Wayang kulit adalah salah satu unsur kebudayaan
melayu peninggalan warisan yang mengandungi nilai-nilai seni, pendidikan dan nilai yang
tinggi dan benar-benar berharga untuk dipelajari dengan sedalam-dalamnya. Mungkin ada
juga mempersoalkan tentang status persembahan wayang kulit sekiranya diletak dalam
katogeri seni taeter klasik nasional.
Dalam membuat penilaian keatas seni ini, ia perlu
dilihat daripada beberapa faktor penting seperti persembahan yang menarik, keunikan pada
patung-patung wayang yang penuh dengan ukiran menarik, kemerduan alunan muzik GAMELAN serta
falsafah dan juga pengajaran disebalik persembahan itu sendiri. Ia akan tetap
tertakluk kepada individu itu sendiri nutuk menilainya.
Terdapat juga diantara pemerhati dan peminat seniyang
tidak dapat membezakan yang mana lebih penting - sama ada seni mengatasi pengajaran atau
pengajaran mengajar seni, sehingga ada golongan-golongan yang memberi pandangan
negatif terhadap persembahan wayang kulit. Mereka menganggap persembahan ini penuh
dengan tahyul, syirik dan membuang masa. perlu kita meneliti kepada falsafah asal
pengwujudan seni taeter ini. Walaupun tidak pula disangkal terhadap tindakan yang
terpesong dari jalan persembahan asal.
Berlainan pula bagi mereka yang melihat persembahan
wayang kulit sebagai sebuah persembahan yang siobolik dan kaya dengan ilmu serta keseniannya
yang terselindung disebalik gerak-geri patung, alunan muzik GAMELAN dan cerita yang
disampaikan. Seolah-olah persembahan wayang kulit ini berperanan sebagai satu
daripada media yang menyampaikan mesej dan pengajaran kepada masyarakat.
Samaada negatif atau positif pemikiran seseorang itu,
apa yang pasti seni ini dapat membantu dalang menjadi lebih terampil. Kepuasan
seseorang dalang bergambar pada wajah mereka apabilka dapat menghasilkan patung yang
cantik dan dapat mempersembahkan pertunjukkan yang menarik kepada pengunjung.
Nilai dan kandungan seni bergantung kepada kemampuan
dalang menolong masyarakat umum dalam meningkatkan kesedaran dan kepekaan kepada seni
warisan ini serta kefahaman tentang penghidupan mahluk di dunia ciptaan ALLAH S .W .T .,
mereka juga dapat mengenal, mengamati dan menghayati sendiri.
Sebagai contoh, dalam membentuk dan mencipta patung
wayang kulit,dalang begitu dipengaruhi oleh alam persekitaran. Pengalaman terhadap
alam dijadikan sumber penciptaan. Dalam memilih dan mengabdikan unsur alam, dalang
berpegang pada kebiasaan "Keindahan Semulajadi" yang DISARING melalui
kepercayaan lampau. maka diantara unsur alam itu, bunga, tumbuhan dan pucuk rebung
sering menjadi hiasan pada patung wayang kulit dan alat-alat muzik gamelan.
Penggunaan unsur warna juga dapat disimpulkan sebagai satu kebiasaan dalang dalam
menghayati alam. Sesungguhnya dalang begitu peka terhadap warna alam.
Kesedaran ini menunjukkan sikap dan kepercayaan manusia kepada Pencipta asalnya, Allah S.
W. T.
Satu daripad acara yang sering dilakukan untuk
memelihara seni warisn wayang ini ialah dengan meyimpan maklumat tentang seni ini
dalam bentuk buku atau jurnal.
Selain daripada tujuan mengekalkan tradisi Melayu,
bidang seni inimungkin juga boleh dimajukan denga penghasilan miniatur patung wayang kulit
atau panggung wayang kulit serta alat-alat muzik gamelan yang boleh dijadikan bahan
cenderamata.
Dapatkan wayang kulit mempertahankan kewujudannya dan
daya tarikannya dalam zaman teknologi ini ? Hanya kesedaran serta tindaknan yang
wajar pada hari ini akan dapat menjamin kesinambingan seni warisan melayu tradisi pada masa
akan datang.
klik je kat love tuh nanti dia back kat wayang kulit