bentuk muka bumi kawasan dewasa
JEJAK INTERNET 
GEOGRAFI 
PUNCA SUNGAI 
HAKISAN SUNGAI 
PENGANGKUTAN 
SUNGAI 
PEMENDAPAN 
SUNGAI 
BENTUK MUKA BUMI
KAWASAN MUDA 
BENTUK MUKA BUMI 
KAWASAN DEWASA 
BENTUK MUKA BUMI KAWASAN TUA 
KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA 

Halaju sungai berkurangan kerana mengalir di cerun yang lebih landai.

Beberapa cawangan sungai mengalir masuk ke sungai ini dan menambahkan isipadu sungai.

Proses hakisan menegak telah beransur-ansur digantikan dengan hakisan sisi terhadap tebing sungai.

Muatan sungai selalu berada dalam keadaan seimbang dengan halaju air. Sekiranya muatan sungai bertambah, pemendapan akan berlaku di dasar  dan tebing sungai sehingga keseimbangan berlaku.

Rupabentuk yang didapati di kawasan dewasa ialah:

TUBIR SUNGAI

  • Hakisan yang berterusan terhadap tebing sungai pada peringkat ini akan menyebabkan susuh bukit berpanca terpenggal sehingga membentuk satu barisan tubir.


LURAH BERBENTUK V YANG LEBIH LEBAR.

  • Pada peringkat ini, dasar sungai menjadi lebih lebar dan cerun tebing menjadi lebih landai
  • Keadaan ini disebabkan oleh hakisan sisi terhadap tebing lebih aktif daripada hakisan menegak tebing sungai dan hakisan terhadap tebing sungai oleh hujan, kesotan tanah dan gelongsoran tanah.


LIKUAN SUNGAI, CENURAM DAN TEBING CURAM

  • Sungai mula berliku-liku disebabkan oleh daya graviti, keadaan lapisan tanah yang tidak sama serta proses hakisan dan pemendapan

 
 
 
 
 

.
 

 

 JEJAK INTERNET GEOGRAFI | PUNCA SUNGAI | HAKISAN SUNGAI | PENGANGKUTAN SUNGAI | PEMENDAPAN SUNGAI | BENTUK MUKA BUMI KAWASAN MUDA | BENTUK MUKA BUMI KAWASAN DEWASA | BENTUK MUKA BUMI KAWASAN TUA | KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA
 telefon: 06-2320833
Laman web ini dibina oleh:
En Azali @ Sazali Bin Rohani
Email: amirulsazali@hotmail.com
En Baharudin bin Husin
Email : bhusin@hotmail.com
Alamat sekolah :
SEK. MEN. SAINS MUZAFFAR SYAH,
AYER KEROH,
75450 MELAKA