SEJARAH SEKOLAH

 

Lokasi S.J.K. (C) Wen Hua terletak di Batu Berendam kira-kira 11 kilometer dari Bandar Raya Melaka Bandar Raya Bersejarah. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1936. Pada mulanya sekolah dibina dan diuruskan oleh masyarakat Cina setempat. Sekolah ini telah ditutup pada Perang Dunia Ke-2.

 

Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1954. Pada tahun 1956 Lembaga Pengurus Sekolah dan ibu bapa telah berusaha untuk memperluaskan kawasan dan menambah binaan bangunan sekolah. Akhirnya pada tahun 1968, pihak LPS sekolah telah mendapat peruntukan kerajaan dan pungutan derma daripada para ibu bapa untuk membina 3 buah bilik darjah.

 

Pada awal tahun 1986, Jabatan Pendidikan Melaka telah berjaya memperuntukkan sebidang tanah seluas 1¾ ekar untuk sekolah ini. Seterusnya pada tahun 1993 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM 420, 000.00 untuk membina sebuah bangunan 4 tingkat yang mempunyai 20 buah bilik.

 

Pada tahun 1994 sekolah ini telah berjaya membina sebuah bangunan dewan yang menelan perbelanjaan sebanyak RM500, 000.00. Kejayaan ini adalah atas kerjasama dan uasha gigih LPS, PIBG serta sumbangan orang ramai. Pembangunan sekolah terus dimajukan lagi dengan pembelian 22 buah komputer pada tahun 1998. Pada tahun 1999 sekolah ini telah mengadakan kelas komputer untuk semua murid dan mempunyai laman web.

 

Atas kerjasama yang padu di antara LPS, PIBG, Yang Berhormat Dato Seah Kwi Tong, Guru Besar, guru-guru, kakitangan sekolah serta penduduk setempat sekolah ini akan terus maju dari pelbagai aspek.

 


[home] [aluan] [sejarah] [organisasi] [guru] [aktiviti] [motto] [lencana]

[bukan guru] [lagu] [profil sekolah]