Kata Aluan Guru Besar

 Selamat mengunjungi laman SJK (C) Wen Hua, Batu Berendam, Melaka. Tujuan sekolah ini menyediakan laman ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang perkembangan dan kemajuan sekolah ini dari pelbagai aspek.

 

Berbagai-bagai maklumat telah disediakan untuk ibubapa, murid-murid tua, dan penduduk setempat sebagai sumber rujukan. Di antara sumber-sumber maklumat ialah Sejarah Sekolah, Organisasi Sekolah, Aktiviti Sekolah, Kurikulum Sekolah, Ko-kurikulum Sekolah dan sebagainya.

 

Diharapkan dengan penyediaan laman ini, para pengunjung laman akan dapat lebih mengenali dan mencintai sekolah ini. Sumbangan dari para pengunjung laman juga digalakkan supaya kandungan laman ini sentiasa bertambah, dikemaskini, dan dapat dikongsi bersama.

 

Akhirnya saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pengunjung laman ini. Sekian, terima kasih.

 

 

 


[home] [aluan] [sejarah] [organisasi] [guru] [aktiviti] [motto] [lencana]

[bukan guru] [lagu] [profil sekolah]