Make your own free website on Tripod.com

Himpunan ayat-ayat Al Quran
Kebenaran Al Quran Amalan riba Kejadian Manusia Kewajiban Solat
Allah Membeli Jiwa Mukmin Langit & Bumi dan Kebesaran Allah Umat Muhammad Terbaik Islam Agama Lengkap &Terperinci
Tuntutan Dakwah Tuntutan Bersatu Iblis & Syaitan musuh yang nyata Kemajuan tanpa Iman mendapat siksaan
       

Kebenaran Al Quran
Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Iaitu mereka yang beriman kepada ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung. (Surah Al Baqarah, Ayat 2-5)

Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (muhammad) buatlah satu surat (saja) yang seperti Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah jika kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya) peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir. (Surah Al Baqarah, Ayat 23-24).

Dan sesungguhnya jika Kami menghendaki, nescaya Kami lenyapkan apa yang Kami wahyukan kepadamu, dan dengan pelenyapan itu, kamu tidak akan mendapat seorang pembela pun terhadap Kami. Kecuali kerana rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya kurniaNya atasmu adalah besar. Katakanlah: "Sesungguhnya jika mansia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan nya, sekali pun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain". (Surah Al Israa', Ayat 86-88)

Amalan Riba
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah sebab mereka berkata 'sesungguhnya jual beli itu sama seperti riba' pada hal Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan daripada Tuhannya lalu terus berhenti (daripada mengambil riba) maka baginya apa yang diambil dahulu (sebelum datang larangan), dan urusannya terserlah pada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal didalamnya. (Surah Al Baqarah, Ayat 275)

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan rasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba) maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya. (Surah Al Baqarah, Ayat 278-279)

Kejadian Manusia
Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu (Surah Adz Dzariyat, Ayat 56)
Kewajipan Solat
Dan dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (Surah Hud, Ayat 114)

Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk. Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu lupakan diri (kewajiban)mu sendiri, pada hal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir. Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) Orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (Surah Al Baqarah, Ayat 43-46)

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah Al Ankabut, Ayat 45)

Allah Membeli Jiwa Mukmin
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) Janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (Surah At Taubah, Ayat 111)
Langit & Bumi dan Kebesaran Allah
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.(Surah Ali Imran, Ayat 190-191)
Umat Muhammad Terbaik
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari mungkar., dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik dari mereka; diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.( Surah Ali Imran, Ayat 110)
Islam Agama Lengkap dan Terperinci.
Pada hari ini orang-orang kafir telah berputus asa untuk (mengalahkan) agamamu. Sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redhai islam itu agamamu. (Surah Al Maidah, Ayat 3) (Nota: Hari ini bermaksud haji wada': haji terakhir Rasulullah s.a.w.)

Sabda Rasulullah s.a.w; "Apa saja yang dihalalkan Allah didalam KitabNya, maka ia adalah halal dan apa saja yang diharamkanNya, maka ia pula adalah haram. Dan apa saja yang didiamkanNya, maka ia itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafanNya itu daripada Allah, kerana sesungguhnya Allah tidak lupa barang sedikit pun." Kemudian rasullulah s.a.w. membaca firmanNya: Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa. (Surah Mariyam, Ayat 64) (Riwayat Hakim)

Tuntutan dakwah
Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung. (Surah Ali Imran, Ayat 104)

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". (Surah Fushilat, Ayat 33)

Tuntutan Bersatu
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu agar kamu mendapat petunjuk. (Surah Ali Imran, Ayat 103)
Iblis & Syaitan musuh yang nyata
Hai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu-bapa (Adam dan Hawa) kamu dari syurga, ia menanggalkan keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kedua auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (Surah Al Araf, Ayat 27)
Kemajuan tanpa Iman mendapat siksaan
Apakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum Ad? Iaitu penduduk Iran yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi, yang belum pernah dibangunkan seperti itu di negeri-negeri lain. Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah. dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak), yang berbuat sewenang-wenang di dalam negeri. Lalu mereka banyak melakukan kerosakkan dalam negeri itu. Kerana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka Azab. (Surah Al Fajr, Ayat 6-13)
Tuntutan Menafkah Harta
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian daripada harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (Surah Ali Imran, Ayat 92)

oih

Kemaskini 26/3/1999 Peti cadangan Hubungi saya Baca saya dahulu