Siti Writes
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Inilah rakaman paling indah dalam mengetengahkan khazanah, inilah bahasa penuh santun
dalam untaian gurindam pantun, inilah akar budi irama Melayu Asli yang masih terus bernadi.
Alhamdulillah..... hasrat yang sudah lama tersemat akhirnya tercapai. Siti merasa bersyukur
kerana diberikan kesempatan dan ruang untuk mengabadikan lagu-lagu Melayu traditional di
dalam sebuah album yang cukup besar ertinya.
Ia umpama karya agung yang memberikan pelbagai intipati berzaman yang boleh dikongsi
bersama. Iramanya serantau, bahasanya memukau dan dapat mengimbau kenangan
lampau.
Terlebih dahulu Siti dedikasikan album ini untuk kedua ibu bapa dan juga kaum keluarga yang
telah memeperjuangkan lagu Melayu Asli sejak dari dahulu lagi. Perjuangan kecil ini amat
besar maknanya bagi Siti.
Ucapan sekalung budi Siti tujukan kepada keluarga Suria Records (Mr. Tan, Abang
Adnan(Dee), Mr. Foo, Abang Sham, Abang Bard, Abang Joe, Abang Ripin, Kak Nieta dan
lain-lain) kerana memberikan kerjasama yang baik untuk menghasilkan album ini.
Tidak lupa juga kepada mereka yang bertindak sebagai tulang belakang dalam penerbitan
album ini iaitu Pak Ngah, S. Atan, para pemuzik, pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi latar
dan tenaga kerja studio yang bekerja keras demi album ini. Semoga kerjasama ini akan
membawa kejayaan bersama.
Kepada pencetus karya terdahulu yang lagu-lagunya masih terus bernadi, Siti mengabadikan
album ini untuk kalian. Buat semua pihak media cetak dan juga elektronik, para pengarang,
jurugambar, wartawan, DJ-DJ radio dan produser di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan
indonesia, kerjasama anda semua amat Siti hargai.
Tidak ketinggalan juga kepada artis-artis veteran, rakan-rakan artis, bekas guru-guru dan
sahabat handai (SMC), penduduk Kuala Lipis dan semua peminat yang amat Siti sayangi.
Semoga album ini dapat mengeratkan lagi jalinan persaudaraan antara kita.
Aku Dalam Ingatan kalian.
(signed)
|