A s s a l a m u ' a l a i k u m w a r a h m a t u l
l a h i w a b a r a k a t u h.
Bismillahirrahmannirrahim. Dengan nama Allah yang amat
pemurah lagi amat mengasihani. Segala puja dan puji bagi Allah Tuhan semesta
alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta
kaum keluarga dan para sahabatnya.
Keperluan komunikasi adalah asas yang penting samada
dalam keluarga, masyarakat atau pun hubungan antarabangsa. Kalau dalam
zaman kegemilangan pemerintahaan Nabi Sulaiman Alaihissalam, burug hud-hud
telah menjadi saluran perhubungan di antara baginda dengan Ratu Balqis
di Saba'. Dalam menghadapi limpahan arus perdana teknologi maklumat masakini
pemilikan komputer sudah menjadi keperluan asas setiap keluarga.
Pada hari ini, berjuta-juta orang menggunakan komputer
demi memudahkan kehidupan mereka. Komputer telah menjadi alat terpenting
untuk mereka berinteraksi antara satu sama lain yang juga menjadi pusat
sumber maklumat terpantas masa kini.
Justeru itu, saya amat mengalu-alukan inisiatif pihak
JKIM melalui Biro Siaran dan Perhubungan kerana telah mengambil daya usaha
positif mewujudkan 'laman' dalam Internet. Semoga dengan adanya 'homepage'
tersebut,ia akan mendekatkan lagi hubungan kemesraan sesama kita dan yang
lebih penting ia akan menjadi saluran ilmu umat Islam seantaro dunia. Saya
percaya 'laman' itu nanti akan menerima pelbagai tamu dari seluruh pelusuk
alam jagat ini yang sudah pastinya akan memberi faedah kepada syarikat,
negara dan umat Islam seluruhnya.
Harapan saya semoga usaha yang baik ini dapat memberi
manfaat kepada kita semua serta dilimpahi berkat dan rahmat daripada Allah
s.w.t.
Syukur Alhamdulillah, dengan taufik dan izin Allah, kini JKIM telah berjaya melangkah ke era teknologi bermaklumat didalam menyampaikan segala perkembangan dan pelbagai infomasi kepada seluruh kakitangan penerbangan Malaysia khasnya di pelusuk dunia.
Matlamat kami untuk mengeratkan silatullrahim diantara mereka yang jauh agar dapat bersama mengikuti segala perkembangan aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh JKIM. Disamping itu kami berhasrat untuk menjalinkan perhubungan yang rapat dengan mana-mana pihak mahupun pertubuhan atau individu yang ingin bersama-sama membentuk masyarakat kearah penghayatan nilai dan akhlak Islam.
Diharapkan dengan ini dapat melahirkan kakitangan yang berkualiti selaras matlamat syarikat ini iaitu "Ke arah menjadi Syarikat penerbangan yang terbesar, berjaya serta dihormati di seluruh dunia". Sokongan dan nasihat dari semua amat dialu-alukan bagi memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Mengimbas kembali sejarah pertubuhan
JKIM, pada tanggal 1 Mar 1980 berlansungnya majlis perasmian yang dilakukan
oleh Pengerusi MAS iaitu Y.M Raja Tan Sri Mohar di Subang Kuala Lumpur.
Turut hadir ialah Pengerusi JKIM yang pertama, Haji Ramdan Haji Salim ,
Setiausaha JKIM Encik Zainuddin Sisa, Pengarah Perjawatan, Encik Baharuddin,
Mufti Selangor serta Dato Haji Abdul Aziz Abdul Rahman.