SEJARAH

Pada tahun 1965 Bell Lab bergabung dengan MIT dan General Electric dan telah membuat ikhtiar untuk membangunkan satu sistem pengoperasi baru, Multics yang akan membekalkan sistem fail yang Multi-User, Multi processer dan Multi Level (hierarchical) yang mana adalah antara ciri terbaru.

Pada tahun 1969 AT & T kurang berpuas hati dengan perkembangan projek Multics mereka lalu menarik diri. Sesetengah pengaturcara Bell Labs yang telah membuat projek ini seperti Ken Thomposon, Dennis Ritchie, Rudd Canaday dan Doug Mcllory telah melaksanakan satu versi sistem fail UNIX yang pertama pada PDP-7 seiring dengan beberapa Utiliti. Ia diberi nama UNIX oleh Brian Kernighan sebagai penggunaan kata-kata lucu yang mempunyai bunyi yang sama pada Multics.

1970, Jan ! time zero untuk UNIX

1971- Sistem ini kini dijalankan pada PDP -11 dengan memori 16 kilobytes termasuk 8 kilobytes untuk aturcara pengguna dan disk 512 kilobytes. Penggunaan pertamanya yang sebenar ialah sebagai alat pemproses teks untuk Bahagian hakcipta di Bell Labs. Penggunaannya telah memberi sebab yang munasabah bagi penyelidikan selanjutnya oleh kumpulan pengaturcara tersebut. UNIX menjadi popular di kalangan pengaturcara kerana ia direka dengan ciri-ciri berikut:

Persekitaran para pengaturcara.
Perantaramuka yang mudah untuk pengguna.
Utiliti-utiliti mudah yang boleh digabungkan untuk melaksanakan fungsi yang berhierarki.
Perantaramuka mudah ke alat yang selari dengan format fail.
Sistem Multi-user, multi-process.
Senibina yang tidak bergantung kepada yang lain dan lutsinar kepada pengguna.

1973- UNIX ditulis semula kebanyakannya dalam C, satu bahasa baru yang dimajukan oleh Dennis Ritchie. Usaha untuk memasukkannya ke dalam mesin baru menurun dengan mendadak kerana ia ditulis dalam bahasa pengaturcaraan paras tinggi. Pada tahun 1974 Thompson dan Ritchie telah menerbit satu dokumen dalam Communications of the ACM yang menjelaskan UNIX OS yang baru. Ini telah menarik minat komuniti akademik dimana ia dilihat berpotensi untuk digunakan sebagai alat pengajaran dalam bidang pengaturcaraan. Memandangkan At & T dilarang menjual produk ini berikutan dengan Consent Decree 1956, mereka telah memberikan kebenaran mendapat hak kepada Universiti untuk tujuan pendidikan dan komersil.

1977- kini terdapat kira-kira 500 laman UNIX di seluruh dunia.

1980-BSD 4.1(Berkeley Software Development).

1983 -Sun OS, BSD 4.2, Sys V.

1984 -Kini terdapat kira-kira 100,000 laman UNIX yang dijalankan pada platform berlainan perkakasan dengan pelbagai kebolehan.

1988 -AT & T dan Sun Microsystems bersama-sama mencipta System release 4 (SVR 4). Ini kemudian akan dibangunkan kepada UNIXWARE dan Solaris 2.

1993 -Novell membeli UNIX daripada AT & T.

1994 -Novell memberi nama 'UNIX' kepada X/OPEN.

1995 - Santa Cruz Operations membeli Unixware daripada Novell. Santa Cruz Operations dan Hewlett Packard mengumumkan yang mereka akan membangunkan Unix versi 64-bit bersama.

1996 -International Data Corpoiration meramalkan yang dalam tahun 1997 akan ada 3 juta sistem UNIX yang akan dibawa dengan kapal ke seluruh dunia.

 

PENGGUNAAN / CIRI-CIRI / KEBAIKAN / KEBURUKAN / MASA DEPAN