Pertubuhan Seni Silat Gayong Warisan Serantau Malaysia |
Dalam Pembinaan
|
Pelajaran Silat Seni GayongBerdasarkan
kepada nama silat ini, iaitu Silat Seni Gayong, maka sistem pelajarannya adalah
berasaskan kepada nama ini. Secara amnya, seseorang pesilat akan diajar
pergerakan tangan dan kaki secara sistematik. Peringkat ini digolongkan sebagai
pelajaran bersilat. Manakala peringkat kedua ialah bahagian seni. Peringkat seni
ini ialah peringkat pengenalan kehalusan dan ketepatan pergerakan bagi tujuan
membuat serang balas yang berkesan ke atas sasaran yang boleh melemahkan lawan. Latihan
Silat Seni Gayong biasanya dijalankan di tempat yang tidak berbumbung - hanya
dipagari dinding yang tinggi untuk menghalang sesiapa yang tidak berkenaan
daripada memasuki gelanggang. Biasanya pesilat dalam sesuatu gelanggang boleh
mencapai ke angka 50 orang atau lebih. Latihan Silat Seni Gayong dimulakan
dengan upacara
Membuka Gelanggang, iaitu dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti
dengan memanjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T. meminta agar dijauhkan segala mara
bahaya semasa latihan sedang dijalankan. Selepas melakukan aktiviti pemanasan
badan dan senaman
gerakan asas(jurus), pesilat akan berpasangan untuk berlatih suatu siri
pergerakan atau gerakan yang direka untuk menghindarkan serangan mengejut dan
menyekat lawan daripada terus bertindak agresif(asas elakan/elak pukul).
Biasanya terdapat beberapa orang pembantu jurulatih yang hadir untuk mengawal
pasangan yang bergelut dan membetulkan mana-mana gerakan yang silap, jika perlu,
tangkapan yang berbahaya serta gerakan serang balas yang dilakukan tanpa
disedari. Ahli-ahli
baru melakukan latihan kekuatan fizikal selama sebulan untuk melonggarkan
otot-otot dan tendon. Kemudian mereka berlatih untuk memperbaiki teknik menumbuk
dan teknik asas menendang dan menangkis. Pergerakan menyerang hanya diajar dari
peringkat bengkung Pelangi Hijau.Pemegang bengkung Pelangi Hijau juga diajar
cara-cara mengunci pergerakan lawan, melepaskan tangkapan, jatuhan dan gulingan.
Pesilat juga didedahkan kepada kawasan-kawasan berbahaya pada tubuh. Kesemua
gerakan yang dipelajari adalah bertujuan untuk membentuk kemahiran membuat
serang balas. Walaupun pesilat dimahirkan dengan teknik menyerang menggunakan
tangan dan kaki, tetapi ia hanyalah untuk membiasakan rakan sepelatih untuk
bertindak balas ke atas serangan yang berasaskan kepada teknik tersebut.
Serangan yang dibuat tanpa menggunakan kaedah yang betul amat mudah untuk
dipatahkan, sebaliknya serangan yang terkawal dari segi sasaran, imbangan badan,
dan penumpuan tenaga perlulah dipatahkan dengan kemas dan tepat. Maka untuk
membuat serang balas yang berkesan, seseorang pesilat haruslah dimahirkan dengan
serangan-serangan yang betul kaedahnya. Kemahiran
yang perlu diperoleh oleh pesilat dalam latihan silatnya ialah:
Latihan
Silat Seni Gayong diakhiri dengan upacara Menutup Gelanggang, dan pesilat
dikehendaki membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagaimana pada upacara Membuka
Gelanggang. Kebanyakan
mata pelajaran yang diperturunkan oleh Mahaguru Dato' Meor Abd.Rahman adalah
berupa tangkapan kunci mati. Tangkapan kunci mati ini boleh dikategorikan
seperti berikut: melalui tangan kosong, serangan bersenjata ataupun gerak
daripada kaki yang diserang oleh pihak musuh. Silat
Seni Gayong mempunyai 349 "seni", yang berupa seni tangkapan kunci
mati(tangan kosong/bersenjata), serangan maut, buah pukulan, dan ulasan serangan
balas(tapak hidup).Ini bermakna walau bagaimana sekali pun keadaan serangan
pihak lawan, pesilat Seni Gayong masih mampu bertindak untuk menyelamatkan diri
di samping dapat mematahkan serangan lawan. Pelajaran
dalam Silat Seni Gayong pada asalnya mempunyai tujuh buah tangkapan sahaja untuk
setiap peringkat. Dari tujuh buah tangkapan ini kemudian dipecah-pecahkan
sehingga menjadi 49 pecahan untuk setiap peringkat, baik dari peringkat
tangkapan tangan kosong hinggalah ke peringkat Seni Gayong(permainan yang
menggunakan senjata tradisi Melayu). Secara
umumnya, pelajaran di dalam Silat Seni Gayong dibahagikan kepada tujuh
peringkat, iaitu:
Tapak Gayong
1.
Tapak
Gayong terdiri daripada segala pelajaran asas gerak tangan dan kaki,
termasuk juga latihan senaman anak harimau dan tangkapan kunci mati(21 buah
tapak kunci mati). 2.
Seni Tapak Gayong merupakan lanjutan daripada pelajaran Tapak Gayong.
Pada peringkat ini pesilat diajar menghalusi lagi pelajaran bahagian Tapak
supaya pesilat berkemampuan untuk membuat serang balas yang berkesan. Pelajaran
pada peringkat ini termasuklah buah tapak kunci hidup(teknik membuka kuncian -
49 buah) di samping berkemampuan untuk mengunci semula lawan.Juga pelajaran
Pecahan Buah Tapak sebanyak (7x21) buah dan Serangan Maut/Buah Pukulan(21 buah).
3.
Seni Keris merupakan pelajaran menggunakan senjata tikam seperti keris
dan pisau.Mengandungi pelajaran Seni Keris(Keris Satu dan Keris Dua - 49
tikaman), Seni Pisau(Serangan Maut dan Pentas - Pisau Satu dan Pisau Dua) 4.
Seni Simbat merupakan pelajaran menggunakan senjata belantan dan
merupakan asas kepada permainan parang panjang, kapak, tekpi, pedang, sundang
lipas, dan lembing.Mengandungi pelajaran Seni Simbat/Tongkat(kunci dan
permainan), Seni Simbat Suk/Cota(kunci dan permainan), Seni Tongkat
Panjang/Tembung(kunci dan permainan), Seni Parang Panjang(kunci dan permainan -
Parang Satu dan Parang Dua), permainan Parang Panjang dan Perisai, permainan
Parang Panjang - Rantai, permainan Pisau-Simbat, Seni Tombak/Lembing(kunci dan
permainan), Seni Anak Tombak(kunci dan permainan), Seni Parang-Tekpi, Seni
Tombak-Tekpi. 5.
Seni Yoi merupakan pelajaran tangan kosong yang dipenuhi dengan buah
pukulan bagi menentang serangan ramai(21 buah pukulan). 6.
Seni Belian merupakan permainan tapak harimau yang dihiasi dengan amalan
kebatinan.Juga dikenali sebagai Serangan Bapak Harimau. 7.
Seni Cindai merupakan pelajaran yang menggunakan kain sarung dan
merupakan pelajaran tertua dalam Silat Seni Gayong. Seni Cindai terbahagi kepada
dua jenis permainan iaitu Cindai Jantan dan Cindai Betina.Tujuh pecahan yang
terdapat dalam permainan cindai ialah: Sauk-sauk(21 buah), Tebar(21 buah),
Serkap(21 buah), Kain Tudung(21 buah), Awang Bodoh(21 buah), Pukat(21 buah), dan
Kalung Puteri(21 buah). Selain
daripada mata pelajaran yang disenaraikan di atas, terdapat juga mata pelajaran
Seni Gerak Bayang,Gada-gada(sejenis senjata baling), Seni Seligi, Seni Selayang
pandang, Seni Serangan Rajawali, Seni Sundang Lipas, Mayang Gesit, Serbuk
Beracun, Senjata Api(jarak dekat) seperti untuk menghadapi musuh bersenjata
pistol dan senapang banet dan permainan-permainan lain lagi. Pendek
kata, di dalam Silat Seni Gayong terhimpun semua pelajaran silat yang terdapat
di alam Melayu ini. Bak kata serangkap pantun Gayong: Seni
Gayong Payung Pusaka Tahap pencapaian pelatih diperlihatkan daripada bengkung yang diperoleh. Setiap bengkung yang diperoleh merupakan petunjuk kepada pencapaian jenis-jenis kemahiran. Terdapat lima jenis peringkat bengkung iaitu: Awan Putih, Pelangi Hijau, Pelangi Merah, Pelangi Merah Tinggi(Tiga Cula), Pelangi Kuning, Pelangi Kuning Tinggi(Lima Cula), Pelangi Hitam(Mulus), dan Harimau Pelangi Cula Sakti Hitam(Tujuh Cula). Murid Gayong hanya boleh sampai hingga ke peringkat Cula Keenam sahaja. Cula Ketujuh adalah hak Mahaguru.
|
Sila hantar e-mel kepada webmaster
jika ada kemusykilan atau komen.
|