Daripada : Encik Mahmud Ismail
Assalamualaikum,
Dengarlah................... kata-kata mereka....Halaman Raihan. |
Daripada : Abang Nazrey Johani
Vokalis Kumpulan RAIHAN
Raihan Corporation : Petikan ini dari Utusan Malaysia 11/4/98
Raihan gembira kerana dicalonkan dalam empat kategori namun tidak meletakkan
harapan yang terlalu tinggi untuk menerima sebarang anugerah.
AIM adalah sebagai salah satu medan untuk mengangkat martabat lagu-lagu nasyid.
Pertambahan anugerah khas kepada album-album nasyid kali ini menunjukkan kematangan AIM
dalam penilaian mereka terhadap perkembangan pelbagai rentak lagu di negara kita.
Bagaimanapun Raihan tidak mahu terlalu yakin untuk memenangi sebarang anugerah dalam
pertandingan itu.
Ini kerana Raihan tidak mahu lari daripada tujuan sebenar melahirkan album ialah untuk
menyampaikan mesej yang baik kepada pendengar.
Anugerah bukan hala tuju utama Raihan di dalam melahirkan album berbentuk nasyid.
Begitupun, Raihan tidak menolak peranan anugerah yang diterima oleh seseorang artis secara tidak
langsung akan menaikkan martabat irama lagu yang mereka perjuangkan.
Raihan tidak menolak faktor anugerah itu sendiri. Setidak-tidaknya ia berjaya meletakkan nilai
lagu-lagu nasyid di tahap yang lebih tinggi. Raihan tidak mahu terlalu yakin untuk menerima
anugerah itu.
Dan Raihan juga akan menyampaikan lagu daripada album kedua mereka berjudul 25 Rasul di
AIM malam esok.
Nazrey Johani
Daripada : Maisarah Abu Bakar
Alor Setar Kedah
email : msaarah@hotmail.com
Tahniah untukmu Raihan
Assalamualaikum
Untuk semua ahli kumpulan Raihan,
Sebenarnya saya bukanlah peminat muzik. Tetapi semenjak muncul
kumpulan Raihan dengan lagu-lagu merdu yang memancarkan cahaya Islam
saya merasa terpanggil untuk mengikuti perkembangan kumpulan Raihan.
Saya percaya bukan saya seorang, malah seluruh lapisan masyarakat
meminati anda! Sehinggakan kanak-kanak berusia 2 tahun yang masih belum
mengerti apa-apa sudah pandai mengikut irama lagunya.
Tahniah di atas kecemerlanganmu Raihan!
Tahniah di atas kejayaan merangkul pelbagai anugerah di malam
Anugerah Muzik Tanah Air yang baru sampai ke kemuncaknya sekarang....
Ikhlas dari,
Maisarah Haji Abu Bakar
Alor Setar
Daripada : Abdul Basit Abu Bakar
Alor Setar Kedah
email : abu_uwais@hotmail.com
Keunggulan Islam
Assalamualaikum sahabat-sahabatku Raihan,
Alhamdulillah,
Bersyukur, puas, gembira, yakin dan bersemangat !!!
Dah tentu tidak lupa akan ucapan tahniah kepada kumpulan yang telah
berjaya memecah kebuntuan para penggemar seni Islam sejagat... Raihan.
Jelas terbukti lagi keunggulan Islam apabila Raihan mendapat
anugerah Allah pada malam ini.
Jalan Islam adalah jalan kemenangan, kebahagiaan Dunia dan Akhirat.
Saya mendoakan Raihan akan terus diberi petunjuk, ilham dan
kekuatan demi perjuangan Islam yang abadi...
'Bersatu berjuang kembalikan kegemilangan Islam'
Abdul Basit
Alor Setar
11.30 pm
12 apr 1998
Daripada : Basri Abu Bakar
Alor Setar Kedah
email : abu_uwais@hotmail.com
Assalamu'alaikum.
Congratulations!
Sayyyyyyyy......
Thank You Allah. Thank You Allah. Thank You Allah.
Well I'd like to congratulate you all for being the most popular nasyid
group in Malaysia. Perhap one day you will become the most popular
nasyid group in the world...who knows,...God knows.
Sincerely,
Your brother in Islam,
Basri Al Hijra,
Alor Setar.
Daripada : rafizah s
email : rs1105@tm.net.my
Subject: salammm...
Date: Mon, 13 Apr 1998 01:30:28 +0800
assalamualaikum
buat abang2 raihan....
Tak sempat nak komen sebelum AIM sebab saya jumpa hp ni pun selepas AIM tu
berlangsung...
Macammana pun... jelas terbukti kini bahawa apa yang dibawa oleh RAIHAN
telah diterima ramai. Kalau dulu, lagu lagu yang memuji keagungan Allah ini
kurang menyerlah, namun syukur pada Allah kerana RAIHAN telah membawanya ke
tengah untuk didengar oleh lebih ramai umat manusia...
Sesungguhnya anugerah dari Allah itu lebih besar dari segalanya...
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada RAIHAN kerana lagu lagu
yang sangat indah dan banyak mengingatkan saya.... Semoga Allah sentiasa
memberkati perjuangan RAIHAN dan sahabat2 yang lain...
wassalam
Date: Mon, 14 Apr 1997 16:56:57 +0800
Daripada : mokhtar
email : hamasanu@cyberway.com.sg
Assalamualaikum Wr Wb,
Saya bangga dengan kejayaan Raihan semalam memenangi beberapa anugerah.Syabas dan tahniah keatas
semua anggota Raihan terutama sekali Brother Farihin. Bagaimanapun saya kecewa dan dukacita tentang
kehadiran kesemua kumpulan nasyid di malam penyampaian itu. Brother Farihin saya tujukan surat ini
semoga dapat di ambil sebagai teguran dari brother mu ini. Saya rasa adalah lebih baik jika tidak
menyampaikan lagu di malam itu dan tidak hadhir sama sekali. Saya rasa sesuatu majlis yang mungkar itu
tidak boleh di campur adukkan dengan yang maarof. Lantas dengan kehadhiran Raihan seakan memberi
satu laluan kepada pihak pihak yang lain untuk menyalah gunakan perjuangan setiap kumpulan nasyid. Jadi
saya rasa adalah lebih wajar ditengah popularity yang dikecapi ini Raihan dapat menengakkan mana yang
mungkar dan menjauhi segala majlis yang shubahat dan memurnikan lagi syiar Islam. Tahniah dan syabas
sekali lagi atas kejayaan Raihan dan saya akhiri dengan iringan doa kepada semua anggota Raihan tertutama
Brother Farihin semoga Allah memberkati dan sentiasa bersama anda dalam perjuangan anda.
Wassalamualaikum Wr Wb
Brother Mokhtar Singapura
Date : Wed, 15 Apr 1998 17:39:51 +0800
Daripada : Noraizah Amil
email : noor.iza@pacific.net.sg
Assalamu'alaikum wr wb
Dear Friends,
I would like to know whether my fav group, RAIHAN, will be having a 'SYUKUR'
concert in Singapore, if so, when????
The fans in Singapore is very happy with their recent accomplishment and
can't wait to see them here in the near future.
By the way, do you have their Fan Club address???
Look forward to hearing from you soon.
Ma'assalama.........IZA
Date : Fri, 17 Apr 1998 13:58:06 +0800
Daripada : Ainrafiza Abdullah, Pen. Peg. Sistem Maklumat (Sokongan Pengguna I)"
email : ain@perak.gov.my
Assalamualaikum,
Tahniah di atas pencapaian RAIHAN yang telah mengaut 4 anugerah semasa
AIM tempoh hari. Walaupun begitu, saya amat berharap agar saudara
sekalian tidak terikut-ikutkan keghairahan memenangi anugerah tersebut
sehingga 'lupa diri'. Janganlah mengikut trend segelintir artis yang
menyangka dirinya glamour dengan kejayaan yang dicapai.
Kekalkanlah dengan sifat 'low profile' yang telah lama sebati dengan
saudara sekalian. Ingatlah walau sejauh mana kejayaan yang kita capai di
dunia ini, namun hanya kejayaan di akhirat sahaja yang hakiki.
Sesungguhnya , secara tak langsung, saya juga mengingatkan diri saya
juga. Anggaplah ini sebagai peringatan dari seorang rakan seagama.
Sekian saja .... wassalam.
Date: Fri, 17 Apr 1998 16:58:01 +0800
Daripada : AISHAH
email : nazeeva@pc.jaring.my
Subject: simpati
assalamualaikum
wahai saudara ku raihan, saya teramat sedih dan sempati kerana lagu lagu
dakwah telah dipertandingkan. Pada mulanya saya kagum dan gembira serta
bersyukur kepada ALLAH kerana ada kumpulan naysid telah muncul dengan
membawa message ALLAH kepada semua dan kebanyaknya telah menerimanya dan
mula ke jalan ALLAH semula
ALHAMDURILLAH.tertapi saya terkejut apabila saya dengar dan terbaca
dalam akbar yang raihan telah bertanding dalam aim dan bolot beberapa
anugerah, aduhai.
saudara ku raihan lagu lagu dakwah bukanya untuk di pertandingkan
tertapi untuk memberi kesedaran kepada umat NABI MUHAMMAD S.A.W. supaya
kembali ke jalan ALLAH semula. saya amat berharap saudara ku raihan
faham apa yang cuba saya nak jelas kan diatas.
assalamualaikum dan dan renung kan la apa kah misi utama dakwah
saudara mu.
hamba allah
Date: Fri, 17 Apr 1998 21:40:11 +0800
Daripada : Saimah
email : emayan@pacific.net.sg
Subject: Kemenangan Raihan dlm AIM
Assalammu'alaikum wr wb,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan Raihan
yang berjaya menggondol 4 anugerah dlm pertandingan AIM kelmarin.
Syukur Alhamdulillah kaum Muslimin-Muslimah di M'sia mahupun di
Singapura dan beberapa negara yang lain yang mengenali kumpulan ini,
kini dapat mengenali dan menghargai agama Islam yang suci ini serta
kekuasaan Allah melalui lagu-lagu Nasyid yang telah diberi irama dan
tempo yang sangat segar dan disenangi orang ramai. Dan saya rasa sangat
gembira dan bersykur kepada Allah kerana melalui irama yang merdu
nyanyian kumpulan Raihan, anak-anak kita dapat berhibur sambil mengenali
kemurniaan agama Islam. Sudah tentu irama yang "catchy" ini
menyenangkan lagi anak-anak kita untuk menghafal nama Nabi-Nabi kita
serta sifat-sifat Allah, sebagai contoh. Syabas kepada kumpulan Raihan
atas kejayaan mereka menyampaikan mesej-mesej yang berkmana secara
begini.
Walaubagaiman pun, saya ada satu komen untuk penganjur AIM. Kenapakah
lagu-lagu Nasyid ini dibandingkan popularitinya dgn lagu-lagu
rock/pop/grunge dll? Dan saya rasa kurang senang apabila melihat
kumpulan Raihan dan kumpulan Nasyid yang lain duduk dikalangan para
peserta/audience yang ada di antara mereka berpakaian kurang
menyenangkan, contohnya Amy Search dan isterinya (yang duduk betul-betul
di depan Raihan). Saya harap perkara ini dapat dielakkan di AIM yang
akan datang.
Akhir kata, saya harap kejayaan Raihan merupakan contoh yang paling baik
serta motivasi untuk kumpulan-kumpulan Nasyid yang berbakat untuk
menghasilkan lagi banyak album-album Nasyid. Walau begitu, motif yang
utama kumpulan-kumpulan yang berbakat itu tidak seharusnya berbentuk
persaingan populariti dikalangan kumpulan-kumpulan Nasyid. Sebaliknya
ianya harus merupakan niat yang mulia untuk memberi peluang kepada
masyarakat Islam untuk lebih mencintai Allah serta belajar tentang
kemurniaan agama kita yang suci ini.
Sekian. Wassalam.
Dilayarkan
di Wahaza
Extra Online.
Direkabentuk oleh Wahaza Extra © 1998 Wahaza ExtraCommunications Sdn. Bhd. Hak cipta terpelihara |