Pertubuhan Seni Silat Gayong Warisan Serantau Malaysia |
Dalam Pembinaan
|
Adat Istiadat Silat Seni GayongAdat Istiadat Penerimaan Sebagai Murid Gayong Silat
Seni Gayong adalah bersendikan adat. Jadi setiap orang yang menjadi ahli harus
pula menjalani upacara mandi perlimau adat sebagai memenuhi syarat penerimaan
sebagai murid Gayong. Di samping itu setiap bakal murid yang akan menjalani
upacara mandi adat ini perlu menyediakan pengkeras yang berupa wang tunai.
Walaupun pengkeras ini adalah hak Mahaguru/warisnya sebagai satu ikrar
halal-menghalal di antara Mahaguru dangan muridnya, namun ia tidak diberatkan
kepada mereka yang tidak mampu. Adat-istiadat
yang perlu ditempuhi oleh setiap pelatih ialah Perlimau Tapak bagi pelatih
lelaki dan Perlimau Seni bagi pelatih wanita. Pengkeras yang dikenakan adalah
seperti berikut:
·
RM11.50
·
RM11.50 (wanita)
·
RM21.00 (lelaki) Peralatan Mandi Tapak
Dalam
upacara ini, murid dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan besar. Peralatan Mandi Perlimau
Sintuk Seni
Bagi
wanita, peralatannya adalah sama dari angka 1-9. Sebagai tambahan untuk wanita:
Peringkat
Perlimau
Seni merupakan peringkat penuntutan ilmu ke
peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelatih akan memperoleh perbezaan dalam
penuntutan ilmu (dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setinggi mana
yang mampu, termasuklah bermain apa jua senjata dan ilmu kebatinan - tertakluk
kepada syarat-syarat tertentu), kedudukan, dan mulai memegang tanggungjawab. Pada peringkat Perlimau Tapak, pelatih hanya dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setakat pelajaran Tapak Gayong sahaja. Khatam/Tamat
Pelajaran Permainan Seni Keris Upacara perkhataman seni keris diadakan di laut (di tepi pantai). Perkhataman di laut merupakan salah satu adat-istiadat Seni Gayong dan juga merupakan cubaan atau dugaan terakhir kepada murid-murid Gayong setelah mereka tamat latihan menggunakan senjata tikam seperti keris. Keris mempunyai keistimewaan dalam sejarah Melayu kerana ia lambang kekuatan dan kependekaran pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam, misalnya Hang Tuah lima bersaudara. Permainan keris mempunyai rahsia dan nilai seni yang halus lagi tersendiri serta tidak sama dengan senjata-senjata lain. Bahan-bahan
yang diperlukan untuk upacara Khatam Keris:
Perkhataman
Lembing di Air Terjun Perkhataman di air terjun juga merupakan satu lagi adat-istiadat Seni Gayong khususnya diadakan bagi murid-murid yang telah tamat mempelajari pelajaran Seni Lembing. Seperti permainan keris, permainan lembing juga mempunyai rahsia dan nilai seni yang berbeza daripada senjata-senjata lain. Permainan lembing dikaitkan dengan Megat Terawis, seorang pendekar negeri Perak kerana kepakarannya bermain lembing. Mandi
Minyak Mandi minyak adalah upacara tahunan Silat Seni Gayong ataupun upacara khas yang pelaksanaannya tertakluk kepada keizinan Mahaguru/Pemegang Amanah Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau. Upacara mandi minyak ini mesti diadakan di hadapan Mahaguru sendiri atau wakil mutlaknya. Adat
Menghadap Bertapak Menghadap
bertapak dilakukan semasa: 1.
Penerimaan penabalan 2.
Memohon izin bergelanggang 3. Memberi hormat kepada majlis Caranya: (a)
Mengikut darjat bermaksud di antara:
1.
yang memberi hormat
2.
yang dihormatkan (b)
Duduk berlutut pada ahli silat: Peringkat
Tapak
Pada akhir angka 3 atau 7 langkah maju, duduk
berlutut mestilah dalam keadaan lutut kanan dipacakkan dan lutut kiri ditanamkan
ke bumi. Begitu juga pada langkah akhir apabila mengundur. Peringkat
Seni
Pada akhir angka 3 atau 7 langkah maju, duduk
berlutut dalam keadaan kedua-dua lutut ditanamkan ke bumi dan begitu juga pada
langkah akhir apabila mengundur. |
Sila hantar e-mel kepada webmaster
jika ada kemusykilan atau komen.
|