ARTIKEL LAMA

TIP PENTING PILIHANRAYA
.
MANIFESTO BA
.
BELANJAWAN BA

Hebat ...syukur kehadrat Allah S.W.T . Lebih daripada 1000 orang penyokong Barisan Alternatif berarak dari Masjid Besar Jerantut ke Pejabat Daerah. Sesuatu yang diluar dugaaan ialah kehadiran MUSLIMAT yang begitu ramai........

UNDILAH CALON PAS DAN BARISAN ALTERNATIF:

Semua penduduk daerah Jerantut kali ini berjanji untuk mengundi PAS dan memastikan setiap calon PAS dan BA akan menang pada pilihanraya ke 10 pada 29/11/99 . PAS akan mencalonkan calon yang berkaliber dan amat layak untuk mewakili rakyat di Jerantut . Calon kali ini adalah kombinasi para ulamak dan professional yang sudah tentu akan berusaha memajukan dan menjamin kesejahteraan dan kemakmuran daerah Jerantut , Pahang dan Malaysia.Oleh itu marilah kita sama-sama keluar mengundi calon PAS pada kali ini.


"Wakil rakyat hanya pandai buat janji kosong"
- Umno gagal bela penduduk Hulu Tembeling

 JERANTUT: Penduduk di kawasan pedalaman Hulu Tembeling terus terbiar dan tidak mendapat perhatian Umno bahagian Jerantut sejak beberapa lama.

Masalah paling serius membabitkan tanah yang mereka terokai sejak puluhan tahun tetapi masih belum diberi geran tetap.

Setiap kali masalah ini diajukan kepada wakil rakyat Umno , pelbagai alasan yang tidak logik diberikan sehingga menyebabkan penduduk semakin muak dan kini bertekad 'mengajar' wakil berkenaan dalam pilihan raya tidak lama lagi.

Selain masalah geran tanah, Umno juga gagal membela nasib penduduk yang miskin mendapat bantuan PPRT tetapi apabila menjelang pilihan raya, Umno mendesak penduduk di situ mengundi parti tersebut dengan ' janji-janji kosong pembangunan.'

Seorang penduduk, Abdul-lah Salleh, 43, dari Kampung Pagi memberitahu permohonan untuk mendapat geran bagi tanah individu dan berkelompok sudah banyak kali dibuat oleh penduduk tetapi tidak berhasil.

"Sejak 1989 lagi kami buat permohonan tanah yang diteroka 20 tahun lalu tetapi sehingga kini tidak mendapat layanan kerajaan," katanya juga bekas Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung tetapi telah meletakkan jawatan kerana memprotes kegagalan pihak berkuasa menyelesaikan masalah mereka.

Mengenai bantuan PPRT, beliau berkata, sepatutnya semua penduduk kampung di Ulu Tembeling layak mendapat bantuan PPRT tetapi mereka tidak memperolehinya." Kalaupun dapat hanya seorang dua, mana keadilan," soalnya dan turut berjanji untuk mengundi parti Alternatif dalam pilihan raya umum.
 Rakannya Ahmad Nipah, turut mengakui terdapat tanah penduduk yang diteroka sejak puluhan tahun tidak diberi geran walaupun permohonan sudah lama dibuat.

Para penduduk mengemukakan pelbagai aduan sempena PAS Kawasan Jerantut ke Hulu Tembeling baru-baru ini. Lawatan itu meliputi Kampung Pagi dan Kampung Bantal selama masa dua hari melalui laluan sungai yang berjeram.Pesuruhjaya PAS Johor , Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok, Ahli Jawatankuasa Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Abdul Wahab Haji Ismail, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Ishak, Yang Dipertua PAS Jerantut, Abdul Malek Yusof menyertai rombongan.

Lawatan pertama ke Kampung Pagi dengan aktiviti kuliah maghrib di sampaikan oleh Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok, diikuti majlis ceramah oleh Yang Dipertua PAS Jerantut, Abdul Malek Yusof dan bekas pimpinan Umno, Cikgu Khalil Haji
Ismail serta Ustaz Ramlan Sajudi.

Program dialog mendapat sambutan hebat dari penduduk di kedua-dua kampung di pedalaman Hulu Tembeling itu.
 



Manifesto Barisan Alternatif :

13 Oktober : Manifesto pakatan parti pembangkan yang disertai PAS, Keadilan, DAP dan PRM bagi pilihan raya umum akan datang kini hampir siap bagi dilancarkan di Kuala Lumpur "dalam sehari dua ini," kata Setiausaha Agung PAS Nasaruddin Mohamed Isa.

Beliau berkata parti-parti dalam "pakatan altenatif" itu telah mempersetujui manifesto 35 muka surat yang telah dirangka bersama itu.

Manifesto yang disifatkan sebagai mesra rakyat itu akan diterbitkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu (rumi dan jawi) Tamil, China, Inggeris, katanya .

"Manifesto itu menyentuh bidang-bidang seperti pendidikan, ekonomi, sosial, kehakiman, badan pencegah rasuah, masyarakat tani, struktur pentadbiran," kata Nasaruddin.

Mengenai pendidikan beliau berkata pakatan itu bercadang mengubah bentuk pinjaman pendidikan sekarang kepada biasiswa untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti berasaskan kepada siapa yang layak tanpa mengira bangsa dan agama.

Katanya pengkorporatan universiti juga dicadang supaya dikaji semula kerana sistem itu banyak memberi masalah kepada pelajar terutama yuran pengajian yang terlalu tinggi.

Menurutnya melalui manifesto itu pakatan alternatif juga bercadang meletakkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di bawah tanggungjawab parlimen supaya lebih telus.

Nasaruddin berkata bagi kakitangan perkhidmatan awam manifesto itu menjanjikan bahawa kakitangan wanita akan diberi cuti bersalin yang lebih panjang daripada 60 hari sekarang kepada 90 hari.



'Memang bangang kalau masih
sokong Umno' - Abdul Kudus

JERANTUT: Rakyat diingatkan berhati-hati terhadap strategi Umno yang mengedarkan pita video lucah kononnya dilakonkan bekas Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pendedahan ini dibuat oleh bekas pegawai polis cawangan khas, Bukit Aman, Haji Abdul Kudus Haji Omar sewaktu berceramah di hadapan hampir empat ribu pendengar, di Felda Jengka 10, Jumaat lalu.

Menurut Abdul Kudus, beliau mendapat maklumat itu daripada orang Umno sewaktu berceramah di Koyan Satu, baru-baru ini.
"Saya mendapat surat yang diberikan orang Umno untuk dibaca menyatakan sekarang ini Umno mengedarkan satu video adegan lucah yang kononnya dilakonkan Anwar Ibrahim," kata Haji Abdul Kudus.

Tambahnya, video lucah yang diedarkan itu sebenarnya fitnah untuk memburukkan Anwar Ibrahim sekaligus membuktikan Umno sebuah parti yang tidak berakhlak sama sekali.

"Andai kata video ini adalah video yang benar dilakon oleh Anwar Ibrahim ia boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah. Tapi mereka tahu andai kata mereka buat begitu, kita akan panggil pakar fotografi untuk mengesahkan video
 itu asli atau palsu.

"Inilah dia dasar dan cara kerajaan BN tapi yang hairannya mereka melaung-laungkan soal akhlak, soal moral.

"Sepatutnya video-video lucah itu kita bakar, tutup jangan buka, tapi kini depa (Umno) jadi pengedar filem lucah, parti macam inikah kita nak sokong, sahlah yang masih nak sokong Umno itu bangang," katanya amat kesal.

Abdul Kudus meminta sesiapa yang tahu mengenai video itu agar tidak melihatnya atau segera membakarkannya kerana dibimbangi akan ditonton oleh anak-anak. "Kalau kita tahu siapa yang simpan video ini segera buat laporan polis kerana adalah salah menyimpan video lucah di bawah akta cetak dan
penyiaran," katanya.

Terdahulu beliau menafikan tohmahan Umno dan BN kononnya pergaduhan kaum akan berlaku jika pembangkang menang.

 "Adalah tidak munasabah akan berlaku kacau bilau kerana majoriti rakyat sudah menolak Umno dan BN," ujarnya.



 

 Pengurus rancangan Felda sekat
 ceramah PAS

KUALA LIPIS: Ahli PAS, Abdul Rahman Ahmad dari Felda kechau Satu yang membenarkan rumahnya diguna untuk kegiatan PAS telah menerima surat amaran daripada pengurus tanah rancangan itu baru-baru ini.

Dalam suratnya, pengurus Felda berkenaan, mengingatkan, untuk mengadakan sebarang ceramah politik hendaklah membuat permohonan kepada pengurus rancangan seminggu sebelum program diadakan dan satu salinan permit hendaklah dihantar kepada pengurus sebelum ceramah diadakan.

Selain itu, nama penceramah juga hendaklah diserahkan kepada pengurus rancangan manakala soal keselamatan hendaklah diurus sendiri oleh penganjur.

Pengurus tersebut juga memberi amaran, tidak teragak-ragak mengambil tindakan tatatertib jika kandungan ceramah menimbulkan isu sensitif atau menyeleweng.

Mengulas perkara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Lipis, Ustaz Kassim Yahaya berkata, tindakan pengurus Felda tersebut adalah satu sekatan terhadap kebebasan parti politik berdaftar.

Katanya, Umno yang merasa kedudukannya tergugat cuba menyekat penyebaran maklumat kepada masyarakat peneroka dengan cuba mengawal ceramah parti-parti alternatif.

"Mereka bimbang peneroka akan mengubah sokongan kepada PAS, dan parti-parti alternatif lain apabila mereka tahu penindasan yang dilakukan kerajaan BN kepada peneroka," katanya.

Menurut Ustaz Kassim, berdasarkan surat pengurusan Felda Kechau Satu itu, terdapat fasa mengatakan permohonan mengadakan ceramah hendaklah dimajukan kepada pengurusan rancangan.

Katanya, fasa tersebut seolah-olah menunjukkan pengurus Felda mempunyai kuasa setaraf dengan polis.

Tambahnya, beliau mengesyaki ada tangan Umno di belakang peraturan itu memandangkan kebanyakan pengurus Felda adalah ahli Umno dan kewujudan peraturan itu untuk menyekat PAS bergiat aktif di Felda.

Katanya, demokrasi di negara ini hanyalah untuk kepentingan BN, mereka boleh lakukan apa sahaja termasuk menggunakan bangunan awam, media, dan sebagainya manakala parti pembangkang disekat.


Laporan Ketua Audit Negara
Balak: Pahang rugi RM23 juta

JERANTUT: Kerajaan Pahang pimpinan Barisan Nasional (BN) diminta memberi penjelasan laporan Ketua Audit Negara tentang kerugian RM23.45 juta akibat penebangan balak secara haram berjumlah 382.100 meter padu di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Abdul Malik Yusof berkata mengikut laporan Ketua Audit Negara, sepanjang tahun 1996-1997 kerajaan Pahang meluluskan tebangan balak berjumlah 217.100 meter padu sedangkan jumlah sebenar tebangan balak berjumlah 599.200 meter padu.

Katanya, bagaimana kerajaan BN yang dikatakan begitu cekap boleh berlaku lebihan penebangan balak secara haram melebihi kouta yang diluluskan.

"Kita minta kerajaan Pahang yang kononnya telus, dan bersih memberi penjelasan kerana sehingga ke tarikh ini rakyat tidak mendapat maklumat sebenar, adakah duit ini telah dikutip daripada penebang-penebang balak.

"Kita minta pihak BN Pahang menggadakan pertemuan secara terbuka dengan kita (PAS) bagi menjelaskan apa yang sebenar berlaku," katanya semasa berceramah di Markas PAS Jerantut sempena pelancaran buku Maha Maha karya, Sasterawan Negara, Dato' Sahnon Ahmad, Jumaat lalu.



 
 NEGARA ISLAM ATAU TIDAK APA MAHATHIR PEDULI!

Kebangangan, kebengongan dan kejahilan Mahathir semakin terserlah dari hari ke sehari. Semakin banyak Mahathir bercakap, semakin meluat dan benci rakyat dengan kerenah ucapan beliau yang melalut tak tentu pasal, mengulangi pembohongan, dakwaan, fitnah lama lagi lapuk  yang sudah pun berbulan dijawab oleh pimpinan Barisan Alternatif di dalam ceramah-ceramah mahu pun media cetak, HARAKAH, dan seumpamanya.

Rakyat yang pernah menghadiri ceramah pemimpin BA, atau pernah membaca jawapan balas kepada setiap tuduhan Mahathir sudah tentu akan merasa muak mendengar serangan dan tuduhan yang sama diulang dan diulang seolah-olah menampakkan kepada rakyat betapa Mahathir ini tidak mengikut perkembangan semasa, Mahathir bersikap memekakkan telinga dari mendengar jawapan-jawapan pihak lain. Tanggapan itulah menyebabkan ramai di kalangan rakyat  melihat Mahathir sudah kehabisan modal politik lalu mengangkat punggung meninggalkan majlis beliau seperti di Bukit Jalil baru-baru ini. Yang diulang bukan sekali dua kali, tetapi berpuluh kali adalah benda-benda yang sama, memualkan.

Yang terbaru ialah pasal negara Islam. Pertamanya, ia bukan sama sekali masalah Mahathir atau UMNO kerana samada ianya disebut atau tidak secara khusus dalam manifesto Barisan Alternatif atau tidak, ianya tidak ada kena mengena dengan Mahathir atau UMNO. Yang rakyat sepatutnya lebih tahu dan sedar  ialah pendirian beliau dan UMNO yang sekeras-kerasnya menentang daripada tertegaknya sebuah negara Islam yang disepakati oleh para alim-ulama' merupakan suatu kewajipan. Para ulama' telah memutuskan bahawa mereka yang menentang penubuhan negara Islam, menentang perlaksaan hukum syariat Islam boleh keluar dari aqidah Islam;

Keduanya, andainya isu penubuhan negara Islam disebut dalam manifesto, ianya sudah pasti akan menjadi modal besar Mahathir yang sudah sekian lama mendakwa bahawa ianya tidak sesuai dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini, tetapi apabila ianya tidak disebut pula, Mahathir menimbulkan keraguan samada PAS benar-benar tidak mahu menubuhkan negara Islam memandangkan dalam Perlembagaan PAS menyebut  negara Islam merupakan antara matlamat yang ingin dicapai oleh PAS. Mahathir tidak perlu berlagak seperti penasihat kepada PAS sehingga berani menyuruh PAS menggugurkan negara Islam dari perlembagaannya, itu bukan urusan Mahathir. Mahathir sewajarnya menjaga UMNO baru beliau yang sudah hampir  berkubur itu, dan janganlah menyibuk hendak menjaga tepi kain orang pulak!. Motif  Mahathir perbesarkan isu negara Islam ialah tiada lain dan tiada bukan untuk menakutkan masyarakat bukan Islam agar mereka curigai PAS. Itu sebenarnya motif utama Mahathir. Tetapi apabila menyedari ianya tidak disebut secara khusus dalam manifesto BA, Mahathir menggelabah dan hilang pedoman.

Di peringkat ini, kita menyeru kepada sekalian penyokong PAS dan juga pemimpin PAS  untuk tidak membesar-besarkan isu 'negara Islam' yang merupakan antara faktor penghalang besar sekian lama untuk kita bekerjasama dengan parti bukan Islam yang lain seperti DAP dan lain-lain. Jadikan  matlamat kita pada saat dan ketika ini ialah berpakat, berpadu sekuat dan seramai mungkin untuk menumbangkan Barisan Nasional yang merupakan 'pokok besar berhantu'  yang begitu sukar untuk ditumbangkan sebelum ini.

Selepas kita berjaya menumbangkan BN itu kelak dan jika pun kita masih tidak boleh menegakkan negara Islam yang sempurna seperti yang dikehendaki kerana halangan disebabkan pakatan kita dengan parti-parti bukan Islam, maka kita sewajarnya bersedia dan berpuas hati untuk memerintah Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang didasari dan ditunjangi dengan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai Timur serta bebas dari segala amalan rasuah, kronisme dan nepotisme. Kebebasan kepada sistem kehakiman dan pendakwaan, BPR dan polis dan seumpamanya yang diletakkan di tempat yang sewajarnya tanpa ada campur tangan mana-mana ahli politik. Ini pun sudah merupakan sebuah kerajaan yang 1000 kali ganda lebih baik dari kerajaan zalim rejim diktator Mahathir hari ini.

Penubuhan Negara Islam merupakan suatu yang ideal yang boleh dicapai dan itulah yang terbaik kita tidak nafikan, namun jika terlalu banyak halangan maka kita sepatutnya berpuas hati buat seketika andainya kita boleh menggulingkan kerajaan BN zalim yang memerintah hari ini dan menggantikan dengan sebuah kerajaan  BA yang adil dan bersih, walaupun masih terpaksa berfungsi dalam sistem sekular buat sementara waktu. Sekurang-kurangnya, masa akan lebih memberi peluang kepada orang bukan Islam mengenali erti sebenar sebuah negara Islam.

Sebagai contoh negeri Kelantan walaupun bukan sebuah negara Islam dari segi syariat dan perundangannya, tetapi nilai-nilai dan amalan Islam yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan Tuan Guru  jelas kelihatan menampakkan betapa sistem hidup Islam itu cantik dan tidak menggerunkan seperti mana yang cuba ditakut-takutkan oleh UMNO sejak berkurun.!

Yang penting di saat dan ketika ini ialah kita sama-sama tumbangkan BN dan ketepikan perkara-perkara yang boleh menjejaskan pakatan yang sedang terjalin. Jika BN tidak ditumbangkan,  usahkan menubuhkan sebuah  negara Islam, bermimpi negara Islam  pun jangan diharap!.