|
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1945, iaitu selepas Perang Dunia Kedua oleh Mendiang Encik Foo Rang dan beberapa orang pemimpin tempatan lainnya . Sekolah ini dinamakan Sekolah Kee Chee.
Pada tahun 1953 , sekolah ini digabungkan dengan sekolah Kee Min Kg. Tampoi dan sekolah Kee Sian Tg. Minyak oleh pihak Lembaga Pengurus yang berkenaan demi untuk menjimatkan tenaga dan perbelanjaan. Sekolah ini dinamakan Sekolah Cina Gabungan dan diubah sekali lagi pada tahun 1959 dengan menurut perintah kerajaan iaitu dinamakan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Cheng sehingga sekarang.
Enrolmen sekarang sebanyak 610 orang dan stafnya
sebanyak 30 orang berbanding 105 orang murid dan 5 orang staf pada tahun 1953.
index | aluan | sejarah | motto | lencana | guru | bukan guru | organisasi | aktiviti |