Wayang kulit adalah warisan taeter melayu,yang menyelami fahaman
dalang-dalang terhadap wayang kulit amat menabjubkan.Berbekalkan
asas pendidikan yang minima,mereka dapat menghayati kehidupan melalui persembahan wayang
kulit.Akan lahirlah beberapa persoalan seperti"adakah benar cerita-cerita asal
kejadian dan kehidupan manusia serta Penciptanya dengan malaikat??"
Sebagai media penyebaran dan pendidikan pula,jika diamati
persembahannya amatlah mempersona,tidak hairanlah persembahan
wayang kulit diamati oleh masyarakat dalam pelbagai peringkat umur.
Pada kesempatan inilah nilai-nilai pendidikan dan pembanggunan masyarakat sebenar
didasarakan masyarakat. Setiap persembahan yang menarik akan melupakan penonton kepada
kepenatan bekerja di siang hari sambil berhibur dan bergaul dengan kenalan dan jiran-jiran
sekampung.
Cara membuat patung-patung wayang kulit diproses dengan teliti dan
teratur.Perolehan kemahiran seni kerjatangan ini banyak bergantung kepada minat dan
kreatif yang mendalam.Tiada latihan secara formal dianjurkan.Yang penting mesti pandai
"memperhambakan"diri kepada siguru dan hendaklah berkesanggupan mengikut
rombongan persembahan ini bermula sebagai "budak suruhan".
Kombinasi persembahan serta bunyi alunan muzik yang diiringi aluanan
muzik yang mengiringi pelbagai adegan didalam persebahan amatlah dikagumi. Apakah semua
ini benar-benar melanbangkan ketelitian dan ketinggian seni kreatif bangsa melayu??.
Wayang kulit-warisan taeter melayu ini akan menyelami kefahaman
tentang falsafah taeter wayang kulit serta pemerosesan membuat patung-patung wayang yang
dibantu oleh gambar-gambar dan ilustrasi.
klik je love tuh kalau nak kembali ke muka
depan