Ada tiga komponen utama dalam setiap persembahan,
iaitu sebuah pentas khas yang berbentuk panggung kecil, patung-patung wayang kulit dan
alat-alat muzik.
Setiap persembahan wayang kulit dimulakan dengan
sajian memuja semangat (Berjamu). Mengikut amalan silam. dalang
seharusnya meminta izin terlebih dahulu memenggil dariroh orang berkenaan supaya datang
beramai-ramai supaya menjiwai persembahan wayang kulit agar cerita yang dipersembahkan
akan lebih kelihatan hidup dan dramatik.
Upacara berjamu ini pada hakikatnya memberi kesan
psikologi yang mendalam terhadap dalang. Seseorang dalang perlu menumpukan segala
tenaga dan pemikirannya terhadap persembahaqn itu termasuk memperkuatkan daya ingatannya
kepada dialog-dialog yang bermutu dan bermaya.
Barang-barang yang digunakan untuk upacara ini terdiri
daripada 25 jenis bahan. Bahan-bahan tersebut adalah sirih pinang(sirih junjung),
kemenyan, beras kunyit, sebutir kelapa yang sudah dikupas, sebiji buah keras, sebutir
telur ayam, bawang merah dan bawang putih, sedikit lada merah, minyak kelapa, sepasang
ayam hidup, gula merah, duit syiling, ayam panggang, pisang raja, air tawar, nasi sekepal
kain, benang mentah, jarum, minyak wangi, sikat , tembakau , beras(bertih), dan pulut
kuning. Barang-barang tersebut diletakkan didalam dulang besar
Persembahan wayang kulit biasanya dimulakan pada pukul
9.00 malam. Ia bermula denagan memberi pengenalan cerita. Apabila selesai
pengenalan cerita, persembahan akan dimulakan dengan drama utama.
Dalang akan duduk bersila dihadapan beberapa patung
yang telah siap dipacak pada batang pisang. Cahaya pelita dihadapannya akan dihalakan
kearah kelir dibahagian hadapan panggung. Sambil bercerita dalang akan menggerakkan
wayang mengikut jalan cerita dan pada masa itu beliau harus kerap menukar nada atau
itonasi suaranya bersesuaian watak wayang kulit. Jarang sekali ada cerita yang
mampu dihabiskan dalam satu persembahan. Cerita yang paling pendek pun terpaksa
mengambil masa tiga atau empat malam.
klik je kat love tuh nanti dia back kat wayang kulit
.