latarbelakang
sekolah kebangsaan padang temu

 
 

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Padang Temu terletak di pinggir Bandar Melaka, lebih kurang 4.4 km dari bandar Melaka. Penduduknya terdiri daripada orang Melayu yang bekerja sebagai petani, nelayan, kaki tangan kerajaan dan peniaga. 

 Nama asal sekolah Kebangsaan Padang Temu ialah Sekolah Melayu Padang Temu yang telah diasaskan oleh Datuk Penghulu Md. Salleh Bin Said pada tahun 1903. Sekolah Melayu Padang Temu dibina di atas tapak seluas suku ekar dengan usaha masyarakat kampung. Sekolah ini dibina dari kayu serta atap nipah. Pada masa itu terdapat satu kelas terdiri dari 4 aliran. Tenaga pengajar terdiri dari seorang guru dan seorang Guru Besar. Guru Besar yang pertama ialah Tuan Haji Abdul rahman Bin Baba (MBE). 

 Pada tahun 1940  satu bangunan baru dibina oleh kerajaan di atas tapak yang jauhnya 0.5 km dari bangunan asal. Terdiri dari 5 aliran di mana Tuan Haji Abdul Rahman sebagai Guru Besar yang pertama . Pada tahun 1974, satu bangunan tambahan dibina terdiri dari 6 bilik darjah, pejabat, bilik guru, stor dan tandas. Keluasan tapak ialah 1 ekar 1 rod 34 pole. 

 Persatuan Ibubapa dan Guru ditubuhkan pada 8.11.1973 di mana Pengerusi yang pertama ialah Tuan Haji Abd.Rauf Bin haji Ahmad dan Pengerusi Lembaga Pengurus Pentadbir Bersama yang pertama ialah Tuan haji Abd. Rahman Bin Omar. 

 Seterusnya perkembangan-perkembangan yang lain iaitu pada tahun 1979 ialah pembinaan kantin baru. Pada tahun 1987 pembinaan bangunan kayu telah digantikan dengan bangunan batu menempatkan  Pusat Sumber Sekolah dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Pada tahun 1992 diadakan kerja pengubahsuaian Bilik Guru Besar, Bilik Guru dan pejabat. 

 Sehingga sekarang sekolah ini mempunyai 13 kelas terdiri 418 murid dengan tenaga pengajarnya seramai 23 orang dan bilangan kakitangn seramai 3 orang. 

FIZIKAL SEKOLAH: 
 
 
 
Kantin Sekolah
Kebun Sains
Kantin Sekolah
Kebun Sains
Bangunan sekolah lama
Bangunan sekolah baru
 
 | sejarah | lencana | organisasi | maklumat pelajar | kurikulum | |kokurikulum | aktiviti | koleksi gambar |
ke menu