PENGENALAN
               Asal-usul telah banyak diperkatakan sebelum ini.  Rata-rata berpendapat bahawa wayang kulit telah wujud di Indonesia sejak beberapa kurun lalu dan dibawa dari India serentak dengan proses penyebaran agama Hindu.  Pendapat ini sukar dibuktikan sama ada benar @ tidak..  Kalaupun benar, kebenaran itu hanya dalam aspek-aspek tertentu sahaja.  Tidak terdapat baik dari segi falsafah mahupun dalam segi persembahan antara wayang kulit Jawa @ Melayu dengan tradisi taeter India.   bukti yang krokritpun tidak pernah dicatat secara pasti.  Catatan yang ditemui hanya berupa pandangan dan pendapat yang berasaskan pada pergerakan sejarah semata-mata.  Namun demikian cerita wayang kulit di Pulau Jawa, Balidan Malaysia, semuanya berasaskan pada dua hakikat Dewa-dewa, iaitu MOHABHARATA dan RAMAYANA.  Begitu juga dengan persamaan istilah seperti wayang , dalang,dan kelir.
Pengertian istilah WAYANG dalam Bahasa Melayu ialah bayang-bayang yang bergerak kesana-kemari.  DALANG pula membawa erti orang yang melakukan persembahan wayang.  Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang disekelilingnya tertutupd an digunakan untuk pertunjukkan wayang.
Selain di Jawa dan Malaysia, wayang kulit juga terdapat di Bali, Kemboja dan China.  Di Thailand wayang kulit dikenali sebagai NANG YAI,diKemboja disebut dengan namaNANG SBEK manakala di Jawa digelar WAYANG PURWA.
Dipercayai tradisi persembahan wayang kulitbermula sejak lebih 3,000 tahun di Indonesia.  Disemenanjung Malaysia wayang kulit dianggarkan sejak beberapa tahun lalu.  Kita mungkin tertanya-tanya, kenapakah wayang kulit masih kekal hingga sekarang??.   Sebabnya ialah wayang kulit mempunyai nilai-nilai yang diperlukan oleh kehidupan manusia, baik dari segi material mahupun spiritual.
Falsafah yang dibawa dalam persembahan wayang kulit dipercayai diasaskan pada pemahaman agama islam yang mendalam.Peranan dalang sebagai dukun atau bomoh dalam masyarakat merupakan salah satu asas pengekalan tradisi ini di Kelantan.Dipercayai kekuatan spiritual dalam penyelanggaraan kulit dapat menimbulkan dan menolak malapetaka atau bahaya.
Pada masa dahulu terdapat dua persembahan wayang kulit di Semenanjung  Malaysia.  Permainan wayang kulit ini dikenali sebagai Wayang Siam dan Wayang Jawa.  Sebilangan besar dalang wayang kulit mendiami kawasan-kawasan penanaman padi.  Seseorang dalang yang terkenal akan sentiasa mendapat jemputan mengadakan persembahan.  Bagi dirinya kerja ini akan dapat  mengisi masanya terutama dari bulan Mac hingga Oktober.
Heart1.gif (9917 bytes)
kalau nak kembali kat wayang kulit klik je kat love tuh