Ditubuhkan pada 5hb. Januari, 1995. Dibawah Yayasan Alor Gajah telah ditubuhkan Tabung Pendidikan Dan Kebajikan Yayasan Alor Gajah. Hasil sumbangan yang telah diterima oleh Tabung Pendidikan Dan Kebajikan ini telah dijadikan asas untuk menjalankan beberapa aktiviti yang sebahagiannya diuruskan oleh Institut Yayasan Alor Gajah.

  

 

OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

Menubuhkan dan menyenggara biasiswa, dermasiswa, pinjaman dan lain-lain bantuan kewangan kepada anak-anak bagi maksud membolehkan mereka melanjutkan pelajaran.

 

Menggalak, mendidik, memajukan meningkatkan dan membantu tahap pembelajaran atau pendidikan akan-anak yang sedang menuntut di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

 

Memberi bantuan kepada golongan miskin, orang-orang cacat, anak-anak yatim balu dan keluarga miskin serta mereka yang memerlukan bantuan untuk mengurangkan kesusahan atau kesengsaraan hidup.

 

Menjalankan segala kegiatan yang difikirkan patut dan sesuai untuk mencapai matlamat penubuhan Tabung ini.

 

 

SENARAI AHLI LEMBAGA PENTADBIR TABUNG :

 

PENGERUSI :

 

Y.B. Datuk Abu Seman bin Yusop

 

AHLI JAWATANKUASA :

 

  1. Y.B. Datuk Long bin Said
  2. Y.B. Ramli bin Said
  3. Cik Zubaidah bte. Muhamad
  4. Tuan Haji Khamis bin Ahmad
  5. Tuan Haji Abd. Aziz bin Jonit
  6. Y.B. Nawi bin Ahmad
  7. Tuan Haji Ali bin Awal
  8. Tuan Haji Wahab bin Haji Manaf
  9. En. Ibrahim bin Said
  10. En. Jamaluddin bin Joned
  11. Puan Latifah bte. Omar
  12. En. Kassim bin Bedai
  13. Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah.

 

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

 

  1. Sumbangan Dermasiswa untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang belajar di sekolah yang berada di dalam Kawasan Parlimen Alor Gajah.
  2.  

  3. Sumbangan Dermasiswa untuk pelajar yang menuntut di Institut Yayasan Alor Gajah yang lahir di Daerah Alor Gajah dan Kawasan Parlimen Alor Gajah serta pelajar yatim piatu dan tidak berkemampuan.
  4.  

  5. Mengadakan Kursus Teknik Menjawab Soalan SPM bagi pelajar tingkatan Lima.
  6.  

  7. Mengadakan Kursus Pembelajaran Optimum bagi pelajar tingkatan Empat dan Enam Rendah.
  8.  

  9. Mengadakan Kelab Komputer Yayasan Alor Gajah yang tidak menghadkan umur serta keahlian ahli.
  10.  

  11. Pertandingan Pengucapan Awam untuk pelajar-pelajar sekolah rendah.