mutiara.jpg (12109 bytes)

          

    1)  "Orang cemerlang menunjukkan hasil"
          "Orang gagal memberikan hasil"

    2)  " Pembangunan diri itu melalui tiga tahap: Iman, Ihsan (sentiasa memperbaiki diri), dan Itqan (kesempurnaan). "   

   3) " Kebanyakkan kita cuma mengenali sedikit mengenai diri kita.  Terlalu banyak aspek dan sumber-sumber peribadi yang kita tidak ketahui.  Kita masih belum kenal APA  dan SIAPA kita sebenarnya!"

  4)  " Setelah kita mengenali diri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita."

  5)   "Secara sedar atau tidak sedar, kita yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita."

  6)    "Kita merupakan natijah dari apa yang kita fikirkan tentang diri kita."

  7)    " Oleh kerana semua orang ingin berjaya, mencipta kejayaan itu lebih mudah dari mencipta kegagalan."

  8)    "Ramai orang yang menyeksa diri dengan memikirkan kesusahan atau masalah yang belum tentu akan berlaku."

  9)     "Manusia tidak malas tetapi mereka mempunyai matlamat yang mati, yakni matlamat yang tidak merangsang mereka untuk berjaya."

10)     Pegangan yang bodoh dan sia-sia ialah:
         "Melakukan sesuatu yang sama berulang-ulang tetapi mengharapkan hasil yang berbeza-beza."

  11)   "Kita adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yang kita lakukan selalunya kurang sempurna."

12)    "Untuk menangani masalah dunia, kita perlu menangani masalah peribadi terlebih dahulu."

13)  "Ramai di antara kita yang sudah mati semasa muda tetapi di kuburkan sesudah tua"

14) "Orang yang sombong adalah orang yang tidak berdoa dan ALLAH benci pada orang yang sombong"

 

 

backclr.gif (6135 bytes)bunga.jpg (2456 bytes)nextclr.gif (6076 bytes)

BaroqueRule10.gif (2789 bytes)