SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

            Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

            Dalam abad yang ke Duapuluh Satu ini, satu lagi kemahiran yang perrlu ada pada anak-anak kita ialah kemahiran menggunakan komputer. Ini adalah kerana sumber maklumat masa kini banyak terdapat dalam lebuhraya maklumat yang hanya boleh diekcess melalui komputer. Walau bagaimanapun, setiap kebaikan pasti ada keburukannya. Oleh itu untuk mengelakkan anak-anak kita dari menyalahgunakan maklumat yang tidak bersempadan ini, maka perlulah nilai-nilai murni dipupuk dan disemai sejak mereka dari sekolah rendah lagi. Pada peringkat umur beginilah mereka senang diasuh dan dididik bak kata perpatah `melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

            Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Perkembangan Pendidikan di masa kini, maka peranan institusi pendidikan semakin mencabar. Sebagai pentadbir maka sudah pasti saya ingin melihat pelajar-pelajar saya berjaya dan apabila memasukki pasaran pekerjaan nanti menjadi manusia yang bertanggungjawab, bermoral, mempunyai daya tahan yang tinggi dan kreatif.

Untuk itu fokus saya dalam mentadbir sekolah ini ialah :-

  • Meningkatkan prestasi akademik
  • Meningkatkan pengguasaan Bahasa Inggeris
  • Menanam dan menyemai nilai-nilai murni
  • Mengurangkan kadar buta huruf dan buta komputer
  • Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
  • Semoga dengan tercapainya matlamat di atas, maka saya berharap moto sekolah `Sekolah cemerlang, warga SKBR gemilang’ akan menjadi kenyataan.
    Wassalam,

    Hj. Isa bin Othman,
    Guru Besar,
    Sek. Keb. Bukit Rambai,
    75250 Melaka.
     

     [index][aluan][sejarah][lencana/motto][matlamat/piagam][lagu][staf/bukan staf][organisasi]