Pendahuluan Terdapat
dua ekstrem; Satu. Pandangan mengenai halal dan
haram dipengaruhi tamaddun barat. Mengambil
prinsip dan tradisi barat dan disuaikan dengan
cara islam. Yang sesuai diambil tetapi yang tidah
sesuai diketepikan dengan memberi bermacam-macam
alasan. Contoh amalan riba.
Dan
seaindainya Tuhan mengikut nafsu mereka, nescaya
langit dan bumi serta sekian makhluk yang ada
didalamnya akan rosak. (Al Mukminun: 71)
Dua.
Permikiran yang terlalu statik dan beku. Tidak
mahu mengubah pendapat. Tidak mahu menerima atau
menimbang pandangan (mazhab) yang lain. Terlalu
mudah menyatakan 'Haram'. Contoh bab musik.
Konsep
1.
Asal sesuatu dibolehkan
Dan
Dialah yang memudahkan buat kamu apa yang ada di
langit dan di bumi, yang semuanya daripadaNya.
(Al Jatsiah: 13)
Allah
mencipta semua untuk manusia dan dipermudahkan
kepada manusia untuk dinikmati.
Pernah
rasulullah ditanya mengenai minyak sapi, keju dan
keledai air. Jawab Baginda: Yang halal
itu ialah sesuatu yang dihalalkan Allah didalam
Kitabnya, dan yang haram itu pula ialah sesuatu
yang diharamkan Allah dalam kitabNya. Dan
mana-mana yang didiamkanNya saja, maka itu
termasuk apa yang dimaafkan buatmu.
Rasulullah
sengaja menyerahkan perkara kecil ini kepada
mereka. Oleh itu pada asasnya manusia bebas
bermuamalah dan memakan apa selama tidak ada
hukum mengharamkannya.
2.
Halal dan Haram Hak Allah
Hanya
Allah yang boleh menentukan halal dan haram
melalui kitab dan rasulNya. Tugas para ulamak
hanyalah untuk menyampaikan hukum Allah. Berbeza
dengan kaum Nasrani;
Mereka
telah menjadikan orang-orang alimnya, dan
rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah,
dan begitu pula dengan Al Masih (Isa) bin Maryam
(telah dituhankan pula), padahal mereka tiada
diperintahkan kecuali hanya menyembah Tuhan yang
Esa, tiada Tuhan melainkan Dia, Maha suci Dia
dari apa-apa yang mereka sekutukan. (At Taubah:
31)
Kemudian
didengar Adiy bin Hatim lalu berkata; Hai
Rasulullah! Sesungguhnya mereka itu tiada
menyembah para alim dan rahib! Jawab
Baginda s.a.w. ;Bahkan kerana sesungguhnya mereka
(para alim dan rahib) telah mengharamkan ke atas
para pengikut mereka yang halal, dan menghalalkan
buat mereka yang haram, lalu mereka mengikutinya.
Yang demikian itulah penyembahan mereka
terhadapnya. (Tarmidzi)
Mengharamkan
yang halal dan menghalalkan yang haram boleh
membawa kepada syirik.
Hai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengharamkan yang baik-baik dari apa yang telah
dihalalkan Allah, dan janganlah kamu melewati
batas, sesungguhnya Allah tiada menyukai
orang-orang yang melanggar batas. (Al Maidah: 87)
Jangan
berhelah untuk menghalalkan yang haram.
Kisah
kaum yahudi dimana mereka cuba membuat helah.
Telah diharamkan mereka untuk menangkap ikan pada
hari sabtu. Mereka berhelah dengan membuat pukat
pada hari jumaat dan mengambil hasilnya pada hari
sabtu, yang demikian itu akan tertangkaplah
ikan-ikan pada hari sabtu.
3.
Yang membawa kepada haram adalah haram
Contohnya
zina, oleh itu segala hal yang boleh membawa
kepada zina adalah haram. Contoh lain arak,
rasulullah s.a.w. melaknati peminumnya,
pemerasnya, pembawanya, orang yang dibawakan
kepadanya, dan orang yang memakan harganya.
4.
Yang tenyata membawa kepada kemudaratan dilarang.
Dan
belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan
janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam
kebinasaan, dan berbuat baiklah kerana
sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
berbuat baik. (Al Baqarah:195)
5.
Haram kerana ada kemudharatan
Memahami
bahawa islam mengharamkan sesuatu kerana adanya
kemudharatan, samada kemudharatan itu secara
nyata atau tersembunyi, langsung atau tidak
langsung. Namun sebagai mukmin, harus berpegang
kepada: kami dengar dan kami taat (Al Baqarah:
285). Iaitu tidak terlalu mempersoalkan sesuatu
hukum bila ada nas yang nyata. Jika dilihat pada
pengharaman babi, hanya pada zaman moden ini
sahaja kemudharatannya dapat dibuktikan dengan
sains.
Dan
Allah lebih Mengetahui mana yang buruk daripada
yang baik. Dan kalau Allah menghendaki, nescaya
Dia akan memberatkan kamu, sesungguhnya Allah itu
Maha Gagah Maha Bijaksana. (Al Baqarah: 220)
6.
Haram sesuatu, halal pada yang lain
Islam
menggantikan sesuatu yang lain ke atas sesuatu
yang haramkan. Contohnya mengharamkan riba dan
menganti jual beli, mengharamkan arak dan
menganti minuman yang baik-baik, mengharamkan
zina dan menghalalkan kahwin. Ini menunjukkan
islam tidak melangar fitrah kejadian manusia.
Nafsu yang diberi pada manusia ada cara
memuaskannya. Bukan seperti kaum nasrani yang
melarang paderi berkahwin. Bukankah ia melanggar
fitrah kejadian manusia.
7.
Niat suci tidak menhalalkan yang haram
Sesungguhnya
Allah itu Baik, dan tidak akan menerima kecuali
yang baik sahaja. (Muslim dan Tarmidzi)
8.
Meninggalkan yang tidak jelas.
Sabda
Rasulullah s.a.w. :Yang halal itu sudah jelas,
dan yang haram itu pun sudah jelas. Dan diantara
keduanya itu ada beberapa perkara yang masih
samar-samar. Tidak ramai mengetahuinya adakah ia
halal atau pun haram. Maka barang siapa yang
meninggalkan yang samar itu kerana hendak
membersihkan agamanya dan kehormatannya, maka
selamatlah dia. Dan barang siapa yang mengerjakan
sesuatu dari yang samar-samar itu, maka akan
hampirlah ia jatuh ke dalam yang haram. (Bukhari
dan Muslim)
9.
Boleh ketika darurat
Islam
membolehkan sesuatu yang terlarang apabila
didalam keadaan darurat, dengan syarat tidak
berlebihan dan sekadar yang mencukupi.
Barang
siapa dalam keadaan terpaksa, bukan dengan
sengaja, dan tidak melewati batas, maka tiadalah
dia berdosa kerana sesungguhnya Allah itu Maha
Pengampun lagi Maha Penyanyang. (Al Baqarah: 173)
Allah
menghendaki untuk meringankan kamu, dan manusia
itu diciptakan lemah. (An Nisa: 28)
|