a.l.b.u.m. (II)
BINTANG ~ Kal_El's Tribute to Siti Nurhaliza







Siti Writes

Bersyukur Siti sekali lagi ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga Siti menghasilkan album kedua Siti khas buat anda semua.

Di kesempatan ini Siti ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi dorongan dan nasihat buat anaknya ini. Begitu juga kepada teman-teman seperjuangan serta peminat-peminat tersayang. Kata-kata nasihat dan perangsang anda akan Siti pegang sebagai pedoman di dalam menempuhi liku-liku dan onak duri dunia seni yang penuh mencabar ini.

Special thanks Siti khas buat orang yang berada di sebalik kejayaan Siti selama ini. Mereka ialah keluarga SRC, especially Big Boss kita Mr. Tan & family, thanks for your support. Mr. Foo, abg. ee & family, abg. Sham & family dan terima kasih yang tak terhingga pada PRO SRC iaitu abg. Bard, abg. Joe dan kak Nieta (kita kerja kuat). Serta tak lupa terima kasih Siti kepada mereka yang menjayakan cover album Siti, terima kasih kak Nurul.

Begitu juga kepada penerbit album Siti kali ini, Mr. Adnan yang tidak jemu-jemu membimbing Siti. Kepada komposer yang menyumbangkan lagu di dalam album Siti kali ini. Terima kasih kerana sudi meyumbangkan kreativiti anda yang merupakan pengalaman bagi Siti dalam membawakan pelbagai rentak.

Kepada penerbit LY (Anne) dan Azmeer (lembik) pengalaman bekerja dengan anda cukup menyeronokkan (yes boss). Kepada backing vocal terima kasih kerana kerja keras anda.

Ucapan terima kasih Siti kepada orang yang menentukan jatuh bangun Siti sebagai artis iaitu kepada pihak media cetak dan elektronik, DJ-DJ radio di seluruh M’sia, S’pore dan Brunei, producer TV, TV1-RTM, TV3, Astro, MetroVision, TCS an RTVB dan juga pada semua editor, reporter dan jurugambar di seluruh tanahair dan S’pore.

Akhir kata terimalah hadiah daripada Siti buat peminat dan pencinta seni.

Maaf dan wassallam.

(signed)

~: ETC :~

ALBUM (II):

Production Details

Siti Writes

Lyrics

Songs




© Kal_El 1997-98. All Right Reserved.

|main| |prologue| |profile| |albums| |awards| |gallery| |articles| |guestbook|