekarang ini? Kalau beginilah keadaan kita dan tidak berubah-ubah, kita amat takut seandainya Allah menjadikan ianya sebagai alasan untuk menurunkan bala kepada kita Wanauzubillah.. 

Kasino Mahkota juga amat terkenal kerana Planet Hollywood. Ramai pemuda pemudi yang amat ghairah untuk ke sana, baik pemuda pemudi yang berumur 20 tahun ataupun jejaka-jejaka yang berumur 50-55 tahun. Almaklumlah Hollywood lah katakan. Tempat hiburan bak syurga di dunia ini. Sebenarnya kita tidak tahu bahawa adalah satu kesalahan yang amat besar kalau kita menjejakkan kaki kesana walaupun ada yang berkata, "Alah relax lah kita bukannya pergi berjudi, hanya tengok wayang aje." Sebenarnya duit yang kita sumbang untuk membeli tiket, t-shirt, dan…. Semuanya menjadi saham untuk memajukan pusat perjudian Crown Casino itu. Walaupun kita tidak nampak benda itu secara jelas dan nyata tetapi, para pembaca yang dirahmati Allah sekalian, kesannya ialah kepada kita pada masa hadapan,pelajaran kita, harta kita, elaun kita, keluarga kita, pekerjaan kita, dan seluruh hidup kita. Cubalah bayangkan kalau kita membelanjakan sepuluh dollar untuk membeli tiket wayang, kemudian wang itu digunakan oleh pemilik itu untukmembeli satu jackpot,dan setiap orang yang bermain jackpot tersebut mendapat dosa, maka dosa orang tersebut dikongsi bersama kita. Mahukah kita menanggung dosa yang bukan dari perbuatan kita sendiri? Tidakkah ini menganiaya diri kita sendiri? Fikirkanlah para pembaca sekalian, kita ini orang berpelajaran, semuanya boleh difiirkan sendiri oleh akal kurniaan Allah ini. 

Akhir kata, para pembaca yang dihormati sekalian, marilah kita bersama-sama mencernakan kesucian ajaran Al Quran di dalam hidup kita agar hidup kita diberkati Allah, Amin.  

Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri penulis sendiri, hakikatnya daripada Allah jua. Mohon maaf dari saya sekiranya ada salah dan silap Wassalam.