INDEX

KATA ALUAN

SEJARAH

SENARAI GURU

SENARAI BUKAN GURU

MOTTO

AKTIVITI

Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1 pada asalnya ialah Alor Gajah English School yang telah dibuka dengan rasminya oleh Tuan Residen Commisioner Melaka pada 28 Februari 1954 dengan bilangan murid seramai 60 orang.

Pada masa itu ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini (Alor Gajah English School). Pada ketika itu Bahasa Inggeris masih lagi digunakan sebagai bahasa pengantar bagi setiap matapelajaran.

Murid-murid yang menjadi 'pioneer' pada ketika itu, kini telah pun menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan swasta diseluruh negara. Antaranya ialah Dato` Dr. Johari bin Mat. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia kini.

Pada tahun 1962 sebuah bangunan tambahan mengandungi 4 buah bilik darjah telah dibina dan mula digunakan. Mulai 1966 bangunan Sekolah Kebangsaan Alor Gajah telah diserahkan kepada sekolah Alor Gajah English School untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah. Sekolah Kebangsaan Alor Gajah berpindah ke bangunan baru bersebelahan dengan Sekolah Menengah Dato` Dol Said.

Mulai Januari 1970, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah selaras dengan dasar pendidikan negara. Oleh sebab sambutan yang sangat mengalakkan daripada penduduk sekitar, sekolah ini telah dipecahkan kepada dua bahagian iaitu:

Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah I dan

Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah II.

Mulai Januari 1978, Sekolah Rendah Kebangsaan II berpindah ke bangunan baru dan ditukar nama menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan Dato` Naning.

| index | | Kata Aluan | | Sejarah | | Senarai Guru |
| Senarai Guru Besar | | Matlamat | | Piagam | | Rukun Sekolah |

ke menu
ke sebelah