Kembali |
|
|||
|
|
A ssalamu`alykum warahmatullah wabarakatuh. Salam perkenalan dari webmaster Kembali BERSAMA ISLAM . Laman ini memuatkan rencana, ulasan peristiwa semasa, karya sastera dan puisi yang berunsur Islam. Kenapa dinamakan Kembali BERSAMA ISLAM ? Analisa terhadap realiti sejarah dan kesinambungan umat telah mengenalpasti beberapa ciri berikut:
Majoriti muslim bersikap
acuh tak acuh atau tidak
Majoriti muslim
dilanda sindrom lemah iman dan Sejarah menyaksikan umat Islam diganyang dan di- kalahkan oleh musuh-musuh Islam ketika mereka asyik dibuai sindrom 'cintakan dunia - takutkan mati'.
Musuh-musuh Islam
bukan sahaja menakluki tanahair
Penjajah Barat (Kristian)
menggantikan syari'at Islam di negara yang ditakluki dengan
perundangan rekaan Barat berjaya menyahkan rasa mulia dengan keagungan dan keluhuran `aqidah,`ibadah, akhlak, ukhwah dan jihad dari hati, jiwa dan pemikiran majoriti kaum muslimin.
Yahudi dan Kristian
berkonspirasi meruntuhkan daulah
Penjajahan ketenteraan
disertai dengan penjajahan Kehinaan dan 'inferiority complex' menyelubungi perasaan dan pemikiran umat sehingga mereka menyangka mereka perlu mencontohi dan mengambil apa saja dari Barat untuk keluar dari kehinaan ini dan dihormati. Islam difahami menurut tafsiran Barat yang mengurung agama di satu sudut yang tidak ada lagi kaitan dengan urusan negara, pemerintahan, ekonomi dan pertahanan. Implikasi-implikasi negatif ini berterusan dalam pemikiran, perasaan dan keyakinan umat walau pun tanah air mereka telah lama dimerdekakan. Penjajah telah keluar dari bumi mereka tapi pemikiran yang terbelenggu dan terjajah belum keluar dari 'aqal dan hati mereka. Benarlah sabda Rasulullah bahawa Islam akan kembali dagang (ghurbah) sepertimana keadaannya di zaman awal dakwah baginda. Berdasarkan fakta dan fenomena ini, Islam dalam pengertiannya yang sempurna (syumul) dan asli yang bersumberkan AlQuran dan Sunnah perlu diperkenalkan semula khususnya kepada umat Islam dan seluruh umat manusia umumnya. Marilah kita kembali memahami, mengimani dan menghayati Islam yang asli berdasarkan AlQuran dan Sunnah Rasulillah s.a.w. Atas kesedaran ini kami bangunkan laman ini dan kami namakan Kembali BERSAMA ISLAM. |
FastCounter by bCentral |
|