Sejarah Ringkas Kelahiran TLDM

Markas/Pangkalan Utama TLDM

Senarai Pangkat ATM (TLDM, TUDM, TDM)

Fungsi dan Peranan Utama TLDM

Lencana Kepakaran TLDM

Senarai Cawangan/Tred TLDM

KD Sri Pinang... Pusat Latihan PSSTLDM

Persenjataan untuk latihan....(under cons.)

Kapal - Kapal DiRaja TLDM... (under cons.)

Album Aktiviti Semasa

Berita Aktiviti Semasa dan Jawatan Kosong dalam TLDM

Halaman Lain yang boleh dikunjungi

Buku Tetamu TLDM (unOFF).... sila tulis komen anda.

E-mail saya untuk pertanyaan/menghantar bahan, berita, gambar dsb.


Salam Sejahtera. Anda dipelawa menghantar bahan,   berita, gambar, dan sebagainya supaya dapat dikongsi bersama. Segala pertanyaan dan pengiriman bahan, maklumat, gambar, berita dan aktiviti semasa hendaklah dihantar melalui e-mail berikut :  cybercoxswain@yahoo.com  bagaimana pun Cyber Coxswain (cc) berhak untuk menyiarkan atau  tidak menyiarkan segala pengiriman anda mengikut budi bicara cc sendiri.

Terima Kasih.

K.D. SRI  PINANG

KD SRI PINANG merupakan sebuah Pusat Latihan untuk anggota-anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM), bertempat di Negeri Pulau Pinang. Aktiviti utama yang dijalankan ialah melatih anggota-anggota simpanan yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat mengikut kepakaran masing-masing dan juga menyediakan ujian dan latihan lanjutan untuk kenaikan pangkat. Selain aktiviti utama tersebut, latihan kawad, latihan jasmani, bersukan, menembak, belayar, berakit, khemah tahunan, ekspidisi dan aktiviti luar juga dilakukan setiap tahun.

Di KD SRI PINANG menyediakan kepada anggotanya  kepakaran seperti berikut :

        a) Peperangan Paras Permukaan (PPP)
        b) Teknikal Merin Kuasagerak (TMK)
        c) Semboyan / Komunikasi Radio (KMR)
        d) Kerani Am (KNA)

             Jika anda berminat dan ikhlas untuk berbakti kepada negara dengan memasuki / menyertai  sebagai anggota PSSTLDM, peluang sentiasa ada kerana pada setiap tahun (Jun / Julai) diadakan pemilihan / tawaran untuk menyertai Pasukan Simpanan Sukarela di seluruh Malaysia dan salah satu tempat pemilihan itu ialah di KD SRI PINANG, Pulau Pinang. Selain tarikh itu, tawaran tersebut juga sentiasa dibuka sepanjang tahun kepada warganegara Malaysia yang berumur di antara 17 hingga 35 tahun lelaki / perempuan dan sihat tubuh badan. Anda boleh menghubungi KDSP dialamat dibawah untuk pertanyaan atau keterangan lanjut jika anda benar-benar berminat untuk menyertainya.


KD SRI PINANG, Jalan Akuarium, 11700 Gelugor, Pulau Pinang    Tel : 04-6583012

 

 

 

 

 

 

 


Kembali/BackPermulaan/HomeSeterusnya/Next

Halaman ini merupakan halaman tidak rasmi dan  dibangunkan atas inisiatif diri sendiri untuk memberi sedikit pendedahan mengenai TLDM kepada umum bagi  menarik minat beliawan dan beliawanis M'sia menyertainya. Segala maklumat mengenai markas/pangkalan dan ketenteraan hanyalah sekadar maklumat am sahaja dan tidak mengandungi maklumat rasmi, rahsia , rahsia besar dan sebagainya yang boleh menggugat kestabilan negara.