Kata-kata Aluan
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Katholik Melaka bercita-cita untuk mencapai tahap yang cemerlang di dalam bidang pengurusan pentadbiran di samping mementingkan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar.

 

Di dalam zaman teknologi ini, pihak sekolah sudah tentu akan mengambil kesempatan untuk menggunakan semua kemudahan I.T. yang sedia ada untuk memajukan pentadbiran sekolah. Kami percaya dengan halaman web sekolah ini, kita akan dapat berhubung dan berkongsi pengalaman dan maklumat dengan pihak-pihak lain yang boleh membantu dan memajukan pengurusan kita ini.

 

Kita bersyukur satu usaha ke arah mencapai tahap yang lebih tinggi telah dirancang dan digerakkan demi kebaikan bidang pengurusan pendidikan . Usaha ini harus diteruskan dan dilanjutkan agar ia dapat memanfaatkan semua anggota keluarga pendidikan negara Malaysia.

 

 

 


home | aluan | sejarah | organisasi | guru | aktiviti | motto | lencana| bukan_guru|