renungan.JPG (11147 bytes)

Renungilah sejenak diri anda bersama anis dalam renungan.......

Siapakah Yang Terpintar?
Setiap manusia tahu hidup ini tidak kekal dan akhirnya mereka akan mati.  Namun seringkali kerana kesibukkan hidup, kita lupa soal mati dan berkelakuan seolah-olah kita akan hidup lama. 
Islam menganjurkan umatnya agar mengingati mati.  Malah Rasulullah S.A.W meletakkan orang yang paling pintar.  Di dalam hadis ini di sebutkan , berkata Ibn Umar r.a "Pada suatu hari aku datang menjumpai Rasulullah S.A.W dan ketika itu beliau sedang berada di tengah-tengah sahabat-sahabatnya yang terkemuka.  Tiba-tiba salah seorang sahabat Ansar berdiri dan bertanya kepada beliau.  "Ya Nabi Allah siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cergas otaknya?  Rasulullah lalu menjawab "Yang paling pintar dan yang paling cerdas ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak menyediakan bekal untuk menghadapi mati. 
Kita sewajarnya mengingati mati agar tidak terlalu ghairah dengan hidup dan tipu daya dunia sehingga melakukan perkara-perkara MUNGKAR.


Kenalilah Musuh Anda
Berikut ini maklumat mengenai musuh ketat anda, Iblis yang di khianati ALLAH
BIODATA IBLIS
Nama Penuh:  Iblis La'natullah
Tarikh Lahir:  Sejak dia enggan sujud kepada Adam setelah di perintahkan oleh ALLAH
Status diri:  Fasiq kelas pertama.
Tempat tinggal:  Hati-hati orang yang lalai.
Kawasan/Daerah:  Semua tempat yang tidak ada di dalamnya usaha mengingati ALLAH
Tunjuk arah:  Bengkang-bengkok (tiada haluan)
Tempat tinggal tetap:  Neraka Jahanam.  Tempat yang paling celaka.
Kaum Kerabat:  Semua golongan Tirani (Taghut)

STATUS PERNIAGAAN
Modal Pusingan:  Angan-angan kosong.
Tempat pertemuan:  Pasar.
Musuh/Saingan:  Tiap-tiap orang islam.
Moto Kerja:  "Hipokrasi Asas Akhlak"
Uniform kerja:  Segala warna seperti sesumpah tiap-tiap tempat ada warnanya.
Kesukannya:  Orang yang lalai daripada mengingati ALLAH
Yang melemahkannya:  Istighfar.
Lambang Korporat:  Sebarang Tatu.
Pejabat:  Bilik air.
Sifatnya:  Muzabzab.  Mengikut angin, menurut keperluan.
Rakan kongsi:  Orang-orang munafiq.
Sumber rezeki:  Harta-harta haram.
Bilik operasi:  Tempat-tempat najis dan dadah.
Jenis perkhidmatan:  Menyuruh yang mungkar dan menggalakkan kemungkaran.
Arahannya:  Selalu mengarahkan agar manusia melakukan kejahatan.
Jawatan:  General Manager Golongan Al-Maghdubi Alaihim dan golongan Ad-Dhallin.
Tempoh Perkhidmatan:  Sampai hari kiamat.
Laba perniagaan:  Habaan Manthuri (masuk angin keluar asap)
Rakan kongsi:  Syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.
Teman sejawat:  Orang yang berdiam diri, tidak menyatakan kebenaran.
Jenis tunggangan:  Pembohongan.
Ganjaran:  Dosa dan segala jenisnya.
Kaedah komunikasi:  Mengumpat, mengado domba dan mengintip.
Yang ditakuti:  Mukmin yang bertaqwa.
Yang dibenci:  Orang yang selalu mengingati ALLAH.  Baik lelaki mahupun wanita.
Daya tahan:  Sesungguhnya tipu daya syaitan amatlah lemah.
Perangkapnya:  Wanita.
Kegemarannya:  Menggoda dan menyesatkan.
Cita-citanya:  Supaya semua orang menjadi KAFIR.
Ajalnya:  Pada waktu yang tertentu menjelang kiamat.
Kerja yang disukai:  Homosex dan lesbian.
Kod isyarat untuk pengikutnya:  Aku (sebutan egoistik orang yang takkabur)
Para pengikutnya:  Seniwati dan seniman.
Janji-janjinya:  Menjanjikan kefakiran.
Yang menyebabkannya menangis:  Apabila orang sujud kepada ALLAH.


backclr.gif (1972 bytes)Heart2.gif (9767 bytes)nextclr.gif (1966 bytes)