Warisan sejarah budaya tanahair banyak
meninggalkan kesan dan mempengaruhi hidup masyarakat Melayu pada hari ini. Ada
diantara peninggalan warisan ini masih segar menjadi seni taeter rakyat sehingga hari ini.
Diantaranya ialah persembahan seni taeter wayang kulit. Daripada penelitian
yang dibuat, banyak pendapat dan tafsiran tentang baik dan buruknya seni taeter ini. Tidak
kurang juga yang berpendapat bahawa wayang kulit sudah terpesong daripada aqidah dan agama
islam. "Sekiranya falsafah seni taeter wayang kulit diselami dengan mendalam,
apa yang mengagumkan, didakamnya tersirat penuh rasa ilmu ketuhanan dan alam yang meluas.
Seolah-olah wayang kulit ini lahir daripada hasil pemikiran tokoh-tokohyang tajam
matahatinya serta ilmu yang bertunjang pada ilmu Allah s . w . t .".
Berpandukan kefahaman dan falsafah sesetengah
dalang wayang kulit, isi yang terdapat didalam wayang kulit boleh dibahagikan kepada dua
pengertian dan tafsiran, iaitu Alam Kecil dan Alam Besar.
Alam Kecil diberi pengertian Alam Diri Manusia dengan
tafsiran panggung wayang kulit beserta segala bentuk isinya. Alam Besar, diertikan
Alam Semesta dengan memberi penafsiran panggung wayang kulit beserta bentuk isinya sebagai
satu Alam Besar.
Menurut riwayat tradisi, ada benarnya bahawa tujuan
asal wayang kulit ialah untuk mengajar manusia meningkatkan pengenalan mereka terhadap
Tuhan dan peningkatan mereka mengEsakan Allah. Ini membolehkan mereka memahami
bahawa segala tindak tanduk atau perbuatan manusia sentiasa di bawah kudrat Allah.
Ini membolehkan mereka memahami dengan lebih umum hubungan Allah denga Alam. Kita
akan dapat membayangkan apa yang akan berlaku kepada watak-watak wayang, dengan segala
percakapan dan percakapannya tanpa dalang. Begitulah dalam sesebuah pangguna wayang
kulit,dalam bahagian Tingkat Ketuhanan ini terdapat dapat dalam sesebuah panggung
wayang kulit, dalam bahagian Tingkat Ketuhanan ini terdapat dalang dan alat-alat bunyian
yang mewakili "Dalang Yang Asal...........Dalang Yang Usul".
Dengan melihat dan memahami keunggulan dan kekayaan
ilmu yang tersembunyi di sebalik lambang-lambang wayang kulit itu, terasa betapa tingginya
falsafah dan pemikiran nenek moyang kita pada zaman dahulu. Mungkin apa yang kita
anggap tinggi ini, pada pandangan mereka adalah biasa sahaja. Ia menjadi tinggi
kepada kita pada hari ini kerana tidak mempunyai sebarang kesinambungan kebudayaan.
Didalam kekosongan ini fikiran kita telah diisi dengan falsafah dan pemikiran lain,
hingga kita terasa falsafah dan pemikiran nenek moyang kita itu suatu yang baru dan tinggi.
Kesimpulannya wayang kulit berfungsi bagi menyampaikan
mesej kepada kita bahawa patung-patung melambangkan hakikat manusia manakala bayang-bayang
yang lahir dari kelirmelambangkan manusia diambang nyata. Manusia
bersama alamnya merupakan pinjaman sahaja, mereka wujud selagi hakikatnya wujud.
Apabila hakikat itu balik ke alamnya, bayang-bayang itu ke"kelir"nya
dengan sendiri tanpa meniggalkan apa-apa lagi. Kesemuanya akan hilang selain daripada
dalang, dan pada waktu yang lain, ia akan mengeluarkan semula patung-patung dari kotaknya
dan melakonkan semula pada satu babak lakonan yang lain.
klik kat love nanti dia back kat wayang kulit.